Sabtu, 21 Januari 2012

PERTEMUAN SETELAH SETAHUN MENANTI

Asalamu'alaikum, Salam Sejahtera. dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, berkat daripadaNya Yang Maha Esa, serta perkenan dan inayah daripadaNya dapatlah IRIS BAHDSHAH dipertemukan buat kali ke-7. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kami berdua. Sebagai insan biasa yang menganut agama Islam, kami berdua mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.Sesungguhnya inisiatif kami selama ini untuk berjumpa dan mengenali bersama-sama rakan-rakan yang lain diperkenankan oleh Allah SWT. 

Bertarikh 19 Januari 2012, Tia dan rakannya, Ayu tiba di Bandar Taiping. Kelihatan mimik muka yang gembira kerana ini adalah pertemuan kami yang ke-7 dalam tempoh 5 tahun bersama. Seawal 11 pagi tiba di Perhentian Bas Kamunting Raya yang menaiki bas dari Johor Bahru-Taiping yang mengambil masa kira-kira 10 jam lamanya. Mereka berdua tersenyum puas pabila melihat aku dari jauh yang sedang memandu kereta Proton Iswara 1.3 kepunyaan arwah ayahku, berwarna biru gelap yang sedang bingung mencari mereka berdua. Lantas, setelah aku tersedar adanya mereka, maka aku memberhentikan kereta. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dengan muka yang ceria.

Bandar Taiping sinonim dengan erti kata ''Taiping Bandar Warisan'' yang melambangkan ciri-ciri turun-temurun sejak beratus tahun terdahulu. Mereka kemudiannya dibawa ke tempat penginapan yang 'indah' dan liberal khas untuk mereka berdua. Jam menunjukkan angka 12 tengah hari. Mereka kemudiannya mengajak aku ke Bank Islam kerana ada urusan yang patut diselesaikan segera. Lantas , aku mengambil kunci kereta dan terus membawa mereka berdua ke tempat yang dituju itu. Setibanya kami disana, mereka dengan segera menyelesaikan apa yang seharusnya dilakukan di bank itu. 

Hampir 35 minit berada di bank, kami bertiga bergegas ke Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Taiping, untuk menjamu selera, menjamah santapan tengah hari. Berbekalkan telefon bimbit Nokia 3210, aku menelefon Zaid untuk mengotakan janji aku kepada beliau untuk mempertemukan Tiha kepadanya. Sementara menunggu Zaid tiba, kami bertiga mengambil makanan yang telah terhidang dengan bernafsu. Wah ! Selera sungguh rasanya pabila merenung dan menghidu makanan disitu ! Lantas, nasi diambil, lauk dicedok, air dipesan. Kami bertiga bersiap kini untuk menjamu selera.

Selesai makan, tak lebih dari 10 minit, Zaid muncul bersama Ikmal, GF Zaid dan 3 orang temannya yang tidak aku kenali. Mereka kemudiannya diperkenalkan antara satu sama lain. Lokasi di AIM ini begitu bermakna kerana dua pasangan ini saling bertentang mata antara satu sama lain. Inilah dia janji. Janji tetap janji. Janji mesti dikotakan. Zaid dan Ikmal telah melihat wajah Tiha dari jarak yang dekat. Alhamdulillah, janjiku ditepati jua. Ah ! Jam hampir ke 1.30 petang. Masa untuk  pulang kerana aku perlu mengambil adik perempuanku, Wawa di sekolah rendah yang tamat waktu persekolahan jam 1.30 petang. Lantas aku mohon untuk mengundur diri, lalu beredar dari situ meninggalkan Zaid dan GF nya serta Ikmal dan 3 rakannya yang lain.

10 minit kemudian, kami bertiga sampai di SK Taman Jana, Kamunting. Mana Wawa ni? Ah ! Dia buat hal pulak ! Hampir 5 minit aku berkeliaran di sekitar sekolah itu mencarinya, hasilnya hampa. Lalu, dalam keadaan cemas itu, aku tidak putus asa lalu tetap mencari dan terus mencari Wawa. Tiha dan Ayu turut menolong aku mencari Wawa yang hilang entah ke mana. Keadaan menjadi lebih parah kerana apabila kami bertiga mencari hampir 10 minit jua, hasilnya juga hampa. Dalam keadaan yang serba geram, aku ternampak Wawa sedang ''baik'' bermain di tingkat atas. Hatiku geram ! Rasa nak penangan sahaja di mukanya, tapi disebabkan Tiha dan Ayu memujuknya, maka niatku itu aku korbankan.

Kami hantar Wawa pulang kerumah. Siapkan Wawa untuk ke sekolah agama rakyat di sesi petang. Jam menunjukkan angkan 2.30 petang. Aku pun menghantar Wawa ke SAR Al-Khausar dan terus membawa mereka ke Taiping Sentral Mall dan Tesco. Cucian mata sahajalah dapat dipergayakan kerana masing-masing ada bajet tersendiri yang lebih penting. Tak lama lepas itu, Ramzul menelefonku dan dia mahu berjumpa. Aku menyuruhnya hadir di Tesco kerana ketika itu aku, Tiha dan Ayu berada di Food Court Tesco Taiping untuk menikmati minuman disitu. Ramzul tiba bersama Nadzri di situ tak lama kemudian. Kami berlima bersembang seakan-akan sudah lama mengenali antara satu sama lain. 

Sudah puas bersembang, kami mengambil keputusan untuk terus ke Taman Tasik Taiping untuk  menikmati alam indah disana. Dari Tesco, kami terus ke Taman Tasik Taiping dan kami tiba disana 15 minit kemudiannya. Kereta ditempatkan di tempat parkir yang disediakan, Ramzul sudahpun menanti kehadiran kami bertiga. Dari situ kami terus berjalan mengelilingi Taman Tasik itu dengan nikmat kesyukuran. Tiha dan Ayu terpegun melihat keadaan dan suasana yang terdapat di Taman Tasik di bandar warisan ini. Dari selangkah ke selangkah, impian Tiha untuk menaiki bebek angsa seakan-akan sampan kayuhan itu akhirnya tercapai. Tiket dibeli, aku mengambil keputusan untuk menaiki bersama Ramzul dan Ayu bersama Tiha. 

RM 10 selama 30 minit, itupun sudah memadai dan mencukupi buat kami. Biarlah masa itu singkat, tapi hasilnya memuaskan. Kami sama-sama menikmati bumi ciptaan Tuhan ini di tengah Taman Tasik. Inilah pengalaman indah buat kami berempat. Sepanjang kami mengayuh dan mengagumi ciptaanNya ini, tidak lupa gambar mesti diambil. Bukan apa, untuk kenangan sahaja. Alhamdulillah, gambar boleh diambil, tidaklah banyak tetapi memadailah bagi kami untuk menyingkap kenangan itu bersama. Dari tengah taman tasik, kami ternampak Afiq menuju ke tempat kami . Maka kami mengambil keputusan untuk turun dari bebek angsa itu kerana masa kami pun sudah tamat, lalu terus berjumpa Afiq Azahar yang berada disekitar itu.

Setelah berkenalan, Kami berlima jalan menuju ke gerai minuman yang terletak tidak jauh dari tempat kami menaiki bebek angsa tadi, mana tidaknya, tekak mula terasa haus. Miuman dipesan. Sambil itu, kami bergurau-senda. Alhamdulillah, Tiha dan Ayu kelihatan ''tidak sombong'' dengan rakan-rakanku yang lain. Afiq juga menunjukkan respons yang baik, begitu juga dengan Nadzri, Ramzul, Zaid, Ikmal dan Pedal sebelumnya. Hampir 10 minit disitu, Farid datang dengan wajah ceria, seakan-akan memerli aku. Wajahnya ceria yang bukan sebarang ceria. Raut mukanya memang aku dah tahu. Huh ! Jam menunjukkan angka 6.45 petang. Aku pun mahu mengundur diri kerana pada malamnya aku dan Tiha telah membuat satu perancangan untuk ibuku tercinta, Rokiah bt Hamzah.

Malam itu, aku, Tiha serta Ayu dan adik beradikku yang lain menyambut ulangtahun kelahiran emak yang ke-43 tahun. Ceria sungguh emak ye? Manakan tidak, disambut oleh ''bakal'' menantu dan 3 orang anaknya yang lain, tidak lupa Ayu sendiri yang turut menyambutnya. Kemudiannya, kami bersiap untuk ke destinasi berikutnya, berjumpa Afiq Syauqi yang amat-amat ingin berjumpa dengan Kak Tiha itu. Jam 9.00 kami gerak, 9.05 berhenti untuk membeli ''buah tangan'' untuk ''kawan'' Ayu di Gerik. Kami berhenti di Al-Ikhsan, sebuah pasaraya barangan sukan terkemuka. 

9.40 malam kami gerak terus ke Simpang, Taiping untuk mempertemukan mereka berdua, khasnya Afiq dan Tiha. Lazimnya, aku berasa puas kerana dapat melunaskan janji-janji aku itu kepadanya. Tidak lama kemudian, kami meminta diri untuk pulang kerana jam menunjukkan hampir 10.30 malam. Lewat pula jika kelama-lamaan disitu. Tidak elok pula pandangan masyarakat sekeliling. Daripada mengundang fitnah, aku terus mengundur diri.

Ketika aku sedang memandu, Farid menelefon aku. Dia , Ramzul serta Afiq sudah berada di ''tempat biasa'' yang kami selalu bertemu. Lantas, aku mengambil keputusan untuk membawa mereka berdua ke sana untuk sekelian kalinya sebelum mereka berdua pulang keesokan harinya. Sesampainya aku disana, aku disambut dengan senyuman sinis dari Farid, Ramzul dan Afiq. Aku sudah pun mengerti dan dapat baca apa yang terkandung dalam pemikiran mereka bertiga. Disitu juga tidak lama, maka aku segera pulang kerana sudah terlalu lewat dan sangat tidak manis jika anak dara berlegar-legar lewat malam. Nasibku baik , kerana rakan-rakanku memahami keadaan aku. Apalagi, kami pun pulang kemudiaannya. 

Jam 8.30 pagi keesokan harinya, aku ke Hentian Bas di Taping untuk menghantar mereka pulang ke tempat asal mereka berdua iaitu di Gerik, Perak. Walaupun masih tidak puas bersama mereka berdua dan tidak puas bersenda gurau dengan mereka, serta berat hati untuk melepaskan mereka berdua pergi, tapi aku korbankan jua kerana mereka memiliki keluarga masing-masing dan kehidupan peribadi masing-masing. Tidak dapat tidak, ada juga masa yang diluangkan bersama aku, walaupun sebentar, tapi hasilnya kualiti yang setimpal dan berbaloi. Aku sekalian kalinya menadah tangan memohon daripadaNya untuk mempertemukan lagi kami berdua dimasa dan ketikanya yang lain. Sesungguhnya harapan hambaMu ini adalah besar sebelum dijemput olehMu Illahi. KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku memohon segalanya. Wassalam.....