Sabtu, 12 November 2011

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM YANG BAKAL TIBA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan jutaan kemaafan kepada anda semua kerana mmg dah lama saya jenguk ke dalam laman blog saya ini. Maklumlahh, kini saya pun sudah bergelar guru, (guru tuisyen aje)...

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, dengan seikhlas yang mungkin, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan SPM 2011 bagi adik-2 saya yang berada di Tingkatan Lima. Semoga anda semua berjaya dalam SPM ini. 

SPM bukanlah sesuatu yang mudah, ianya menentukan masa hadapan kita kelak. Manakan tidak, SPM juga menentukan dimana hala tuju kita kemudiannya. Contohnya seperti, SPM > bekerja / Pra-U / Kolej Swasta / Kolej Kerajaan / Kolej Universiti / Universiti Tempatan Swasta / Universiti Tempatan Hak Mutlak Kerajaan / Universiti Antarabangsa / Pusat Pengajian Swasta / Pusat Pengajian Kemahiran dan sebagainya. Ini kerana, SPM adalah tunjang untuk kita menetukan sesuatu dalam kehidupan kita dalam jangka masa yang akan datang.

SPM juga merujuk kepada penilaian berstatus pelajar di bangku sekolah. Dalam masa 11 tahun di bangku sekolah,pelbagai ilmiah yang kita dapatkan daripada guru-2 yang berkaliber. Ini bukan sesuatu yang mudah, seawal umur 7 tahun lagi kita sudah diasuh, ditatih, diajar, dididik , diberi pembelajaran sempurna dan lain-2 lagi untuk kita harungi pada peperiksaan SPM ini. Yeah !! Inilah masanya untuk kita berjuang bukan untuk sesiapa, untuk diri kita jua akhirnya. Ibu dan ayah pasti mengukir senyuman apabila keputusan SPM kita dipenuhi dengan huruf  ''A''. 

Hasil kejayaan inilah bakal mengorak langkah untuk kita pandang kehadapan dan menerajui diri kita dengan lebih sempurna dan teratur. Disana nanti, kita akan berasa puas kerana hasil daripada didikan 11 tahun itu menjadi kejayaan kita sekarang. Jasa dan pengorbanan ibu dan bapa kita yang berhabis puluhan ribu ringgit dibalas dengan linangan airmata yang gembira. Persepsi masyarakat terus berubah ketika itu. Kepuasan kita ketika itu tidak terkira tingginya. 

Ingatlah, SPM akan memacu kita kemana hala tuju kita. Ibu dan bapa tidak boleh menolong kita melainkan kita yang tolong diri kita sendiri. Rakan-2 yang terdekat hanya mampu berdo'a dan menyokong segala tindak-tanduk kamu itu. Biarlah kecewa sekarang, jangan kecewa di lain hari. Pasti kamu akan menyesali dengan perbuatan kamu itu. 

Sebelum saya terlupa, ucapan ini saya tujukan kepada irfan, amirul saad , zulfahmi, hamizan, alif asyraf, nizal yusoff, aizudin amarudin, din bidin, amer zahin, aiman chokelart, pizal steady, ayen steady, ariel musher, azahari ab rahim, hafiz tamam, adib amir sharafudin, syafiq muhsin, syafiq syabil, din nakano, ezy rewang, putra asyraf alkhaired, fawwaz, salman nazri, johan johari, syahmi kharudin, ammar , ben, tat, hafizi rahim, epy fadzly, joharis, aswad razali, syahrul syahrudin, ariff amri, ilyo, dan semuanya laahh !! tak dapat nak tuliskan semuanya disini. Segala perbuatan terdahulu itu saya lupakan, saya maafkan kesemuanya. Jawablah SPM denagan tenang yer semua !!



Jazakallah, Wassalamu'alaikum Warah Matullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Selasa, 8 November 2011

MENCARI SAHABAT MENGIKUT PENGETAHUAN ISLAM


 
Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Yer... Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha masih dirasai. Kita masih lagi dalam lingkungan 11-13 Zulhijjah 1432 Hijriah / 2011 Masihi. Apa khabar saudar-saudari kesemuanya? Sihat ker?? Kalau sihat, Alhamdulillah.. Syukurlah kepada yang Maha Esa, kalau tak bersyukur juga... dapat musibbah, yang kemungkinan DIA akan mendatangkan yang baik lagi selepas ini pada kamu.. 

Kali ini.. Saya, AMIR AKHMAL HAJI BAHARIN nak menceritakan bagaimana kita mahu memilih kawan mengikut perspektif lazim dalam Islam dan tuntutan dari Rasulullah SAW. mungkin ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan  mcm itu dengan mengada-ngada serta tidak sepatutnya ia dijadikan amalan.

Namun hakikatnya, ramai yang tak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan. Mengikut Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang kita semua boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
So, nak memilih sahabat ni,  kita mesti bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini, kita mesti berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.

Sesungguhnya Islam memberitahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, manakala rakan yang tidak baik pula hanya melemahkan usaha kita ke arah itu. Jadi, tepuk dada, tanya selera. Sekian dahulu buat kali ini. Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia !!