Rabu, 23 November 2011

PUTERA DAN AKRAM RAKAN SEJIWA



Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.Bertemu lagi kita yer di hari ini.. ahahhaa ~ bukan apa, ramai yang kecoh je akhir-2 ni dek kerana kemenangan Malaysia dalam Peringkat Akhir Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Jakarta / Palembang , Indonesia melalui perlawanan Bolasepak Akhir yang mengungguli Malaysia mendapat Pingat Emas sekaligus mencerminkan bahawa Semangat Malaysia Boleh itu tak lekang dek zaman, tak luput dek tradisi.

Bukan apa, aku ni nak kata pasal minat sangat pasal pemainan Bolasepak ni , errm...... Takde laa sangat ! Erm... Cuma, kalau kawan-2 atau adik-2 ajak keluar untuk menonton bersama, maka hanya jasad sahajalah yang pergi menonton manakala rohnya tidak seia dengan jasad. ahahhaa ~~ Bukan apa, cuma mahu luahkan isi hati sajaaa..

Bolasepak adalah permainan yang mengungguli kaum lelaki hampir 89% keseluruhannya meliputi seluruh dunia. Hal ini terjadi disebabkan lagenda yang sentiasa menaruh semangat kesukanan dalam menempuh pelbagai risiko bertemankan minat yg mendalam. Statistik dalam kelompok peminat setia bolasepak ini juga tak lari dari masyarakat seluruh penduduk di Malaysia. Di Malaysia, sebilangan golongan lelaki hampir 91% meminati permainan bolasepak, lebih-2 lagi pasukan Harimau Malaya yakni pasukan Malaysia sudah mula menunjukkan ''taring'' nya pada musim-2 permainan terdahulu. Tak hairanlah jika sekelompok ini dapat menandingi permainan-2 atau sukan-2 yang lain.

 thankss Akram !!


Thankss Putera !!

Haa... Terlari jauh pulak.. Hehehe ~~ Malam Isnin lalu bersamaan 21 hb November 2011 , aku diajak oleh Putera Syahme Nur Iman (adik aku la) dan seorang lagi Muhd Akram (juga adik aku) untuk menonton perlawanan bolasepak akhir Sukan SEA 2011 ini menerusi televisyen secara langsung di Restoran Mc Donald's. Errm... Dek kerana pujukan dan rayuan, diri ini pergi jualah menonton tanpa kerelaan yang mutlak. 

Setibanya disana, Mereka berdua menyambut aku dengan senyuman yang manis. Tangan dihulur, dicium tangan aku tanda hormat dan mesra. Alhamdulillah, mereka masih macam dulu. Itulah yang aku harapkan. Waahh !! Putera belanja makan Mc D laah !!! Wuhuuu ~~ Syiokk ~~~ !!! Errm... Tanpa berlengah, aku terus makan apa yg terhidang diatas meja. aahhahahaha !!! Pada masa yang sama, Farizal, Irfan, Aiman, Tiha mesej aku sekaligus !! Aiyooo ~ Pening kepala den ! Uhuk-2 .. Tapi, perkara itu dapat diatasi dengan sebaiknya.

Hampir 45 minit berlalu, aku sengaja menelefon Tiha untuk beri peluang kepada Akram dan Putera berkomunikasi dengan Tieha, lantas, aku serahkan h/p aku kepada mereka berdua. Mereka memuji-2 Tieha dengan ikhlas dan tanpa paksaan. 5 minit selepas perbualan mereka, aku terima satu mesej dari farizal, ''Abg Amir, mai laa join kami, kat sini ramai geng kita tengok bola..'' Aku lantas menolak dengan cara baik dengan mengatakan aku sendiri sedang berada di Mc D bersama Akram dan Putera. Dia memahami. Alhamdulillah...

Selang beberapa minit kemudian, zaid pula menelefon, ingin ajak keluar makan katanya. Janjinya tepat pukul 10. Tapi aku minta tangguh ke jam 11 kerana aku perlu menghantar Putera ke rumahnya di Taman Sentosa. Alhamdulillah, zaid juga mengerti. 

Akram sering menegur aku, ''Abang !! Sorak laa sikit ! Bosan laa abang nie , macam takde mood jer harini ?! Ke kami ganggu masa abg ?'' . Sepi. Aku sepi tanpa mengeluarkan kata-2 walaupun sedikit. Akram mula mengesyaki sesuatu. Aku cuba menarik perhatiannya dengan cuba untuk layan dan meminati perlawanan yang sedang berlangsung. Putera seolah-2 mendengar apa yang kami berdua borakkan. Dia cuba nak menindih. malangnya Akram mengusiknya dengan manja~~ Ahaakksss !!! memang diorang berdua ade persefahaman antara satu sama lain. Dan yang baiknya sama-2 memahami aku. Alhamdulillah..

Walaupun tak lama disitu, tapi aku tetap puas bersama mereka berdua. Aku terus meminta diri terlebih awal sebelum malam gelap pekat tiba. Aku kemudiannya terus menghantar Putera pulang ke rumahnya. Pulangnya aku dari Taman Sentosa, aku terus bertemu Zaid di ''tempat biasa'' yang kami selalu berjumpa. Sesungguhnya Akram dan Putera takkan dapat dipisahkan ibarat ''IRAMA DAN LAGU, JIKA TERPISAH, ROSAKLAH IRAMA, BINASALAH LAGU'' . Akhirulkalam, Assalamu'alaikum WBT dan Salam Terima kasih Akram dan Putera !!!

Isnin, 21 November 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM SAHABATKU DI SMKE VII & SMDB

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar? Sihat ke?? Kalau sihat, Alhamdulillah..... kalau tak, pergi jer laa ke hospital ataupun klinik-2 berdekatan. Huhhh... Lagi-2 sekarang ni kan musim peperikasaan. Haa.... Elok laa kalau time-2 nak exam nie pergi buat pemeriksaan kesihatan, ataupun jaga kesihatan tu supaya tak terjejas masa nak exam nanti.

Haa.... untuk kesemua sahabat-2 saya yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia           ( STPM ) yang akan dimulakan pada 21 November 2011 ini, Selamat Maju Jaya saya ucapkan dengan rela hati dan ikhlas ! Buatlah peperiksaan itu dengan niat yang baik, cita-2 yang tinggi dan hati yang ikhlas. Berjuanglah sebaik-2 nya dalam misi dan usaha mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan untuk menentukan masa hadapan. 






Sahabat di SMKE VII


Khas untuk sahabat saya di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang pernah bersedudukan dengan saya di sekolah yang sama dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Ucapan khas ini saya tujukan kepada Rakan baik saya, Muhd Soleheen, Mohd Baihaqi, Mohd Zulhelmi Husni, Mohd. Amirul Syafiq, Syazmeer Azril, Ashruf Khan, Bob, Muhd Shahrul, Mohd. Hafiz , Mohd Hazrin dan Zahiruddin Kahsan dan kesemuanya yang saya tak sempat nak kenal.

Sahabat di SMKDB


Tak lupa juga kepada sahabat saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin , Taiping yang juga sempat saya bersahabat selama 3 minggu. Walaupun tak lama disana, namun persahabatan kami itu masih kekal abadi hingga kini. Terima kasih warga SMKE VII dan warga SMKDB kerana menerima diri ini seadanya. Sesungguhnya korang semua memang sahabat yang saya sanjungi dan saya tatangi. Inilah die erti sebenar persahabatan, BILA BERJAUHAN DIRINDUI, BILA BERDEKATAN DILINDUNGI. 

Akhirulkalam dari saya, buatlah STPM 2011 ini dengan sifat keterbukaan, kewibawaan, kecemerlangan, kegemilangan dan keikhlasan dihati. Jangan hanya bergantung kepada do'a, usahalah dengan gigih menerusi ketaqwaan yang utuh terhadap Allah SWT, usaha sendiri dalam sektor P&P, gilapkan usaha, lipat kali gandakan do'a yang tak henti-2 kepada Allah SWT , seterusnya barulah bertawakkal kepada-Nya yang Maha Esa. Jangan hanya bergantung kepada usaha dalam akademik sahaja, bergantunglah jua kepada ketentuan Illahi yang Maha Hebat diantara semuanya. Jazakallah, Assalamu'alaikum WBT dan Salam STPM !

Ahad, 20 November 2011

ALAHAI RM 100 !

 Bantuan RM 100.00 untuk 5.3 juta murid berusia 7-17 tahun di Malaysia

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Satu Malaysia. Yerr... Apa khabar anda semua? Sihat lahh hendaknya... Hehehe..... Amacam tajuk artikel kali ini? Mengancam ke tidak ? Haa.. Post kali ini aku tujukan khas buat seluruh pelajar-2 di seluruh Malaysia yang dapat bantuan awal persekolahan sesi 2012 berupa wang tunai Ringgit Malaysia Seratus Ringgit Sahaja. (RM 100).

Haa... kecoh laaa 1Malaysia sekarang nie tentang duit bantuan RM 100.00 tu. Errmm... RM 100 tu diberi kepada kesemua pelajar dari umur 7 tahun hingga ke 17 tahun atau dari tahun 1 - tingkatan 5 tak kira miskin, anak siapa, keturunan, pangkat, darjat, bangsa , adat, budaya dan agama sekalipun , layak menerima sumbangan RM 100 itu. Inilah yang diusahakan kerajaan dengan memperuntukkan RM 530 juta , kira-kira 5.3 juta orang murid seluruh negara menerimanya, tak kurang dan tak lebih.

Dalam konteks ini, RM 100 ini bukanlah jumlah yang banyak, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mendadak / meningkat tanpa terkawal kini , jumlah ini hanya boleh menampung barangan asas seperti beg sekolah (RM30.00) , pakaian sekolah (RM50.00) , set alatulis (RM15.00) dan ianya hanya dapat berbaki RM 5.00 sahaja. Itupun jumlah diatas dianggarkan harga yang minima meliputi beg, pakaian dan set alatulis. Belum dikira pelbagai perbelanjaan lain lagi seperti buku latihan sekolah, kad kokurikulum dan sebagainya.

Tapi , apa-apa pun bersyukur jualah kita kepada yang Maha Esa, walaupun sedikit, tetapi mencukupi dan amat bermakna buat keluarga miskin, keluarga yang jauh di pinggir bandar, di sudut pedalaman, keluarga berpendapatan rendah, anak yatim, anak luar sah taraf dan selainnya lagi yang sama nasib. Berbeza dengan anak para hartawan, jutawan, taukeh-2 cina yang kaya, saudagar-2 yang berpendapatan tinggi, ibu-bapanya daripada keluarga yang ternama seperti Menteri, ADUN, Ahli Parlimen , anak pegawai-2 kanan kerajaan dan selainnya. Apalah sangat RM 100 itu, ada sesetengah ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka yang menerima wang bantuan itu. Inilah dia corak lagenda dalam masyarakat sekarang. Berbeza, hanya mengenal erti kesenangan tanpa mengenal erti kesengsaraan org lain.

Wahai adik-2 saya di Satu Malaysia yang menerima sudah bantuan RM 100.00 itu ! dengarlah,  yang saya ingin mengutarakan sesuatu, gunakanlah wang itu untuk tujuan yang baik, bukan untuk berfoya-2 dan bukanlah untuk membeli barangan mewah untuk menandingi orang lain. Kepada remaja berumur belasan tahun, gunakanlah wang itu untuk kearah yang baik dan cenderung kepada masa hadapan, bukannya membeli sekotak rokok, bermain snooker, berkaraoke, menonton wayang bersama teman wanita/lelaki ataupun ke rentoran mewah seperti Mc Donald's , KFC , Pizzahut, Domino's Pizza, Big Apple, Coffee Bean, Shushi King, Starbuck's Kafe, Station One dan sebagainya. 

Walaupun tak besar jumlah yang diperuntukkan Kerajaan Malaysia itu, tetapi mencukupi. Janganlah kita hanya ingin mengkritik dengan mengatakan semuanya itu retorik politik la, permainan kotor la, dakwaan yang tidak munasabah la, ataupun sebagainya laaa, Jadikanlah ini suatu pengajaran dan semangat untuk kita terus mengutamakan pelajaran dan pembelajaran. Lihat hasil ini dengan mata hati, bukannya dengan nafsu serakah. Wassalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.