Sabtu, 19 November 2011

SALAM PERSAHABATAN SEMULA, UKHWAH TERJALIN, SILATURRAHIM DIPIMPIN

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Hari ini merupakan hari yang amat memberi makna pada aku. Mana taknya, sahabat lama yang ku nanti-nantikan untuk bertemu semula dihari ini telah muncul semula di benak fikiran aku kini. Alhamdulillah, kesepian yang telah dirasai selama ini dapat dijawab dengan pelbagai isu dalam 1001 pertanyaan.

18 November 2011 merupakan tarikh keramat dimana kata sepakat dipersetujui oleh kedua belah pihak iaitu antara aku dan ________. Soal siapa, tak perlulah aku ceritakan disini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku yerr... Pertemuan kami walaupun mengambil masa kurang daripada 3 jam, amat bermakna dan penuh dengan isi pendapat yang menjadi tanda tanya. Soalnya, mengapa aku pula yang jadi mangsa? Adakah kerana aku meninggalkan mereka tanpa rela?

Kemelut mula terjadi apabila kedua-dua pihak menceritakan perihal masing-2 yang masing-2 mempunyai dua cerita yang berbeza. Argghh !!! Adakah ini satu penipuan? Adakah ini adalah satu retorik politik semata-mata? Aku tak sangka si polan tersebut sanggup mempertaruhkan NAMA BAIK SAHABAT demi kepentingan diri sendiri. Adakah ini yang dinamakan SAHABAT? Adakah sikap ini sikap yang sepatutnya dicontohi? 

Aku, Faiz dan Faizati bertemu di suatu tempat sulit, di sekitar bandar diraja Perak, Kuala Kangsar untuk menceritakan desas-desus yang mengaitkan nama aku dan si polan tersebut. Malangnya, aku dimaklumkan bahawa propaganda yang dicipta oleh si polan tersebut hanyalah menjadi permainannya semata-mata. Ini memang menyebabkan api kemarahan yang tak dapat dikawal. Soal apa yang kami bertiaga ceritakan itu, tak dapatlah aku nak panjangkan disini. Biarlah akum Faiz dan Faizati sahaja yang tahu intipati perbualan kami bertiga itu.

Masya-Allah, pertemuan 6 mata itu membuahkan hasil dengan kata sepakat yang ingin menjatuhkan agenda tersebut. Insya-Allah dalam masa yang singkat ini, aku yakin kepadaNya yang Esa dan dengan izinNya yang Maha Satu, serta kekuatan azam daripada Faiz dan Faizati , akan mendatangakan hasil yang cukup baik dan mantap. Bukannya mahu mengaibkan sesiapa dalam soal ini, tetapi haruslah kita berwaspada dgn setiap tingkah laku / perubatan yang kita lakukan terhadap org lain selama ini. Jgn kita hanya menganggap diri kita sahaja yang benar, ini bukanlah yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Maka, secara total, kami berpadu bulat kata sepakat mengatakan antara kami bertiga, tiada apa-2 lagi api dendam dan permusuhan hatta sebesar zarah sekalipun. Insya-Allah kami bertiga akan perbaiki kelemahan diri sendiri untuk memantapkan talian ukhwah antara kami bertiga supaya peristiwa ke-2 takkan berulang lagi. Kali ini, aku nak akhiri artikel aku ni dengan serangkap pantun, 

Apa guna mengata orang,
Diri sendiri belum tentu betul,
Ha ! Sekarang dah terkantoi seorang,
Ingat dia je ke yang betul ??

Terima kasih korang berdua !
Faiz dan Faizati = Feezzati

 
Waasalam, Salam 1Malaysia. =D

Rabu, 16 November 2011

BERSIAR-SIAR KE DESA PARIT BUNTAR

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia semua ! Apa khabar? Sihat ker ?? Alhamdulillah,.. Hehehe... apa die ? Happy ?? Eiiyy !! Mesti laa... Harini Ramzul ajak balik kampung die tau ! Ha... jgn jeles.... Tapi takde laa jauh sangat pon.. Dari Taiping ke Parit Buntar mengambil masa kira-kira 1/2 jam sahaja. Haa... ! Tak lama kan??





Kalini Ramzul ajak ak dengan Afiq Azhar ikut die balik kampung die kat P. Buntar. Err... Tanpa berkata apa-2, maka aku dan afiq pon setuju ajer laahh ! haa.... !! Sepanjang perjalanan ke sana, macam-macamlaa yang kami bincangkan. pasal nak makan kat mana laaa, nak tengok-2 baju laa, nak tengok-2 gadget laa... huhh!! mcm-2 lagi laa... penat wwhhoo !! Aku yang memandu sorang-2 pergi dan balik ! Tapi, takper derrr.... PUAS !! HAPPY !!

Nak tau sebab apa aku puas dan happy ? Semestinya laa sebab aku ni dah lama tak ke bandar P.Buntar tu.. Yerlaa... semenjak berpindah dari Bagan Serai tahun 1997 dulu, mana ade lagi dah aku nak jalan-2 kesana. Mana taknya, selok belok kawasan sini pon aku dah tak berapa nak ingat. yerlaa kan... Dah lama dah meninggalkan kawasan separa-bandar ini.. !! keh-100 ! =D hehehehe........ ~

Dalam masa yang singkat, dapat jugaklaa aku jenguk-2 pasaraya-2 disitu, gedung-2 yang menjual kain baju, kain langsir, jersi bolasepak Malaysia/Antarabangsa dan sebagainya ! Huhh !! Rambang mata aku tengok ! Kalau laa ade duit time tuh, huhh !!! Dah lama aku borong satu pekan P. Buntar tuh !! ahahahhahaha !!! Yerlaa.. harga murah laa kan kalau nak dibandingkan dengan harga di Taiping tu.. Yerlaa.... kan, Taiping kan kawasan orang kaya, sebab tu harga die mahal-2, padahal kualiti sama jer.. haadehhh !!!! sedih-2...

Sekurang-kurangnya ade jugak laa aku pengalam bersiar-siar di bandar P. Buntar nie. Owwhh !! Baru teringat, Ramzul ada laa ajak aku dengan si Afiq ni makan kat satu tempat... Errmmmm apa erk nama tempat tu ?? Ahhaha !!! Dah ingat !! BULUH INN ! sedappp whooaa !! Thankzz Ramzul sebab bagitahu tempat makan yg terbaik disitu ! Huhhh !! Aku try laa jenguk-2 kuih-2 yang ade dijual kat situ, ade 5 jenis kuih yang menarik perhatian aku untuk aku mencubanya. Maka, apa lagi, aku pun ambik la pinggan kat situ lalu terus memilih aneka kuih yang aku nak rasa.

Rasanya !! FUHH !! sedap ya amat , hanya Allah jer laa yang tahu !! Memang lazat ! Kuih yng pertama kuih SAGU.. rasanya manis, lemak dan ade rasa isian kelapanya. Kuih kedua adalah kuih PULUT UDANG BAKAR, huhh !! Memikat hati dan jiwa !! Memang terbaikk !!! Kelazatannya mengingatkan aku kepada kesedapan yang sama resepi nenek aku kat kampung. Kuih ke-3 adalah kuih KARIPAP, erm... ni biase jer laa... Tapi tak kurang hebatnya, ! Sedap jugak... Intinya penuh, kerangupan tepungnya juga terasa bile dikunyah. Kuih ke-4 adalah KELAPA BAKAR, haa... kuih ini paling aku suke ! Terangkat bile aku makan !! ahahhhahah !! Kuih ke-5 adalah kuih kochi. Ini pun memang sedap, lemak, berkrim dan amat menyelerakan. Ahaahah !! 

Bbrruuppp ! Dah kenyang dah kan? Apa lagi weii !!?? Balik jer laa... Haa... Kami balik sesudah perut diisi dengan juadah istimewa dari Parit Buntar. Walaupun hanya seketika waktu aku kesana, tetapi inilah pengalaman aku yang berharga kerana makanan tradisi nenek moyang telah aku rasa disana dengan adat dan tradisi yang berkekalan yang masih utuh. Sesungguhnya Ramzul memenuhi impian aku untuk aku melangkah ke Pekan P.Buntar ini dengan jiwanya yang ideal dan semangat setia-kawan. Aku akan kenang beliau selama-lamanya. Insya-Allah...~