Sabtu, 27 Ogos 2011

TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN SEBAYA BEKAS SK KING EDWARD VII (2)

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri !! Yer..Terlebih dahulu saya dengan rendah hati dan rendah dirinya ingin memohon 1001 kemaafan kepada kesemua kenalan saya atas kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan tak kira sebesar gajah mahupun sekecil kuman. Ampun dipinta , lupakanlah segalanya, mulakanlah kembali dgn hidup yg baru.

Coretan kali ini KHAS - nya saya tujukan kepada KESEMUA BATCH '92 EX-STUDENT SKKE 2 yang telah menyambut baik coretan saya yang bertarikh 23 Ogos 2011, Selasa yang lalu. Walaupun mereka masih tidak berupaya untuk mengingat semula sesetengah org yang saya ceritakan itu, namun saya telah berjaya menemukan balik mereka dalam masa yg sama. Alhamdulillah, itulah yg saya usahakan selama ini.

Berikut merupakan antara  komen mereka yang diberikan dalam laman sosial, FB. 






haa... Inilah die antaranya yang sempat memberi komen terhadap coretan saya selasa lalu. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komen dan sumbangan idea lagi untuk saya teruskan berkarya, sesungguhnya undang-undang boleh memisahkan sesuatu perkara melalui satu kertas perjanjian, tetapi kemesaraan seorang sahabat tiada undang-undang diperuntukan dengannya. Begitu kuat sungguh keadaan persahabatan kita, semoga kita kekal setia dan kemesraan kita sentiasa ada. Insya Allah, itulah sahaja penghargaan saya untuk kalian semua, akhir kata, Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Khamis, 25 Ogos 2011

JEMPUTAN BERTURUT-TURUT JAMUAN BERBUKA PUASA DAN REUNION 2011

Assalamu'alaikum Dan Salam 1Malaysia ! Hari ini sudah masuk hari ke 25 kita menjalani ibadah berpuasa, maka lagi 4 hari sahaja lagi ketibaan Aidil Fitri yang dinanti-nanti. Wah-wah ! Ligat nampaknya nak beraya yer? Hehehe,,,, Sama laa kita yoo ! Tak sabar rasanya !!

Yerlaa.... dah nak habis Ramadhan ni barulah sibuk dapat jemputan berturut-turut untuk Majlis Berbuka Puasa Warga PRS & KBK SMK King Edward VII, Reunion Tingkatan 5 SMK King Edward VII 2009, Jamuan Berbuka Puasa Rakan Muda, dan Jamuan Berbuka Puasa anjuran Rukun Tetangga Taman Jana Jaya II.  Waaa.....  Berturut-turut nampaknya... Habislaa hilang diet aku !! Hehehe... =)

Erm.... Jemputan yang mencurah-curah ini sebenarnya rezeki dari Tuhan yang Esa, yang mengatur segala urusan manusia sebagai hambaNya yang kecil. Alhamdulillah, tidak ada perkataan lain lagi yg mahu diungkapkan melainkan kesyukuran yang teramat sangat. Kerana Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha Segala-galanya. 

Maklum laa.... time ni jer laa kalau nak jumpa pun.. Universiti, Kolej, Institut, Sekolah, Matrikulasi, Maktab Perguruan atau mana-mana institusi pengajian sama ada swasta ataupun kerajaan telah bermula sesi cuti sekolah sekaligus cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Malaysia. Inilah masa dan ketikanya kita mengambil peluang yang sedia ada untuk bertemu semula, berkumpul beramai-ramai semula. Tidak dinafikan, ada jugak dalam kalangan Batch '92 (kini berumur 19) yang telah berada di alam pekerjaan. Tidak kiralah walau apa pekerjaan yang dilakukan, yang penting halal dan senang hati utk membuat kerja. Tapi, aku yakin , Insya-Allah, kami akan bertemu semula jika mempunyai masa yang terluang, tak kira hatta sudah bekerja ataupun masih meneruskan pengajian, tetap kami akan berkumpul juga. Inilah kesempatan yg ada. Jgn semudah itu kita lepaskan, berlalu begitu sahaja.

Mutakhir ini, ramai pula kenalan-kenalan yang aku dapat bertemu, tak kiralah sewaktu di tingkatan 5 dahulu dia di kelas mana, jurang persahabatan kami masih kekal utuh dan masih padu dipegang prinsip yang sama. Walau apa sahaja kritikan org ramai, namun umpatan itu aku ketepikan. Apalah gunanya kita menggadaikan seorang sahabat untuk kepentingan peribadi yang tersorok. Kepentingan interpersonal itu tidak bertahan lama. Ia hanya cuma bertahan utk seketika waktu sahaja selagi ia boleh bertahan. Bila kesemuanya terbongkar? Apa akan terjadi? Sahabat juga yang dicari, kan? Jika sahabat yang kita jadikan bahan kepadanya itu terdekat dgn kita, kita tiada pilihan lain, terpaksa juga memohon pertolongan mutlak. Betapa malunya kita saat itu.

Ermmmm.... Apa-apa pun, inilah die ketulusan yang dizahirkan oleh KESEMUA rakan saya, biarlah mereka dgn dunia mereka, itu soal antara peribadi dia, dan itu jugak soal antara dia dengan Tuhan, tidak patut dan tidak perlu saya campur urusan mereka itu, memadailah dengan mereka berbuat baik dan melayan aku dengan manis . Cukuplah entry aku kali ini, maaflah jika entry ini menjadi pendek, mungkin keadaan aku yang tidak larat menaip panjang berjela. Hehehehe....! OK laa.. Assalamualaikum WBT.

Rabu, 24 Ogos 2011

MEMPERKENALKAN BATCH '92 SK KING EDWARD VII(2) YANG DITEMUI SEMULA

Assalamualaikum WBT dan Salam Satu Malaysia !! Haaa.... Apa khabar semua? Sihat ke?? Waa... nampaknya semakin ceria yer... Almaklum laaa...... Hari Raya Aidil Fitri kan bakal menjelang tak lama lagi... Wah, wah... berseri-seri sungguh you !!! Hahaha..... Sorry... tergedik seketika.. !! Upsss !

Oklah, bak kata Johan Raja Lawak, cakap byk pun tak guna, tendang pun tak kena. Tak nak laa bermukadimah panjang2. Just simple jer untuk kali ni ok ?? Mungkin para tetamu yang mengunjungi blog saya ini dah jelak dengan sikap saya yang suka bermadah panjang lebar itu, kan?? hahaha..... 

Yer, kali ni, saya nak dedahkan seorang demi seorang yang pernah bersama saya dalam bangku sekolah yang membawa sejarah yang manis, dipenuhi suka dan duka, pahit dan getir. Ntah laa... Tiba-tiba teringat pulak saya pada kesemua batch ''92 di SK King Edward VII (2), 34000 Taiping. Mana tak nya, hingga kini kami masih boleh berjumpa tanpa ada gangguan dan masalah, hatta jauh ke seantero dunia sekalipun ! Haaa... hebat tak ex-student SK KE 2 nie ?? Ha.. inilah keunikan yang ada pada diri kami. 


Mermperkenalkan yang pertama, Muhammad Abdullah bin Mohamad Shahar. Maaf laa ye kalau ade yang terasa pulak sebab saya letakkan dia ni no. 1. Bukan apa, dia ni laa antara mulanya yang saya kenal kerana kami berkawan sejak tadika lagi. Nama samarannya yang glamour ialah DOLLAH. Dulu masa kat sekolah, dia ni agak nakal laa.. Tapi cerdik !! Eeee... geramnya ! Suka jugak laa yang mengusik aku. Buli aku. Huh ! Aku jer laa jadi mangsa die, tapi bila aku tak tahan sgt, aku report kt mak die. hahahaha....

Ha,,,yang kat atas ni, Nama dieMuhammad Aziem Bin Rosli. Dia ni anak seorang Warden dan Ustazah tempat kami belajar tu. Kalau tak salah, aziem ni masuk ke K.E 2 tahun 2001, masa kita dalam tahun 3. Orangnya agak pemalu. Tetapi jaga2 !! Dia petah berbicara bila sekali die buka mulut ! Huh... Nama samarannya ABE. hahaha.... Yerlaa... Asal Kelantan, mmg wajib r gelaran tu....


Yang berwajah manis, bermuka hensem ni tak lain dan tak bukan, nama die Muhammad Syafiq Amir bin Nazri. Dia ni antara orang yang rapat dengan aku laa masa sekolah rendah dulu. Erm... Kami suke meronda sekolah, Lebih-lebih lagi time rehat ! Wekkk !! Suke masuk lewat 5 minit selepas rehat. Hahaha..... Nama panggilannya SYAFIQ AMIR. 

Haa..ni nama dia Muhammad Aliff bin Adnan. Merupakan seorang kawan yang paling, paling, paling , paling rapat hingga kini !! Sampai keluarga saya pun dah lebih kenal dengan keluarga si Aliff ni. Dia ni pendiam juga, tapi suke ketawa, jiwanya cool, steady dan sporting. Sama je... Dulu hingga kini. Takde yang berubah pada dia ni. Kalau sapa-sapa tak reti nak ikat tali leher tu, jumpalah die ni, 5 minit jer taw!! 


Lain kan? Nampak ketara sangat corak perubahan beliau ! Dulu, beliau agak skema dan tidak pandai langsung utk bergaya. tapi sekarang? Lihat wajah si Muhammad Naim bin Husni ni, Amat berbeza jika nak dibandingkan dengan dulu. wah2, naim !! Dah ade yg punya ka??

Mak aku suke kat die ni., Selalu jugak mak aku bertanya pasal die ni. Mak aku selalu puji die. Katanya Hensem laa... smart laa.... bergaya laa..... dan macam-macam lagi laa.... tak ubah-ubah.. Sama je... Ha,,,, Si jejaka hensem idaman 1,000,000 gadis ni bernama Muhamad Arif bin Zul Suhaile. Antara yang rapat jugak laa dengan aku. Tiap2 tahun mai beraya rumah aku taw !! Haa..... Manalaa hang skrg ye Arif??


Insan ini namanya Muhd Izzat Fawzy . Nama ayahnya tak berapa ingat dah laa.. Maaf yaa Izat !! Erm... Die ni dalam kelas suke jugak buat kecoh. tapi tak le nakal. Baik-baik aja. Die ni suke buat lawak yg tak jadi. Tp, bila diingatkan semula, kelakar pun ada. Nama samarannya E-JAT,.

Mamat hensem kat atas ni namanya Afif Fahd bin Fatahul Rashid. Putih, kekal stylo dari dulu taw !! Dia ni laa mula-mula yang aku kenal kat SK K.E 2 tu. Yerlaa. duk sebelah aku., Sekelas dengan aku. Dan die laa yang mula2 tegur aku. Waa.... Kami jadi akrab taw lepas tu.... Erm.... Kenangan itu indah kan Afif Fahd??


Hahaahaha !! Bila pandang sekali, tengok kelakar laa muka si Mohd. Shahrul bin Zulkifli ni kan? Macam takde perasaan jer.... Dia ni pemalu amat sangat ! Penyakit malu die tu merebak sampai sekarang nie. Erm.. Taktau laa sampai bila... 

dia ni masuk ke SKKE 2 ni tahun 2003, sewaktu kita di dalam darjah 5. Baru jer pindah , pangkah org ! Huh ! Die jer laa yang betul. Yang lain semua salah. Tapi, si Ahmad Sharil bin Ahmad nie laa pak lawak kita orang. Semenjak die masuk ke SKKE 2 tahun 2003, kelas 5 Merah jadi hambar ! Kucar-kacir. Amat riuh sekali. semuanya dek kerana die.

Yang agak comel ni namanya Muahammad Aiman Syafiq. Tak ingat lagi nama ayah die. Maaf yer.. Ermmm.. Die ni kemas, Seorang pengawas Pusat Sumber sekolah yang berdedikasi. hahahaha.... Ade pernah sekali tu, Cikgu BI, Puan Sugitha puji die sebab tulisannya kemas dan mudah utk dibaca. Wah2..kembang habis !!

Mamat berpakaian formal ni nama dia Muhammad Sirajudin. sekali lagi tak ingat nama ayah !!! Ayyooo !! Maaf taw ! Dia ni tak byk cakap. Sopan jer. Pemalu, dan suke bersendirian. Pelik kan? Taknak bergaul dengan orang, dan yang paling best, nama gelarannya SIRA.

Kenal lagi mamat ni wahai kawan-kawanku bekas SK KE 2 ? Ni laa die Mohd Nazreen bin Mahadzir. Kenapa? tak percaya? Percaya laaa... Ni laa Nazreen... Oppss !! Sebab dulu Cikgu Ridhuan pernah gelar die Mike Tyson sebab die ni gelap. Tapi sekarang ???? Lihatlahhh !! Die berubah !!


Seriously, kalau tak tengok gambar, aku sendiri tak kenal sapa mamat kacak ni !! Huh, perhatikan betul2. Owwhh !! Rupa2nya ni laa dia Muhd Syahmi bin Mohd Ridzuan. Uiihh ! Die ni memang dari dulu segak bergaya macam ni. Agaknya mungkin kerana ayahnya mengajar di sekolah yg sama kot kan? Hahaha....Tapi, die ni dah nampak berisi sikit laa... Erm....?

Ni die Muhd Al Azmie Hannafi. die ni suke senyum. Maklum laa , senyuman die tu manis laa katakan.. Erm... Die ni kelas sebelah (bukan kelas aku) . So, aku tak berapa taw pasal die ni. Tapi die ni antara atlet sekolah jugak taw ! Wahh ! Hebat kan die ni? Pencapaiannya itu hingga kini taw? Beliau jgk telah byk memasuki pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan taw ! Wa cayalah lu !

Mamat yang senyumannya ala-ala Jennifer Lopez ni nama dia Muhd Amir Al-Bakri. Nama Ala-ala arab gitu ! Haa.. tapi muka die takde ke''arab''an pun yer tak ?? hahaha.... Dia ni nakal jugak, tapi pandai ! Macam mana laa die belajaq na?? Rasanya die masuk ke SKKE 2 pada tahun 2002, ketika dalam darjah 4.

Waaa !! Kemain lagi hang yer Muhd Haikal ? Bergaya sakan nohh !! Haaa... Inilah die haikal yang dirindui dan disayangi semua org. Tahu tak sebab apa? Sebab die punya bekal selalunya diwakafkan utk 1 kelas !! Hahaha.... kesian die kena buli... Mana taknya, bekal die hari-hari sedap... Aku pun tak terkecuali, bende free, sebat jerrr !!!!

Mamat yang nampak perkasa ni nama die Mohd Nazrul bin Tajuddin. Dulu, die ni rendah jer dari aku. Hahaha.... bayangkan laa kan, erm.. sekarang ni nampaknya semuanya dah berbeza, dah tinggi lampai dah orangnya. Muka tak berubah., Dia ni mengaji, phuii !! Sedap nyaa... Alunan yg didendangkan dalam tashdid bacaan itu lunak satu per satu. Erm... Nama panggilan yang aku selalu dgr ialah JUD.

Tak tersangka-sangka beliau nie segak ye sekarang ? Dulu ? Erm.. tak berapa pandai laa kalau nak bergaya kan... Ala-ala simple jer laa.... Tapi sekarang.. huii !! Mengalahkan proffesor !! Dahsyat !! Mamat ni satu geng dengan Ayen, Jud, Dollah, Syahmi. Nama beliau Muhammad Shahnizam bin Adnan. Genius taw !!


Mamat yang nampak ganas ni nama dia Muhammad Syafiq bin Mohd Arshad. Die ni pun se''geng'' laa dengan shah, dollah, jud, syahmi dan ayen. Tah laa... Ade jer kerje diorg ni,, Aku tak campur.. Hahaha... by the way, die ni nampak je camni, sampai skrg, OK jer kot... tegur lg paa kalau jumpa... Alhamdulillah.....

Mamat yang segak lagi tampan ni dinamakan Tuan Mohd Rizqin bin Tuan .,........ Saja taknak sebut habis2... Biarlah menjadi rahsia. Dan kalau sesiapa yang ingat lagi die ni, taw laa nama ayah die. Dia ni pindah di tahun 2002, di tahun 4. Hensem kan die? Masih mcm dulu lg kan?

Mamat ni sebenarnya aku ingat nama die , tapi kurang pasti mukanya, taoi aku yakin die ingat aku sebab aku pernah contact die. Dia ni kelas sebelah jugaak . So byk benda yg aku tak tahu menahu pasal dia ni. Namanya Muhd Khalil Gibran.

Wahh !! Pinky !! Nama die dekat je ngan nama aku... Muhd Amir Qaiyum. Haa.. die ni tak suke bercakap. Asyik2 belajar jer.,... Tapi, kalau aku ke, kwn2 yg lain ke nak ajak die campur ngn kami semua, susah laa.. Nak bersuara tu ibarat mcm nak keluarkan seketul emas laa ! Huh... Agak2 mcm ni lg ke perangai die errkk?

Ni nama die Muhammad Haziq. Aku tak berapa pasti laa sebab die ni pindah awal. Tapi ramai yang mengatakan die ni suke mengusik org lain. Die suke memangkah org lain. Hahaha... Agak nakal laa haziq ni, tapi die ni pun cerdik jugak !! Otaknya ligat !! Sampai sekarang lak tu !!


Mamat yang agak sukar nk senyum ni nama dia Muhammad Fauzan bin Mustaza. Dulu die ni kurus kering jer. Tapi, pelik jugak kan sekarang ni dah berisi ! erm... makin senang hati laa agaknya tu ye tak ? Nama gelarannya di sekolah dulu adalah POJAN . Uniknya die ni adalah, rambutnya yang sudah beruban ! Waarrgghh kah kah kah kah !!!



Insan ini nama nya Muhammad Firdaus. Wallahu'alam laa nama ayahnya. Lupa pulak ! Hehehe.... Erm... dia ni lebih kurang sama je dengan perangai aku dan yang lain2. Boleh masuk dgn semua org. Bijak dan pandai jaga hati org lain.


Dia ni laa paling tinggi dalam kelas kami dulu. Dahla tinggi melidi, kurus lak tu. Ermmm.. Pelik kan? Macam tak cukup zat jer.. Hehehe..... Dia ni dulu bersuara kecil. Comel. Ala-ala suara doraemon gitu !! HAhaha..... Ingat tak nama die?? Nama die Muhd Haizam.


Waaa...... Pandangan beliau yg tajam ! Huhuhu..... ! Dah bajet hot sgt dah tu.... Hahaha... Die ni sewaktu darjah 4 die dah pindah dah dari SKKE 2. Nakal? Biase laa.... zaman budak2. Ade la nakalnya .... Mcm laa semua org baik sgt kan masa kat sekolah rendah yer tak? Nama dia Muhammad Zul Faqaar.

Jyyeeaahh ! Mamat macho ni nama die Muhammad Fikrullah. Whoaaa !!! Dulu die ni agaksibuk dengan geng2 kelas die sahaja. Tak nak bercampur dgn org lain. Erm.... Kalau geng die tak dtg sekolah, barulah terhegeh-hegeh nak kwn ngn kita org. Hahahaha... !! Makin smart nampaknya hang Fikrul ?? Ade pape ke?? 

Stylo nye die nie ! Kalau nak dibandingkan dgn dulu, hahahaha !!! Jauh panggang dari api. Berbeza sgt2. Tapi lihatlah perubahan yg telah di transformasikan oleh beliau !! 1000 kali ganda smart dari dulu. !! Maklum laa, si Muhammad Alif Aswad ni muka pun smart, jambu jugak laaa kan, kan ???

Waw ! Sihatnya ! Hehehe... Ni laa die Muhammad Zahir bin Azahar. Die ni pandai melukis taw ! Pandai dalam m/p sains lak tu !! Huh !! Tergugat rasanya !! Nama gelaran kat sekolah dulu oialah ALONG. Dia ni asyik berkawan dgn Azri Baharuddin dan Haikal saje. Erm.... Diorang mmg intim bertiga. Rasanya sampai skrg nie.....

Ni jer laa antara sahabat saya yang sempat saya coretkan disini. Yg lain2 tu saya tak dapat nak masukkan kerana faktor gambarnya tiada, FB tidak di approve lagi, masih tidak kenal dan masih tidak ingat siapa , dan mcm2 lg faktor lain. Erm... Rasanya memadailah setakat ini shj entry saya kali ini, insya Allah jika diberi kesihatan yg baik, hati yg tenang, saya akan masukkan lagi cerita2 yang menarik berkaitan kami 1 Batch. Akhirulkalam, terimalah ucapan pantun dari saya, '' Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yg panjang, Insya-Allah kita akan bertemu lagi.''

Selasa, 23 Ogos 2011

TERKENANGKAN ARWAH ABAH MENJELANGNYA AIDILFITRI

Assalamu'alaikum WBT. Mood tiba-tiba berubah.  Terkelu seketika. Bibir membeku. Hati membisu. Perasaan terbuku. Pabila terkenangkan Aidilfitri yang bakal muncul selasa hadapan bertarikh 30 Ogos 2011 , terkenang juga reaksi dan wajah Arwah Abah, Allahyarham Hj. Baharin Bin Muslim yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 April 2008, 3 tahun yang lalu. maknanya, di tahun 2011 ini kami bakal menyambut suasana hari raya tanpa abah di tahun yang keempat. Sayunya rasa. Hiba dan sedih pabila mengenangkan  1 per 1 kenangan bersama arwah abah.

Selalunya, sebelum Hari Raya Aidil Fitri , pelbagai persiapan yang beliau lakukan termasuk membeli-belah pakaiannya, isterinya dan juga anak-anaknya. Beliau begitu ambil berat terhadap tiap-tiap persediaan yang dirancang. Bukan apa, taknak kelam kabut katanya. Beliau juga merupakan abah yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah yang baik. Beliau akan membuat persediaan rapi menjelangnya Lebaran. Contohnya, biskut raya ditempah daripada kenalan-kenalan terdekat, baju Melayu dibeli daripada gedung-gedung terkemuka, baju T-shirt biasa dibeli di pelbagai lokasi pusat membeli - belah, persediaan untuk tetamu seperti air kordial / tin / kotak / botol dan sebagainya. 

Selalunya beliau akan merancang untuk pulang ke kampung halamannya di Selangor Darul Ehsan seminggu sebelum Syawwal menjelma. Memang tiap-tiap tahun kami sekeluarga beraya di sana. Kerana menyambut Hari Lebaran di sana amat meriah dan masih mengekalkan tradisi dan adat istiadat Melayu yang kekal etos. Duit raya disediakan 100% oleh beliau untuk kesemua tetamu yang hadir dalam kalangan sahabat-handaiku, adik-adikku ataupun anak-anak kenalannya yang datang beraya dirumah. Tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Tak juga dikira umur dan tahap pemikirannya. 

Sebelum pulang ke kampung, beliau amat gemar membeli buah tangan untuk dinikmati bersama di kampung nanti. Contohnya seperti lemang, rendang, ketupat, biskut raya, buah-buahan, dan makanan yang dibeli di bazar terdekat di sana. Beliau tidak berkira dengan sesiapa pun. Itulah sifatnya yang disenangi ramai.

Setelah berada hampir 4-5 hari di kampung, selalunya kami sekeluarga terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk menziarahi keluarga sebelah emak pula. Perkara yang sama, arwah disenangi dan disayangi oleh kesemua adik-beradik emak yang ada. Tidak kira tua atau muda, tinggal jauh atau dekat. Kerana sifat itulah, kemungkinan ramai sepupu saya juga sayang kepada arwah abah.

Pulangnya dari Kuala Lumpur, kami terus balik semula ke Perak, kediaman kami sekeluarga,. Tidak habis disitu, beliau akan mengajak kami keluar sama ada diwaktu malam untuk beraya pula di rumah sahabat-handainya yang tinggal di sekitar bandar Taiping. Tidak lupa juga dengan sahabat - handai emak yang tinggal di kawasan Bandar Warisan ini, turut diziarah sama. Beliau sanggup membawa familinya ke mana sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. 

Allahyarham Baharin bin Muslim
22 September 1969 - 21 April 2008


Semoga dengan kenangan ini dapat memberikan kami sekeluarga nekad mengecapi segala ujianNya di samping tabah dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dunia ini. Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya. 

''Ya Allah , Ya Rahman, YA Rahim. Engkau berikanlah Arwah Hj Baharin Bin Muslim ini keberkatan dan tempatkanlah arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami pinta belas kasihan dan sesungguhnya kepada Engkau kami berserah.. Hindarkanlah arwah dengan segala seksaan NerakaMu ya Allah ! Masukkanlah dia kedalam kenikmatan SyurgaMu ya Allah. Kabulkanlah permintaan kami ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Mengasihani.''

SELAMAT KEMBALI KE RUANGAN HIDUPKU SAHABAT

Assalamu'laikum Dan Salam 1Malaysia. Ya... !!!! Saya dengan rasa syukurnya , menadah tangan tanda kesyukuran ya amat sangat kepadaNya yang Esa kerana dengan limpah kurniaNya , pohon inayah dan hidayah dariNya, berkat salam ukhwah dan salam silaturrahim dapat juga saya bertemu kembali dengan sahabat saya yang bernama Muhammad Siraj bin Abdul Aziz dan Muhammad Izzat bin Abdul Latif .

Ya Allah ! Berkat ketelusan kami kepadaMu Illahi, berkat kesucian kami berdo'a kepadaMu Rabbi, berkat keikhlasan yang lahir daripada hati kami yang tulus ini, berkat kesucian yang selama ini dipendam selama ini, akhirnya Kau tunjukkan juga kekuasaanMu Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim ! Ikatan yang teguh dan ikhlas selalunya akan diberkati dan diredhai olehNya yang Esa. 

Entahlah,,,, Sesungguhnya saya berasa amat malu kepadaNya kerana selama ini saya hampir berputus asa kerana tidak dapat bertemu dengan dua orang sahabat yang rapat dengan saya ketika  pertemuan di Perhimpunan PRS Peringkat Kebangsaan 2008. Alhamdulillah, inilah tanda kebesaranMu yang Kamu tunjukkan kepada hambaMu yang kecil lagi kerdil ini. Maha suci Dia yang Maha segala-galanya.

Siraj, yang saya temui pada awalnya di Hotel Majestic, Ipoh Perak sehari sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur pada 6 Mei 2008. Beliau amat optimis dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sikapnya yang pendiam disenangi oleh kesemua 12 orang peserta dalam kalangan kontinjen Negeri Perak Darul Ridzuan. Setahunya beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Tuanku Abdul Rahman, (STAR), Ipoh, Perak. Orangnya berhati lembut, bermuka manis, bijak berkata-kata, petah mengatur 1000 bahasa, dan keterbukaan dalam mencapai sesuatu perkara.

Ini lah dia wajah Siraj Aziz.

 dalam tahanan PLKN.. ahahhahaa!!!!


 manis tak senyuman tu??


dengan ibunya tercinta.


Berbeza pula dengan Izzat Latiff nie. Dia ni saya jumpa dekat Kuala Lumpur. Satu kumpulan dengan saya. Saya berkenalan dengan kesemua ahli-ahli kumpulan saya. Tetapi yang saya paling rapat dengan si Izzat ni laa... Asalnya Terengganu. Orangnya putih, tinggi, segak, bergaya, dan stylo. Dia ni tak banyak cakap masa kat sana dulu. Asyik ketawa je bile aku bercakap. Hehehe...... Suka tengok die senyum.... Manis... Macho... Jambu.. !! hahahaha.....!!!! Kalau diikutkan, ade lagi seorang yang aku rapat, budak Kelantan. Namanya aku tak brape nak ingat laa... Nombor telefonnya pulak luput dalam memori henset. Nasib baik jumpa jugak FB Izzat Latiff nie... 

Inilah dia wajah Izzat Latiff nie.

 haa..... macho tak??


 riadah bersama teman-teman.....


lihat seyumannya !!! manis gitu !!


Erm...setakat inilah sahaja entry kali ini. Apa-apa pun, saya benar-benar berharap agar ikatan persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat. Saya menaruh kepercayaan kepada mereka kerana meraka pernah menjadi yang terbaik dalam hidup saya. Insya-Allah berkat daripadaNya, talian silaturrahim antara kami takkan terputus hatta apa pun yang terjadi. Akhirulkalam, saya sudahi dengan lafaz ,'' Keserasian dalam persahabatan dilahirkan dalam kesucian dan ketulusan hati nurani.''

KENANGAN RUMAH TERBUKA 2009

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia !! Apa khabar?? Sihat ke?? Alhamdulillah kalau sihat.... Erm,.... Kali ini saya nak mengungkap kembali nostalgia rumah terbuka Aidilfitri di tahun 2009, semasa saya masih di bangku sekolah dalam tingkatan 5. 

Erm.... serba-serbi perasaan yang menusuk ke dalam hati dan ingatan kembali menongkah ke minda dek kerana kenangan silam yang manis itu di simpan dalam memori sampai bila-bila. Bila diingatkan semula, macam-macam perasaan yang hadir membuatkan saya sendiri berasa sedih dan hiba, Pilu rasanya di hati pabila mengenangkan detik-detik kebahagiaan dan saat-saat manis yang dikecapi ketika melalui zaman sekolah. 

Sebenarnya, bukanlah niat saya nak mempersendakan sesiapa, tetapi coretan ini hanyalah untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam selama ini, semakin lama semakin terhakis, Kenangan itu menjadi semakin manis apabila sahabat handai kita yang kita tatang bagai minyak yang penuh itu hadir kembali untuk bersua bersama kita. Apalah yang kita mahukan sangat, melainkan ingatan sahabat-handai kita kepada kita walaupun dimana mereka berada sudah mencukupi umpamanya. 

Arus permodenan kian memuncak, dasar ekonomi yang semakin utuh membuatkan manusia semakin alpa dengan kehidupannya yang dahulunya. Mungkin ibarat ''kacang lupakan kulit'', yang sedang bergerak meniti kehidupan dalam keadaan serba moden yang lebih efektif. Terkadang ada jugak terfikir yang adakah zaman boleh mengubah manusia? ataupun manusia yang mengubah zaman? Biarlah hanya kita yang mengetahu jawapannya.

Tahun 2009 merupakan tahun terakhir saya di bangku sekolah, menduduki di dalam Tingkatan Lima. Begitu hebat zaman kegemilangan itu. Amat sukar untuk saya lupakan kenangan yang manis bersama teman sejagat. Maklum laa.., yang paling seronoknya bila saya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Fuhh !! Tahun itulah yang saya boleh anggarkan kira-kira 60-80 orang pelajar SMK King Edward VII yang hadir memeriahkan rumah terbuka saya. Ada yang datang secara berkumpulan, perseorangan, berpasangan dan macm-macam lagi karenahnya. Ianya terdiri daripada junior dan senior saya. Yang sebaya dengan saya tu pun ramai jugak yang hadir. Kira-kira 19 buah motor diparkir dihadapan rumah saya ketika itu !! Wahh !! Meriahnya !!! Amat seronok sekali !!

Nak tengok gambar-gambar yang sepat saya ambil semasa rumah terbuka saya di tahun 2009 ??















Ni antara yang hadir di waktu siangnya. Maklum laa,,, saya terlalu sibuk menolong emak saya melayan tetamu, menyediakan hidangan, dan macam-macam lagi laa... Inilah dia kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri di tahun 2009. Di tahun 2010, memang ade buat, tetapi tidak sempat untuk mengambil gambar kerana terlalu sibuk . Maaf yer. Insya Allah kalau ade rezeki yang panjang, saya akn cuba lagi buat utk tahun 2011 ini. Moga dimeriahkan lagi dengan sahabat handai saya yer.. Bye, bye.. Assalamu'alaikum WBT.