Isnin, 30 Mei 2011

ALHAMDULILLAH... BERJALAN LANCAR JUGA AKHIRNYA...

Bahagian depan :  
Danial Aqil (Presiden PRS Petang) > Rizal Razali (Presiden Ting 6 PRS Pagi) > Tn. Hj. Mohd Tamizi (Guru Penasihat / Ketua Guru Kaunseling) > Muhd Aiman (Naib Presiden PRS Pagi) > Afiq Zaidani (Naib Presiden PRS Petang)
( Mengetuai Kesemua Peserta Kem Kejurulatihan Fasilitator 2011 )



 Kesemua Peserta dan Fasilitator Kem Kejurulatihan Fasilitator PRS 2011


Kem Kejurulatihan Fasilitator sekaligus menjadikan ia Kem Titian Murni Tingkatan 1, 2 dan 3 telah pun melabuhkan tirainya, Alhamdulillah.... ia bergerak lancar kerana dikelolakan oleh SEMUA FASILITATOR YANG BERPENGALAMAN sekaligus menyempurnakan kem ini . Biasalah, yang baik datangnya daripada Allah Ta'ala, Tuhan semesta alam, Tuhan Yang Maha Esa, yang buruk datangnya daripada kecuaian , kelalaian  dan kealpaan kami para fasilitator semua. Maafkanlah kami. 
       Sepanjang 3 hari 2 malam berada di SMK King Edward VII, banyak peristiwa suka duka yang kami semua lalui. Pahit getir kami lalui bersama. Semua fasilitator yang hadir memberikan saya 1001 makna dalam kehidupan seharian saya. Mereka ini saling tak tumpah saya anggap lebih daripada kawan saya sendiri, iaitu saya anggap macam adik beradik saya sendiri. Kami semua adalah 1 Keluarga besar. ''We are a big family'' kata orang putih... Hahahahaha...!!! Nak try laa sikit2 cakap mat saleh. Herm.... Komitmen daripada semua fasilitator amat penting kerana mereka 1 per 1 belajar daripada pengalaman utk membentuk diri sendiri dan orang lain.
        Cukuplah aku bercerita ttg fasilitator. Kini aku nak cerita berkenaan peserta.Walaupun tak ramai, kita punyai lapisan peserta yang hebat dan berkualiti. Tak dinafikan lagi. Tak syak lagi bahawa mereka akan dijadikan terus fasilitator lapisan yang berkualiti dan ada keyakinan. Memang tak syak lagi. Itulah yang saya harapkan dan itulah yang saya inginkan. Apa - apa pun tentang laporan dan dasar penjadualan sepanjang kem ini berlangsung, akan saya letakkan dalam blog ini kemudian. Insya Allah... Sehingga bertemu lagi di lain lembaran... Salam 1Malaysia !