Rabu, 3 Ogos 2011

MARHABAN YA RAMADHAN 1432 HIJRIAH BERSAMAAN 2011 MASIHI



Assalamu'alaikum WBT kepada seluruh umat Islam yang sudi menjenguk blog saya ini. Alhamdulillah.... Syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya serta mendapat perkenan daripadaNya, dengan penuh inayah dan hidayah dariNya kita sekali lagi berkesempatan menyambut bulan mulia disisi Allah SWT bagi tahun 2011 Masihi / 1432 Hijriah ini. Alhamdulillah..... Syukur yg tidak terhingga dipanjatkan kepada Yang Maha Kuasa yang memerhati kita yakni hambaNya yang kecil lagi kerdil ini memberi peluang sekali lagi kerana mempertemukan kami ke bulan yang penuh barakah ini. 

Alhamdulillah...... Sudah sampai ke angka 1432 Hijriah bersamaan 2011 Masihi sudah Ramadhan kali ini, dan saya juga bakal menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang ke-19 Tahun menjelang 16 hb. Ogos 2011 ini. Jangan lupa belikan hadiah besar2 punya yaa !!! hahaha...... gurau2 jer.... Erm.... Sekali lagi di tahun ini hari lahir aku jatuh pada bulan puasa yakni Ramadhan Al-Mubarak. Aduhh !!! Sedih nya rasa.... Tak boleh nak enjoy2 di hari lahir,,,, Tetapi, bila difikirkan dgn positif, ada juga kebaikannya... Hari lahir aku jatuh pada bulan mulia, bulan yang dipenuhi rahmat Allah SWT, insya Allah dilindungi dan diberikan hidayahNya kepada aku hambaNya yang jerdil lg kecil di mataNya. Aku bersyukur teramat sangat kerana hari lahir aku diberi peluang kedua olehNya untuk membuat segala  kebaikan, mengamalkan yang maa'ruf dan menidakkan yang mungkar. Mungkin itu semua dah tertulis dalam pasca-keadaan yang ditetapkan Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui daripada sekalian makhluk.

Ramadhan kali ini banyak memberikan kesan yang mendalam kepada diri aku dan famili. Mana taknya, mungkin kerana di tahun ke-3 bapa aku, Allahyarham Baharin bin Muslim telah menemuiNya 3 tahun lalu merumitkan lagi keadaan dan menegangkan situasi. Dengan faktor keadaan barangan yang semakin meningkat naik, kos sara hidup dalam perbelanjaan sekolah adik2 aku, mungkin menyebabkan Ramadhan kali ini kurang ''boomm'' nya berbanding tahun2 terdahulu. Ramadhan kali ini juga memberikan kami sekeluarga cabaran yang amat2 diskusi. Fuhh !! Agaknya mungkin kerana faktor lain juga seperti masalah peribadi mahupun lain2.... Wallahu'alam....

Secara jujurnya, Ramadhan 1432 Hijriah ini pada aku , tidaklah jauh sangat kalau nak dibezakan dengan tahun2 terdahulu, sama je pada aku. Bezanya mungkin faktor keadaan semasa yang merumitkan keadaan, contohnya dari segi kos sara hidup yang semakin melambung tinggi, keperluan2 lain, bil2, dan sebagainya yang mungkin menyebabkan keadaan bertukar sementara. Masya Allah...... Adakah ini cabaranMu pada kami seluruh keluarga ? Adakah ini hikmahMu setelah Kamu mengambil ayah aku 3 tahun dahulu ? Atau mungkin adakah ini ujianMu pada kami satu famili ? Erm.......