Sabtu, 18 Jun 2011

CERITA DI HARI SABTU BERTARIKH 18 JUN 2011

Alhamdulillah... ! Penat !! Letih !! Happy !! Gembira !! Seronok !! Macam2 perasaan bercampur gaul dalam minda hari ini... Aku hari ini keluar berjalan2 bersama kedua org adik aku, Putera Syahme Nur Iman serta Muhammad Akram bin Abdul Aziz. Keluar seharian bersama diorang, dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 Malam !! Waaww !! Masa di hari ini begitu padat dan amat memberikan 1001 makna pada kami, amat menggembirakan !! aku akan ceritakan dan lampirkan gambar2 yang ade....












Ringkasnya, jam 11.00 pagi aku ke SMKE untuk mengambil Putera . Kemudian, perut aku meragam !! Lapar pulak rasanya... Dengan membawa motor EX-5 Class 1 yang juga dibonceng oleh Putera, aku terus pergi bus stand, makan dekat kedai Arie, minum 2 gelas Nescafe Ais sambil kami menunggu kedatangan Akram. Handphone ditekan berulang kali, tapi Akram masih tak tiba lagi, apalagi ? kami bertiga terus sembang lagi. Tunggu punya tanggu Putera dah ajak aku ke Pusat Boling tepat jam 12.30 tengahari, lalu kami pun beredar dari situ tepat jam 12.35 tengahari dan tiba di Pusat Boling jam 12.45 tengahari. Duit dibayar, tempat ditempah, kasut dah dapat, aku pun tanya Putera, adik ambik berapa game? die jawab TIGA !! Wahhh !!?? Tiga game sementara nak tunggu Akram datang !? Hebat sungguh adik Putera aku nie.. Sesuai dengan nama die, PUTERA. Hahaha... !! Tunggu punya tunggu, main punya main, sedar punya sedar, jarum jm menunjukkan angka 1.00 petang, hai,,, mana Akram nie? Aku minta telefon Putera, call dia. Sesudah call..... tepat angka jam menunjukkan 1.25 petang, Akram muncul dgn gayanya yang tersediri. Huh ? Hebat2 adik aku nie,.. Akram menggantikan tempat aku untuk bermain boling, ketika di game terakhir. Selesai game, mereka pula menempah semula dan membuat keputusan untuk lawan berdua. Aku cakap kat adik2 aku tu, ABG SURRENDER !! Dah kebas tangan... hehehe.....main lagi 3 game... wahh..!! Hebat2 jugak diorang nie... Nasib baik aku tak main, kalau tak, buat malu jer... Selesai sudah di Pusat Boling, aku bawa diorang berdua ke Taiping Sentral. Sesampainya disana, diorang berdua membuat keputusan untuk tengok wayang cerita Kung Fu Panda. Tengok2 pada skrin panggung wayang, cerita tu pukul 6.00 petang. Diorang malas nak fikir panjang, maka terus beli tiket utk 3 orang. Sementara kami menunggu untuk tengok wayang jam 6.00 petang , tengok jam awal lagi. Baru pukul 4.00 Petang !! Ahh !! Awal lagi..... Aku pun ajak ar diorang gi makan kat Tesco, kat Medan Selera. Alhamdulillah,,,,kenyang,,,,,,semasa makan, banyak perkara yg adik2 aku  ni tanya kat aku tentang hukum hakam Allah SWT. Alhamdulillah... semua yang ditanya, semua aku dpt jawab... Dah makan, kenyang, maka terukir laa senyuman di bibir kerana kekenyangan....hehehehe... Jam menunjukkan 5.00 petang. Kami beredar dari Medan Selera Tesco ke TS semula. Tiba2.....Handphone Putera berdering, aduiii... Mak dia dah datang, nak ambik dia.... Aku tanya laa... macamana dgn tiket dia? Die jawab pandai2 laa cari orang.... Ok, tangan dihulur tanda kasih mesra... Babye adik !!! Aku dan Akram carilaa pengganti untuk menggantikan tempat Putera, jalan punya jalan, jumpalah si Afiq Zaidani meronda2...tak balik lagi... apa lagi? aku ajak laa die..... Dah bincang2....okey jer.... Kami masuk ke panggung wayang jam 6.10 petang. Waww !! Best sangat cerita tu.......pakai spec mata 3D.... Habis jer cerita tu pada jam 7.30 malam, kami berpisah . aku terus hantar Akram ke rumahnya.... Lepas hantar Akram, aku pun terus balik rumah. Aku tiba di rumah tepat jam 8.00 malam.,. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang membuatkan aku gembira dan senang hati.... Terima kasih adekk !!!! Aku tutup cerita hari ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi ajak abg keluar bersama. Alhamdulillah........

Selasa, 14 Jun 2011

PERISTIWA DI SUATU PETANG BERTARIKH 14 JUN 2011

Dalam kesibukan bersama keluarga tersayang, kesibukan melayani perasaan yang gundah, keasyikan meloloskan diri dengan cabaran yang hebat akhir akhir ini, kekeliruan dalam konflik diri sendiri, sempat lagi untuk aku meluangkan masa bersama adik angkat aku, Muhammad Aiman bin Nor Azlan dan Mohd Syafik bin Noorazam di Taman Tasik Taiping. Segalanya terungkai sudah, terjawab akhirnya semasa kami bertiga bertentangan mata, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan susunan kata yang rapi. Alhamdulillah, aku panjatkan SYUKUR ke HADRAT ILLAHI kerana dengan BARAKAH dan LIMAPAH KURNIA-NYA dapat kami bertiga bersama - sama beriadah pada petang 14 June 2011 yang berbahagia ini. Terlerai akhirnya kata - kata yang sememangnya terpahat didada sejak kelmarin. Banyak cerita yang kami sembangkan , banyak ragam yang kami lakukan, banyak perkara yang kami lalui bersama, banyak kisah yang kami rungkaikan sepanjang pertemuan selama 1 Jam 30 minit itu. Perkara apa? Oh ! Maaf.. Tidak boleh aku dedahkan disini. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu akan perkara apa. Yang pastinya, kami tidak mengganggu jiwa dan raga sesiapa pun apatah lagi mahu berbicara tentang isu - isu semasa. Masya Allah... Kami sememangnya seronok dan bahagia apabila bersama.




Setibanya aku di Taman Tasik Taiping tepat jam 5.45 petang, mereka tidak sampai lagi, aku pun  menelefon Aiman . Hampir 15 minit ku menunggu di situ, kelihatan mereka berdua tiba di perkarangan taman permainan kanak-kanak. Arghh !! Tak nampak aku ke?? Isshh ! Pelik betul laa... Aku pun menelefon Aiman sekali lagi untuk membuat kepastian, setelah aku habis berbual di telefon, dia parkir motornya lalu menghampiri aku. Tangan dihulur tanda bersapa, muka tersenyum bagai menggoda, hati riang tidak terkata, Syafik juga dibawa bersama, lalu berjalan menuju ke sana, kesana kemari kami bertiga, dup dap dup dap jantung berkata, mulut terus mulakan bicara, tentang apa itu rahsia, hanya yang tahu Allah Yang Esa, kaki terus berjalan kesana, menujulah kami ke kota lama, sedang berjalan tiba tiba terjumpa, terjumpa kawan terus bersapa, setelah itu melangkah seterusnya, sambil niat hati berkata, berkata tentang perkara lama, hanya kami bertiga tahu semuanya, jalan dan jalan mulutku dahaga, singgah sebentar membeli soya, setelah membeli berjalan semula, jam ditangan tunjukkan masa, bahawa maghrib sudah hampir tiba, tangan memetik lampu kamera, berhenti seketika kerana masanya dah tiba, lau terus kami pulang bersama-sama.



HUKUM HAKAM ALLAH SWT JANGAN DIPERSENDAKAN

Mutakhir ini, terdapat terlalu ramai orang memperlekehkan agama demi memuaskan hawa nafsu masing-masing tanpa mengira lagi hukum hakam yang telah tertulis dalam al Quran dan hadith. Mengapa fenomena ini berlaku?? Adakah kerana kerajaan tidak prihatin akan soal hal ehwal keagamaan ? Atau mungkin kita boleh menuding jari terus kepada ibubapa dan masyarakat setempat?? Atau adakah faktor ini berlaku akibat pergaulan bebas yang kini melanda anak muda remaja Malaysia ?? Persoalannya, mengapa kita sendiri tidak mengambil langkah inisiatif untuk memperbaiki sistem kerohanian tentang Pendidikan dan Pengetahuan Agama Islam? Apakah kita hanya berharap 100% pada kerajaan Malaysia untuk menumpukan sepenuhnya gejala ini? Saya boleh sebutkan 1 per 1 gejala kurang sihat yang telah melanda anak muda remaja Malaysia kini. 

Antara yang paling hebat adalah dengan meWARNAkan RAMBUT. Apakah ibubapa tidak kisah anak - anak mereka terjebak dengan gejala luar ini?? ataupun kehidupan mereka dirumah juga tiada tolok bandingnya jika nak dibandingkan dengan negara2 Barat?? Astaghfirullah'azim....... Jika sudah mewarnakan rambut maka ibadah solat sekalgus tidak boleh dilaksanakan. Kerana apa?? Kerana rambut adalah sebahagian tempat (ubun) untuk kite berwudhuk. Jadi, jika tempat itu di warnakan, bagaimana ibadah solat dilakukan?? Tepuk dada tanya selera.

Yang seterusnya , yang amat2 popular dlm kalangan remaja LELAKI adalah memakai SUBANG. Astaghfirullahal'azim....... Sama ada subang secara bertindik ataupun magnet, ianya tetap dihukumkan HARAM sama sekali !! Kerana apa? Kerana jika mengikut hukum 'Uruf , seseorang lelaki yang memakai subang dikira menyerupai wanita walaupun subang berikut dikira khas untuk lelaki kerana dia memakai perhiasan yang secara khususnya untuk kaum wanita. 

Berikutnya,  remaja LELAKI gemar MEMAKAI RANTAI kononnya menampakkan seolah2 dia yang berpenampilan terkini dan trendy mengikut perkembangan fesyen semasa. Fesyen akhir zaman sememangnya menyesatkan dan amat buruk di kaca mata kita. Ianya tak ubah seperti subang tadi, HARAM kerana ia menyerupai kaum wanita dan dalam mazhab Syafi'iy (Fiqh al-Manhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari yang bermaksud ''Dari Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.". jadi jelaslah bahawa hukum memakai rantai juga haram jika tak kena pada tempatnya. Namun begitu, rantai leher untuk lelaki tidaklah seharusnya dikatakan HARAM MUTLAK kerana lelaki yang memakai rantai sememangnya memakai rantai yang direka khas bentuknya untuk lelaki. Ini samalah seperti lelaki memakai jam tangan dan wanita juga memakai jam tangan. Namun jam lelaki dan wanita adalah berbeza satu sama lain dari segi bentuk dan fesyennya. Memang diketahui bahawa lelakilah yang mencipta dan memakai jam tangan terdahulu. Adilkah dikatakan wanita itu meniru lelaki kerana turut mamakai jam tangan? Pastinya tidak kerana bentuk jam tangan wanita sudah disesuaikan dengan fitrah mereka.

Jadi janganlah kita menghukum sesuatu berdasarkan emosi semata-mata tetapi WAJIB berdasarkan FAKTA. Jika di dalam kepala kita bersarang prinsip Islam itu ketat, sudah pastilah otak kita akan dipengaruhi emosi ketika mentafsir dalil sehingga banyak perkara ditokok tambah. Siapa yang menentukan sesuatu itu tidak baik? Pastinya Al Quran dan hadith. Bukannya emosi dari biji mata dan otak ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah serta alim ulamak, kerana apa? kerana mereka jugak tidak sempurna, mereka jugak hak Allah SWT dan hanya Allah SWT yang Maha Sempurna dan Segalanya2nya.

Ahad, 12 Jun 2011

PELAJAR ASRAMA SMK KING EDWARD VII DIGELAR ''HOSTELITES SMKE VII''

Wah..!! Ayat tajuk yg hebat !! hahaha..!!! Perasan pulak !! Erm.... Nak ringkaskan jer pendapat saya kali ini... Erm... Nak tahu ke apa benda?? Erm..ianya adalah ttg sahabat2 saya di Asrama SMK King Edward VII, Taiping dari junior hinggalah ke sebaya dengan saya di tahun 2011 ini. Korek punya korek dalam laman sosial Facebook (FB) ade pulak terselit gambar2 bebudak asrama SMKE niyang TERKINI !! Wahh !! Nak tengok? Antaranya.............

 sempat lagi bergambar !


 di sekolah.....



 jalan di antara ruang sekolah ke asrama....


 berjalan2...


 berehat sebentar....



 antara kenakalan diorang.,..



 senyuman HOSTELITES....



 tengah jalan pun jadi !



 jamuan harilahir......



waktu beriadah petang...........main futsal / bola woo.....


Ramai tanya kat aku.... kenapa HOSTELITES? Ermm.. macamana nak jawab erk...? Aku jawab senang jer... Sorry,.. Saya tak duduk di asrama... jadi saya tak tahu apa itu erti ber''ASRAMA''. Hahaha....!! Setahu aku laa... (yang dibisikkan kat aku) HOSTELITES tu berasal daripada perkataan HOSTEL yg membawa makna ASRAMA. Yang perkataan LITES tu mungkin daripada bahasa penimbuhan atau penyesuaian rangkaian yang membawa erti PELAJAR / ANGGOTA. Jadi, jika digabungkan, jadilah ANGGOTA ASRAMA. Haa..pahamdah semua?? Hahahaha..mcm mengajar dalam kelas pulak...hahahaha...! Maklum laa.. dah terbiasa.... Maaf ye kalau terlbih sudah...! Ahakzz ! Erm... sebelum terlupa, terima kasih laa kepada Muhammad Nazmi atau gelarannya TAT di asrama, lagi kepada Syazwan Abdul Rahim kerana FB diorang nilaa aku dapat gambar2 diatas ni.... Jadi, itu lah sahaja yang dapat saya isikan ruangan kali ini, semoga bertemulagi di lain masa dan ketikanya , Insya ALLAH, semoga kita berhubung lagi di masa akan datang, akhir kata dari saya, ''Setiap Kenangan Yang Dicipta Dapat Dengan Meneroka, Kenangan Tidak Akan Datang Bergolek Jika Penerokaan Tidak Terjadi'', Assalamu'alaikum WBT.

HANYA SURATAN TAQDIR MENENTUKAN SEGALANYA

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia ! Ruang ini pembuka wadah, pembuka bicara, pembuka kata dan pembuka ruang untuk menterjemahkan sesuatu yang terbuku di dada dan lunak sanubari . Dalam kesibukan dunia, kelantasan waktu yg menjelma mutakhir ini menyukarkan untuk saya berkarya di ruangan ini. maaf yaahh kepada semua pengikut2 blog saya ini !!! harap anda semua sudi utk memaafkan saya kerana sudah lama kiranya saya sudah tidak meng ''update'' blog saya ini.. Kali ini biarlah saya memulakan dengan topik ringkasan sahaja yaah!! Bukan malas, sebenarnya ramai yang beri komen atau beri pandangan supaya saya tidak tulis terlalu panjang melebihi 1001 aksara . Entahlaa kerana apa, mungkin yang membacanya jugak malas utk membaca terlalu panjang teksnya. Hahahahaha...!! 

OK la.. Sebenarnya aku nak ceritakan tentang perbezaan takdir dan musibah / nasib. Sebab ramai yang mengatakan ia tu perkara yang sama... Tapi sebenarnya 2 perbezaan... Nak tahu ke apa die?? 

A. TAKDIR MUBRAM
Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.
Sebagai contoh:
Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya:"
(Al-Araf:34)
Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir yang tidak dapat manusia nak elakkan. 

B. TAKDIR MU'ALLAQ
Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan akal fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha ke arah tercapainya cita-cita. Bangsa yang dijajah akan berusaha untuk merdeka.Orang yang termasuk dalam lumpur akan berusaha naik ke tempat yang selamat, orang yang sakit akan berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang sempurna.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah firmannya:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri."
(Ar-Ra'ad: 11)

Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab diatas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri."
(An-Nisa':79)

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih,salah sangka, salah jalan,salah usaha, baik dengan sengaja ataupun tidak.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adlah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)".
(asy-Syura :30)

Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala ketahuilah bahawa diri sedang diuji oleh Allah SWT.
Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau miskin sebagaimana firman Allah Ta'ala maksudnya:
"Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin."
(An-Najm:48)

Pada yang kaya hendak bersyukur dan gunakanlah harta ke jalan Allah sebaliknya Allah SWT. juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup dalam kesusahan, kemiskinan akan selalu diterima nya dengan rasa syukur sebagai nikmat dan ujian dari-Nya.
Firman -Nya:
"Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan."
(An-Najm:42)

Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakailah kamu baju besi , duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali ajal itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian.
Maksud firman Nya:
" Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang -orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan keluar juga ke tempat mereka terbunuh."
(Al-Imran:154)

Dan sama sekali kita tida boleh mengelakkan kematian. Firman AllahTa'ala maksudnya:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal.Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya."
(Al-Ankabut:57-59)
Haaa..sekarang paham tak?? Jadi jgn nak pandang remeh ttg nasib ataupun takdir Illahi.  Semoga dengan ruangan ini dapat memberikan anda semua pengikut blog saya intipati yg sempurna selepasa membaca blog saya ini..  Insya Allah,,,