Rabu, 17 September 2014

PERSAHABATAN ITU SATU KEINDAHAN





Assalamu’alaikum WBT dan Salam Sejahtera.





Yeeehhha ! Hari ini bertarikh 16 September 2014 bersempena Hari Malaysia Ke-51, kami 4 orang telah membuat satu keputusan untuk bersiar-siar dan bermandi-manda di Trong, Perak.

            Dah lama dah tak rasa mandi sungai macam ni. Pergh ! Rasa seronok betul ! Rasa macam tak nak balik pulak ! Hahahaha !

            Kami pergi dari Taiping dalam pukul 11.30 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Seseampai ja di sana, kami pergi beli juadah dulu untuk santapan kami kat atas tu. Kalau tak, kebulurlah weeiih !

            Dah beli makanan, apa lagi ? Chow terus laa naik atas !! Hahaha... Dah sampai kat sana, duum !!!!!! Aku terus masuk ke dalam sungai. Yang diorang 3 orang tu.. kata nak makan dulu la, nak salin baju la.. Em.. macam-2 hal.. Haha..

            Wow! Ade laa dalam 15 minit aku mandi, tiba-tiba rasa lapaq pulak ! Ahh, makan dulu la.. Berbekalkan ayam goreng tepung masak lemak dan daging masak hitam.,.. Perghh ! memang sedap dan layaaannnnnnn bila makan ramai-ramai, ditambah pulak makan di tepi sungai... Perrrggghhh !!

            Settle makan, buumm ! Mandi balik.. ahahaha ! Siap boleh selfie-2 lagi.. Hehe... Memang best.. Bila lagi nak macamni wooi !? Sesudah 2 jam kami berendam, maka sudah tibalah masanya untuk kami chow dari PULARA. Sesungguhnya pengalaman dan suka duka kami berempat kali ini merupakan wadah dan nostalgia terindah.
Itulah sahaja yang dapat aku coretkan kali ini. Insya-Allah kalau aku ada masa lagi, aku akan update lagi. Assalamu’alaikum WBT dan Salam Hari Malaysia.