Sabtu, 9 April 2011

HARI DEMI HARI YANG KELAM KABUT

Semakin hari, bila kita berbaik2 dengan org, org percayakan kita, kita pun dipanggil & diterima untuk menghadiri beberapa perjumpaan di sekolah. Wahh ! amat besar nilainya pada aku kerana aku kini bergelar BEKAS PELAJAR SMKE VII tetap dipanggil dalam kalangan junior ku yang masih menganggap aku perintis untuk mereka untuk membuat sesuatu aktiviti lebih2 lagi dlm Unit Bimbingan dan Kaunseling. Syukur ke hadiratNya Yang Esa kerana aku tetap tidak dilupakan. Yeahh...! Nama tajuk pun dah gempak kan?? So, nk citer la sikit kat sini.. Erm...dah busy tu, macam2 lah bende yang nak dibuat tak terbuat. Er,,,kesian la...adik2 aku, yang sesi petang kalau aku dtg, diorg mesti nak duduk tepi/sebelah aku. Tapi..masalahnya , yang datang bukannya semua tu adik2 aku, tapi yg dtg tu hampir 2/3 daripadanya  yang sengaja dtg kat aku utk bersembang...erm....aduhai...tak terlayan aku dibuatnya... bile dah tak terlayan tu, mula lah 2, 3 orang yang berkecil hati. Kata aku taknak layan laa, kata aku mempermain2kan perasaan diorang laa...erm..mcm2 lagi laa yang diorang cakap.....perghh !! Sakit telinga aku dibuatnya..!! Yup, memang laaa...kesian pulak aku pada diorang...Tapi, nak buat macamana? Dah diorang dtg kt aku, so, aku layan jer laa? Takkan salah kot??  erm....tengah2 aku duk busy melayan hampir 9 orang yang dtg berkerumun dengan aku tadi, muncul seorang budak datang lalu terus bertanya. '' abang, Abang Amir kenal Muhammad Iskandar tak? Dia tu abang saya.!'' erm......then aku jawab laa,'' ehh...!!!! pe lak tak kenal nyer......mestilah kenal...kawan baik tu...!!! Laaa...nie adik isz ke?? erm....Ya ALLAH ! semuanya hampir sama dengan perwatakan Isz.'' aku membalas...hahaha...Kalau tak salah, nama dia Muhammad Ariel Arif. erm....mukanya handsome, amat comell...!!!!! Isz.......!!!! comelnya adik hang!!!! Erm...dengan gerak geri nya yang tampan, cara gelak tawa nya yang sinis, gayanya yang mempersona, memang mengingatkan aku pada perwatakan Isz suatu ketika dahulu ketika kami bersama2 dibangku sekolah...hm...kenangan itu memang indah....Tak cukup dgn tu, aku keluarkan steatment nie, '' skrg ni, Abg Amir kawan dengan adik2 kawan2 jer laa....Azmeer adik Aznil, Kamal Arif adik Khaizuran Hadi , Aliff Hakim adik Amir Hakim, Mohd Raimi adik Muhd Ruzaini, '' erm...... Tah laa....teringat pulak aku.....ni baru yang aku dpt tahu, belum lagi yang aku tak tahu tu...ishhh!!! Entah2 ramai lagi tak?? huhu..Bagus jugak laa abang2 diorang ni ye? Nak mengeratkan lagi talian silaturrahim tu.. alhamdulillah...Maka, bila ade adik aku yang aku tak terlayan, aku pun cubalah contact pada malamnya pula..Alhamdulillah.....kesemuanya memberi reponse yg positif,...rata2nya mengatakan, ''takpe bang, kami paham...abg kan ramai peminat..dikerumuni ramai peminat..!! takkan nak kacau kot??'',  alhamdulillah..... Jawapan diorang tak berapa merisaukan aku..cukup membuatkan aku puas dan tidak serba salah lagi.... Apakah yang akan berlaku hari berikutnya? Sama2 lah kita nantikan..........................yeahh!!!!!!!!

Khamis, 7 April 2011

KATA-KATA TIDAK DILAKUKAN DENGAN PERBUATAN

Kalau boleh, kita buat sesuatu ni,tolonglah ikhlas.Tolong lah jangan mengharapkan apa2 balasan.Eiihh !! Nie ade pulak yang berbuat sesuatu nak dapatkan nama, kedudukan , darjat, pangkat dan status . Aduhai.... Tolong laa !! Keadaan kini menjadi terang terangan apabila ________________ membuat satu kenyataan yang paling BODOH apabila ____________ mengambilkira keadaan dan situasi yang sebenar berjalan secara LIVE didepan aku. Erm....sapa dia yang ditempat kosong itu?? Takpe, akan saya isikan nanti bila keadaan memaksa. Erm.... Kalau kita buat kerja ikhlas bukan sahaja manusia, malah kita juga dipandang mulia oleh Allah SWT yang Maha Esa. Erm... setakat nak nama, pangkat,kedudukan, darjat atau status, tak kemana perginya pun.. Tak percaya? Tengoklaa nanti..... Erm....Kita sekarang ni hidup dalam masyarakat setempat.Bukannya duduk dalam hutan belantara yang tiada berpenghuni. Kerja yang ikhlas dipandang mulia disisiNya. Tak payah kejar nama didunia,kejarlah nama untuk ke ''sana'', yang kekal abadi di dalamnya. Erm...pilih laa..nak nama didunia atau di akhirat? Wallahu'alam....kesemuanya bergantung pada perbuatan kita. Kalau ''dia'' cakap, 'eh, aku ikhlas laa buat bende ni, pe pulak tak ikhlas nya??, memandai jer hang ni tuduh2 aku...' , wah2, pandai lagi die yea... kemain lagi...dahsyat sangat ayat tue....Padahal dalam hati, erm.... Entahlaa...susah nak digambarkan...... Kalau tak ada angin, macamana pokok boleh bergoyang, yea tak?? Wah... Macam belajar dalam kelas BM pulak rasanya,... Yer laa... ape yang dia cakapkan tu tak nampak yang die benar2 ikhlas melakukan kerja tersebut. Terlalu menginginkan nama,kedudukan, darjat dan status. Erm...mana tak nya, buat kerja menunjuk2, dahlaa menunjuk, pergi bagitahu kesemua orang laa kalau boleh...haa..!!! Dahsyat tak?? Macam tu dikatakan ikhlas?? Ataupun dia buat kerja sememangnya ''ade target'' atau ''ade misi'' yang masih belum tercapai?? Erm.. Wallahu'alam.....Sama2 lah kita tengok dan nilaikan.......=)

SOKONGAN CIKGU KEPADA AKU UNTUK TERUS BERKARYA

Assalamu'alaikum Warah matullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia kepada semua. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini untuk terus berkarya dalam blog ini dalam misi memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Persada Antarabangsa. Syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya merasai seberapa nikmat sepanjang saya mengendalikan blog ini yang baru 1 bulan. usianya Tetapi, dengan iringan do'a para pengikut blog saya , berkat do'a keluarga saya,guru-guru saya, pensyarah2 saya, rakan sejawat dan kesemua yang pernah membaca blog saya ini, kini saya mendapat pelbagai pujian dan kritikan untuk terus berkarya dari sehari ke sehari. Ucapan terima kasih ini juga saya khaskan kepada ENCIK ZULKARNAIN BIN MOHAMAD , Guru Bestari SMK King Edward VII, Taiping kerana tidak putus2 terus menyokong saya dan menginginkan hanya yang terbaik untuk saya. Beliau lah yang banyak memberi semangat agar saya terus menerajui blog ini walaupun ianya hanya sekadar hobi saya pada mulanya. Beliau juga menasihati saya agar saya terus memberi istilah dan gaya bahasa yang bercorak menarik untuk menarik seberapa ramai golongan dan warga tak kira usia, bangsa, agama,warganegara, budaya dan adat. Segala pujian daripada beliau amatlah saya hargai dan saya junjungi , hanya kepada Allah SWT yang dapat membalas segala jasa baiknya pada saya. Kepada yang terus menyokong saya dari belakang, walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, berlatar belakang yang berbeza mahupun beragama yang berlainan, selagi kita RAKYAT MALAYSIA, kita tetap memperjuangkan BAHASA MELAYU kita sebagai bahasa yang paling tinggi di seantero global. Bahasa yang paling indah didalam dunia masa kini, adalah BAHASA MELAYU , iaitu bahasa yang kebanyakannya RAKYAT MALAYSIA bertutur kini. Jadi, kita harus pertahankan bahasa kita ! Jangan dibiarkan orang yang jahil mempersendakan bahasa kita yang mulia. Insya Allah, jika diberi idea dan panduan sekali lagi, saya terus dan terus meneroka untuk memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seterusnya menjadi Bahasa Dunia.

Selasa, 5 April 2011

BERITA YANG MENGGEMPARKAN DAN MENGEJUTKAN SEBAGAI SEORANG ABANG

''Astaghfirullahal'azim,....Subhanallah....Laillahaillallah......Allahuakbar.....''

kali ini aku mulakan dengan kata2 azimat yang memujiNya yang Maha Esa kerana aku rasakan perkara ini kalau dibiarkan makin lama, memang makin melarat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.......! Engkau berikanlah KESEMUA UMAT MUHAMMAD ini keampunan dan masukkanlah kami kedalam syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya selagi kami bergelar manusia dan khalifah dimuka bumiMu ini, kami memang tidak terlepas dari dosa. Errmm.... aku seolah2 diam seketika mendengar khabar berita ini yang benar2 mengejutkan. Sentap hatiku apabila mendengar perkhabaran yang dahsyat sgt nie... Sebagai seorang abang, aku merasakan diriku dipinggirkan dan disisihkan. Entahlaahh...akhir2 nie banyak pula dugaan yang datang. Semuanya berkenaan dengan perihal adik2ku yang kian meningkat dewasa. Ya ! Benar ! Memang manusia tak pernah gagal melakukan dosa. Tetapi, jika DIBUKA PEKUNG DIDADA dan MENGAIBKAN DIRI SENDIRI , tu dah kira apa tu?? Dahsyat sangat namanya tu !!?? Wah2...!! Ingat ni US ke?? UK ke?? Sweeden?? Australia?? AS? boleh dibuat sesuka hati?? Untuk pengetahuan semua, NI MALAYSIA ! Negara yang penuh dengan adat resam dan istiadat kaum yang berpelbagai. Masyarakat disini hampir semuanya sensitif dengan adat dan budaya walau berlainan agama sekalipun. Inilah keunikan Malaysia yang membuka mata seluruh pelusok antarabangsa di persada global. Malaysia memang indah, tetapi anak2 Malaysia masakini amat teruk jikalau nak dibandingkan dengan negara2 BARAT. Wahai orang2 yang membaca, sama2 lah kita insaf dan menjana perubahan dalam diri kita ini. Renung2kan jika kita mati dihari esok..Adakah kita bersedia?? Adakah cukup amalan kita? Adakah kita penuh dengan amal ibadat?? Renung2kanlah...

MULUT CAKAP LAIN, HATI CAKAP LAIN, PERASAAN CAKAP LAIN, JIWA CAKAP LAIN

Jiwaku kini melayang2 bak burung yang beterbangan nun jauh di awan biru disana.Pemikiran yang berselingkuh kerap kali melanda jiwa dan diri ini. Apa guna nya jasad sahaja yang mampu melakonkan ''watak'' yang sebenarnya memang tak pernah wujud dalam dalam diri dan hati orang lain, sedangkan kita seringkali memikirkan dan mengambil kira tentangnya walau dengan apa jua cara sekalipun.Namun, titisan airmata masih berdegil mahu juga keluar daripada kelopak mata. Manik2 kaca airmata seorang lelaki mengalir dan terus mengalir dari satu sudut ke tempat yang lain. Argghh !! Semuanya berlaku kerana sifatku yang mungkin sukar memarahi dan sukar untuk aku selami perasaan ini. Kenapa aku mesti hipokrit? Kenapa aku berbuat demikian rupa? Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM....berikanlah aku petunjuk, jalan yang benar , jalan yang lurus , yang ENGKAU Redhai Ya ALLAH....ermmmm....entahlaa.....Mungkinkah aku kini menjadi manusia yang semakin matang?? Atau mungkinkah aku seorang manusia yang tidak faham erti nilai kemanusiaan? Wallahu'alam....Tapi, bila jawapan menanti jawapan yang aku tunggu2 selama ini terserlah, maka perasaan dan kasih aku kepadanya terhakis sedikit demi sedikit. Apalah gunanya aku ada ,jika tiada barakah dan rahmat dalam sesuatu tali silaturrahim ini?? erm...aku merasakan ini adalah keputusan yang paling terbaik yang boleh aku buat. Mendekati padaNya yang Esa dan CUBA untuk menjauhi daripadanya perlahan2.  Aku harap2 ALLAH SWT mempermudahkan aku untuk mencuba menangani perasaan ini....KepadaMu aku sembah dan kepadaMu juga aku meminta dan memohon pertolongan....Aku merayu padaMu Ya Allah..Jiwaku meronta2....meracau2....

Ahad, 3 April 2011

PERNAH ADA, RASA ________ , ANTARA KITA KINI TINGGAL KENANGAN....

''Setiap insan, pasti merasa, saat PERPISAHAN terakhir, DUNIA YANG FANAA', akan ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa......'' -RABBANI

''Embun pun takkan mampu, menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh yang dulunya mekar disinar suria bila sudah kering pasti akn luruh...seperti cinta kita yang jelas ternyata semakin lama oh semakin rekah menimbulkan tanya apa mungkin kita TEMU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN..'' -SHAHIR AF8

''Dah lama tak berjumpa rindu rasa hati inginku bertemu dengan mu......biarpun hati ini menyatakan benci namun hakikat KAU MASIH KUSAYANG......kenangan kita berjumpa dan kenangan kita ber_____, niat hatiku nak kekal lama hidup denganmu wahai kasihh..niat hatiku taknak berpisah apakan daya, rezeki tiada...''-ARROW

''Masih ingat tak lagi suatu hari....kita bertemu dan lalu tersenyum...kita pun BERCERITA DAN BERGURAU SENDA lalu sama2 jatuh cinta..Masih ingat tak lagi suatu hari, kita berjalan berpegangan tangan...kau menatap wajahku kurenungi wajahmu lalu menyatakan janji setia..''- NASSIER WAHAB

''AKU TAK MAHU BICARA , SEBELUM KAU CERITA SEMUA, apa mahumu siapa dirinya tak betah bila ada yang lain, JANGAN HUBUNGIKU LAGI ini bisa JADI YANG TERAKHIR, AKU NGERTI KAMU, KAU TAK NGERTI AKU SEKARANG ATAU TAK SELAMANYA..''- WALIBAND

'' kerana KAU, KU MASIH DISINI, kerana KAU ku bisa MENANGIS, dan kerana KAU YANG MENGHANCURKAN, kutiada berteman terkenang wajahmu, aku pilu.....'' - ALLEYCATS

''AKU FIKIR KAU TAK SEARUS, LEBIH BAIK KU BERALIH BIARKAN DIRIKU TERUS BERSENDIRI....'' -AKIM


Kepada sesiapa yang membaca post saya yang ini, saya ambil petikan daripada penyanyi yang telah saya tuliskan itu adalah disebabkan saya ingin meluahkan perasaan saya yang itulah (diBOLDkan) itu... Tiada perkara yang saya nak sorokkan pada sesiapa hatta pada famili saya sekalipun.Tetapi itulah hakikatnya yang sebenar...Masya Allah....kembalilah padaNya Yang Esa AMIR AKHMAL BIN HAJI BAHARIN.....biarlah hanya DIA yang menentukan segala2nya padamu .. AMIR AKHMAL BIN HAJI BAHARIN....!!!!! Biarlah kepada mereka itu berbuat padamu demikian rupa, tapi jikalau suatu masa nanti jika AMIR AKHMAL BIN HAJI BAHARIN lenyap dimuka bumi ALLAH SWT ni, maka sesal lah mereka kerana itulah sifat manusia yang lemah dan kerdil ini.....Astaghfirullahal'azim.........aku AMIR AKHMAL BIN HAJI BAHARIN memaafkan SEMUA DAN MENGHALALKAN SEMUA perkara yang terjadi pada saya. Jika post ini yang terakhir daripada saya, maka ...........................................

1 SILATURRAHIM, 1 KEBERKATAN, 1 RAHMAT ALLAH

'Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia memelihara hubungan silaturahim'
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Silaturrahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Dengan terjalinnya silaturrahim maka ukhwah islamiah akan terjalin dengan baik.
 
Rasulullah saw bersabda,
'Rahmat Allah swt tidak akan turun pada suatu kaum yang yang didalamnya ada orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan'
 
Salman ai-Farisi ditanya,
'Adakah suatu kejelikan yang dilakukan seseorang dan menyebabkan seluruh amal salihnya tidak bermanfaat sama sekali?
Salman menjawab, Ada,yakni memutuskan hubungan kekeluargaan.
Kalau kita memutuskan hubungan kekeluargaan,maka ibadah umrah,solat,puasa kita tidak bermanfaat,seluruh amal kita tidak bermanfaat sama sekali.
Sebagai bukti,Rasululah pernah diberitahu, 'Ya Rasulullah,ada seorang perempuan berpuasa pada siang hari dan melakukan solat tahajjud pada malam hari,akan tetapi ia menyakiti hati tetangganya dengan lidahnya.
Rasulullah menjawab,
'Perempuan itu di neraka'.
Baginda juga bersabda,
'Sesungguhnya menyambung silaturrahim dan berbuat kebajikan akan memanjangkan usia,memakmurkan rumah,memperbanyakkan harta sekalipun pelakunya orang derhaka dan ahli maksiat'

Dan diantara org yg takkan cium bau syurga adalah orang yg putuskan tali silaturrahim..

Nabi SAW telah bersabda :
لا يدخل الجنة قاطع
Tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan ( silaturrahim )

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”


Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. 

Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

JAWAPAN SECARA MUTLAK DAN JUJUR SUSAH DICARI

Err,,,Assalamu'alaikum WBT kepada semua warga yang beragama Islam dan Salam 1Malaysia kepada warga Malaysia yang bukan beragama Islam yang sudi mengunjung laman blog saya nie....Em...Nak ucap 1 perkara ni,
1Perasaan
1Jiwa
1Kenangan
1Peristiwa
1Hati
1Persetujuan
1Persefahaman
1Sifat
1Naluri
1Sanubari
1Janji
1Luahan
wahh...!!! dahsyat yer....kenapa aku tulis semua nie?? Erm...actually aku nak laa cakap yang semua diatas ni laa menyebabkan 1Benda yang terjadi kerana 1Ikatan Silaturrahim yang kukuh dan menyebabkan 1Spekulasi dan mendedahkan pelbagai response daripadapihak terbabit. Ermm....Untuk pengetahuan (SESIAPA YG MEMBACA) semua,, saya baru sahaja dapat khabar berita tentang 1Kejadian yang memecahkan lagi 1Tradisi dan membuatkan kita berasa kurang enak dan kurang senang lagi apabila mendengarnya.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...!!!!!Engkaulah MAHA segala2nya...Engkau jadikanlah MEREKA kepada golongan SEBENAR DAN MUTLAQ Ya Allah...!!!!!!  HambaMu ini tidak berdaya menangani masalah ini Ya Allah... Sesungguhnya apa yang kami mampu buat adalah mengangkat tangan menyambut seruanMu Ya ALLAH.... Berilah mereka keampunan dan sedarkanlah mereka dari alam mimpi kepada alam nyata....Takperlaa.....Nanti saya akan cuba ceritakan 1Per1 yaa?? Tengss...!!!!