Sabtu, 19 Mac 2011

BANGGA BERKAWAN DENGAN ATLET SMK KING EDWARD VII

ANTARA GAMBAR2 YANG ADE...


tengok !! muka bangga dan kepuasan..!! yeahh !!


ketika bermain.....


ni team bola tampar.....


haa !! time main..yerghh !!


 geng cobra international....



geng darikelas aku beb !!huhu...


 pemain rugby terulung.....


haa...nie Azwannizal.....memanah tepat ke sasaran !


nak tunggu pencabar kami!! yeah !!


 player bolasepak der...yehaaaaa!!!!!


 haa..ni nizal memanah lagi.......


ketika diorang merempuh pihak lawan....


jgn tak cayer......taraf antarbangsa pun ade.......


pemain hoki....


 amirul dan ja'e....di kelab cobra....


 bangga dengan pencapaian ....yeaahh !!!


 yeahh,,latihan menembak.....


pemain kelab cobra international.....bangga gile aku!!


Dengan penuh rasa bangganya aku mengucapkan kepada mereka supaya berjaya walaupun dimana anda berada. Diorang memang berbakat dan dianugerahkanNya kelebihan dan seni untuk bermain dan mengetengahkan bakat dan aksi lincah mereka! Wahh !! Tahniah dan syabas diucapkan.....Selama aku berkawan dengan budak2 atlit di SMKE VII aku rasa diorang nie berperangai SLUMBER, ada jugak yg biase2 jer.....Tapi ader jugak yang jambu..hahaha,,,relaks2....Diorang pun mcm aku jugak walaupun dah habis sekolah tapi hati dan perasaan masih lagi di takuk lama, iaitu di SMKE VII. hahaha....aku rasa bangga la dengan diorang ni sebab diorang nie laa yg mengharumkan sekolah dan menaikkan nama SMKE VII di persada Tanah Air bertahun2. Hebat sebenarnya diorang nie....Lebih2 lagi kalau yang aku dapat kawan tu, sekelas dengan aku. Em..lagi laa bangga kan?? Tapi, ye laa......nak buat macamana kan  , sifat manusia tak sama, tak kan sama. mesti berubah dari masa ke semasa...Diorang ni laa kdg2 yang rajin sangat mengusik aku, lebih2 lagi EMI, perghh !! Geram tul rasanya.....haha..tapi tu laa yg best nyer pun.....Emi, jgn marah ek??? hahaha....aku bangga sgt dengan korang semua.....biarpun di blog ni yg sempat aku luahkan, tapi percayalah sesungguhnya aku mengeluarkan kata2 ikhlas ini yang datang dari sanubari aku sendiri.........Tahniah atlit SMKE VII !!!!!!

TEMAN DI SMK DR. BURHANUDIN DALAM INGATAN

 
bersiap sedia nak makan.....


 time mandi manda.....wah2..!! tak ajak !!

 

yeahh..!! Time yg aku suke..Makan2..nyummy !!



nak makan or berganbar?


duk tunggu sosej masakk....slluurrpp!!!!!!


Walaupun baru sahaja kenal tak sampai 1 minggu, namun hati ini masih lagi terpahat nama pelajar2   Tingkatan 601 di SMK Dr. Burhanudin , Taiping pada sesi Tingkatan 6 Rendah 2010. Terbayang2 lagi reaksi diorang yg mula2 men''interview'' sebaik sahaja aku melaporkan diri di sekolah itu tepat pada tarikh 1 Jun 2010. Entahlah....org cakap, ''JAUH DIMATA, TAPI TETAP DEKAT DIHATI''. HAA..Ungkapan inilah yg amat sesuai pada aku yang telah meninggal kan sekolah ini sejurus selepas menerima tawaran di Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), Kuala Kangsar Perak tepat pada tarikh 12 Jun 2010. Diorang bukan sahaja sporting, malah mengambil berat walaupun kami dah lama tak bersua muka.Perkataan pertama yang mengganggu pemikiran mereka adalah, ''KENAPA HANG TUKAR DARI K.E PI D.B? K.E TU BUKAN BAGUS KAA??'' Dan hingga kini, jawapan itu aku terus senyapkan, senyap dan senyapkan hingga ke hari ini. Biarlah aku sahaja yang tahu kenapa aku ke SMK DB. Biarlah mereka terus menjadi tanda tanya dan teka teki kenapa aku bertukar angin ke DB. Mungkin di DB aku dapat pe yang aku nak selama ni yang tiada di KE, tapi ''HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI'', lebih baik di tempat sendiri....yaaahh!!!!!

Jumaat, 18 Mac 2011

KEM IMAM PELAPIS MUDA 2011

time makan laa..hahaha..kebuloq dah !! hahaha...


antara peserta Kem Imam Pelapis Muda Sesi 2011



 time makan..yahh !!



 ehhh !!!! do'a dulu...


 dah habis do'a...makan laa weii !!!!



 waa..tak sabar2 nak mkn ek??


 fasilitator yang membantu.....



''bile nak makan nie??''



Kem ini berupaya menggilap peserta yang datang untuk mendekatkan diri kepadaNya Yang Maha Esa. Kem ini disertai oleh 38 Orang peserta yang dianggotai oleh pelajar Tingkatan Dua yang kebanyakannya dari kelas 2 RK Sigma dan Omega, Sigma-Delta dan hanya seorang sahaja daripada kelas Beta. Kem ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam serta Badan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Diketuai oleh Guru Penasihat / Ketua Panitia Pend.Islam & Tasawwur Islam, Tuan Haji Mohd.Nazri bin Omar, dan Ustazah Ruhana bt Mat Hassan. Kem ini berlangsung dari 11-13 Mac 2011 yang membawa 38 peserta dan 4 orang fasilitator terlatih ini ditemani juga oleh guru jemputan iaitu En. Mohd. Faddly bin Saad yang hadir pada hari kedua bertarikh 12 Mac 2011 kerana ada usul2 tertentu yang tak dpt dielakkan. Kem ini ingin membawa kesemua pelajar/peserta dan fasilitator mengenal dengan lebih dekat ttg kesenian dan kesucian dalam Sistem Pendidikan dan Pengetahuan Agama Islam. Antara aktiviti dalam kem ini adalah suaikenal, pembacaan Al-Quran , penghafazan Al-Hadith , Qiamulail, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Istikharah, Solat Sunat Tasbih, Solat apabila di dalam hutan, berzanji, penghafalan2 segala macam doa , Al Asma ul Husna, serta banyak lagi. Diharapkan agar kesemua yg turut serta sama ada secara langsung atu pun tidak mendapat keberkatan dan barakah daripadaNya Yang Maha Esa. Insya Allah........

DUGAAN DEMI DUGAAN

Mana ada manusia perfect? Mana ade manusia yang 100% benar semata2 benar sedangkan Nabi kita juga ade silap dan salahnya , jika tidak masakan kita sekarang tinggal di muka bumi ini? Kalau tak kerana NABI ADAM dan HAWA memakan buah laranganNya, kita semua tidak hidup diatas dunia, kita mungkin lagi berada di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kemewahan. Em..tapi bukan tu yang aku nak ceritakan, aku sebenarnya tak faham dengan karenah manusia yang bermacam2 ragam dan berbagai2 persepsi. Entahlah.. akhir2 ni aku terasa bagaikan jiwa kacau yang menyelubungi diri aku, entahlah..nak kata perasaan sahaja, tak mungin, nak kata kerunsingan juga tak mungkin, aku pun tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada aku hingga kan aku terpaksa memikirkan hal2 sedemikian. Hatiku luka, pedih dan amat hiba apabila mendengar sesuatu yg kebarangkalian menyebabkan  aku menjadi separuh gila memikirkan hal ini. Kata orang, dah terima pelbagai ujianNya , kita harus bersyukur kerana Allah SWT masih menyayangi kita , dan sebab itulah Dia memberikan ujian dan cabaran dalam menempuhi pelbagai liku-liku kehidupan. Tapi, sampai bila? sampai bila? Adakah aku seorang manusia yg tak cukup sempurna?? Adakah aku tidak diberikan perasaan yang baik sebagai seorang insan berakal dan berhati??? Aku tahu, aku sedar bahawa segala2 ujian yang datang daripadaNya memang ada hikmah disebaliknya. Rasa kasih dan sayang aku pada seseorang boleh menyebabkan pertukaran menjadikan kebencian. Entahlaa.....Adakah perasaan aku yg melampau ini menguasai diri? atau hanya nafsu serakah yang menguasai jiwa ini? Aku benar2 sayangkan seseorang hinggakan aku memang teringat dia bila aku berjauhan dengannya. Semenjak dua nie aku rasa diri ini bukan roh aku yg sebenar, kerana apa?? Adooii....payah nak diungkapkan kata2 bukti disini...em....Mungkin kerana aku rasa kadang2 perasaan aku kini makin cepat sensitif, makin cepat terasa, makin cepat ''touching''. Bukan perasaan aku sendiri yg bercakap, malah rakan2 terdekat juga perasan akan perubahan ini pada diriku. Kadang2 aku terfikir sejenak, adakah aku bertukar roh? atau aku bertukar jasad?? Haaa???!!!!! Astaghfirullahal'azim........Laillahaillalah.......Allahuakbar........adik2 angkat aku juga perasan tentang aku. Diorang pun kdg2 bertanya, ''Abang Amir kenapa sejak akhir2 nie menjadi mcm org lain? Kenapa Abg Amir tak mcm dulu?? Kenapa Abg Amir tak se''cool'' mcm dulu?? Kenapa Abg Amir cepat sgt terasa skrg ha??'' Entahlaa......... Pada aku, tiada jawapan untuk semua soalan yg dikemukan itu. Sebenarnya  kepada semua adik2, kawan2, teman2, sahabat handai, AWEK aku , keluarga, aku rasa perubahan ini dtg kerana tahap umur yang semakin dewasa dan matang menyebabkan hal ini terjadi. Wallahu'alam....Aku terasa jugak camtu..kalau dulu, pe org nk cakap pun, cakap laa...aku jawab per tau? ''Ade aku kisah??''.. Hahaha...!! tapi kalau sekarang nie, dah takde pulak perasaan camtu.....Pe yang org cakap tue, aku sebenarnya tak laa terlalu terasa, tapi kalau 1-10 tu, mungkin nisbahnya adalah 2:8 , iaitu 2 - major, 8 - minor. Paham2 laa sendiri yerk......ade jugak terselit dihati sifat sensitif aku tue,,,,,dulu, mungkin 5:5 nisbahnya... hahaha,,,entahlah....Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikanlah aku kekuatan menerima sebarang ujianMu Ya Allah.....

Khamis, 17 Mac 2011

PERISTIWA DI HENTIAN ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN

Nie pemandangan dari atas tempat bermandi manda...free of charge !!!


em...air sungai terus ditakungkan ke dalam kolam mandi ini...
ni tempat mandi kanak2.....
 

 
Air nye bersih, segar dan nyaman...


Sebenarnya gambar ni aku baru upload sebab aku baru jumpa gambar nie dalam handphone aku bila aku tengah boring2 ptg tadi... Emm....aku lepak sini sebab bas yang aku naik, ( TAIPING-KUALA ROMPIN ) berhenti makan disini.. Wahh !! Bila aku sampai, aku rasa macam tak caya... Aku tanya laa kat orang2 kawasan situ, '' Kat sini kena bayar ke kalau nak mandi??'', diorang jawab, '' ehh.. takder laa anak, disini semuanya free saja...anak dari mana dan nak kemana??'' soal pakcik tue... aku jawab laa....''saya dari Taiping nak ke Kuala Rompin nak pergi kerumah Pak Long saya..lagipun , saya tak pernah pi sana '', (dengan loghat Utara) hahaha....jawab pakcik tue, '' Laa....yeke?? Ni naik bas la yer? berhenti rehat berapa lama?? Kalau lama sikit boleh laa pi mandi..bukan senang anak nak mandi dikawasan macam nie..'' Aku jawab, ''em..takper laa pakcik, memang tak sempat pun...sebab bas kami berhenti rehat 30 minit jer...'' Perbualan aku dengan pakcik tue pun berakahir setelah aku minta diri untuk beredar dari situ kerana nak ke surau bagi menunaikan Solat Jama' Taakhir. Selesai aku bersolat aku ke medan selera untuk menjamah seberapa banyak hidangan yg special apabila berada di rantau org. Bila aku tgk, semuanya macam sama jer...takder yg lain pun... Yang lain nye apa taw?? MAHAL GILER !!!!!!!!!!!!!!!!! Ha..yang tue memang lain dr yg lain laa kan..Hahaha...tapi, malangnya memang aku geram jugak laa sebab tak dpt mandi !!.. Arrgghh !!!!  Tensionnya !! Takder peluang nak mandi....Em....Tapi takperla..at least aku dah pernah pi sudah laa....Kalau nak cerita perihal tempatnya, aku rasa tempatnya agak unik dan sesuai kerana byk lori2 yang nak ke Pahang berhenti rehat dan makan disitu. Tempatnya strategik. Yang bestnya pulak. Wi-Fi Free lak tue !! hahahaha...jgn tak cayer..... Kemudian, dah selesai makan, aku pun beli laa 2 key-chain dan 1 rantai magnet disitu utk kenang - kenangan...Dan itulah die pengalaman aku bile berada di hentian itu.....

DULU , KINI JADI FASILITATOR DAN ADAKAH SELAMANYA?

Mengendalikan Minggu Orientasi Ting. 1 Tahun 2009


Orientasi Ting. 1 , 2009

di Terong, mengendalikan Kem KRK tahun 2008

 Kem kaunseling ke-11 / 2009

Di UPSI, Tjg. Malim

Penerangan dan taklimat...


cara menghilangkan ngantuk...hahaha...!


Time beri ceramah.....yeaahhaa !!!


alhamdulillah.......


Hari berganti hari, masa terus berlalu, bulan berganti bulan, tahun demi tahun, nama aku walaupun tidak semegah PM, Dato' Sri Najib Razak, tidak setanding Pemain Badminton No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei, tidak semulia DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Agong, tidak seatas Pengacara No. 1 Malaysia, Haji Aznil Haji Nawawi dan tidak seiring Penghibur No. 1 Asia suatu ketika dahulum Dato' Sudirman Hj Arshad, namun aku terus berusaha mencapai matlamat dlm merealisasikan impian dan idamanku utk menjadikan aku manusia petah berbicara di pentas acara, pada audiens sekecil2 pelajar sekolah, sebesar2 YB2 yang pernah aku jumpa. Alhamdulillah, rezeki semakin melimpah ruah walaupun aku bukan lagi menjadi warga SMK King Edward VII dan SMK Dr. Burhanudin, tetapi ALLAH SWT memang Maha segala2nya. Dia memberikan aku kelebihan berbicara berbanding dengan orang2 lain. Tidak semua mendapat kelebihan yang serupa dengan aku. Entahlah..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Ramai jugak sahabat handai yg terdekat bertanya, ''wahh...jadi fc lagi hang yer...dahsyat la hang nie...'',  tetapi pada aku, walau pujian, kritikan, komen2, sindiran, tohmahan, cemuhan, cacian , penghargaan, aku tetap akan teruskan perjuangan aku jika terdapat sebarang dan apa jua jenis jemputan sama ada ceramah kepimpinan, ceramah motivasi, ceramah keagamaan, ceramah pengurusan dan pentadbiran Lembaga2 tertentu seperti pengawas, PRS, Pengawas Pusat Sumber dan lain2 lagi.Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, aku bersyukur padaMu Ya Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, membela nasib hamba2mu terutamanya pada aku insan yang tiada bapa. Aku sebesar2nya bersyukur padaMu, ke Hadirat Illahi. 
    Sebenarnya seronok jadi fasilitator nie, bukan apa, ia akan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Yealah, berbagai2 manusia akan kita jumpa time kita dihadapan audiens. Siapa sangka, dahulunya aku diatas kerusi sebagai seorang  peserta/pendengar ceramah, tetapi kini, aku telah berada dihadapan beratus orang manusia sama ada dari pelajar tingkatan satu 2009-seawal pentadbiran aku dengan Lembaga PRS sekolah dan tahun 2007 apabila aku mencungkil bakat aku dalam perlembagaan Lembaga Pengawas dan Disiplin. Tapi, sekalung budi dan sejambak kasih aku nak ucapkan pada Tuan Haji Mohd Tamizi bin Mohd Amin, Ketua Guru Kaunselor SMKE, kerana beliau laa yang byk aku terhutang budi untuk menjayakan misi ini. Pelbagai rencah kehidupan, pelbagai sikap yg aku jumpa, pelbagai reaksi yang telah aku temui, pelbagai respons yg diberikan, pelbagai perangai yg ditonjolkan, pelbagai karenah yg diusungkan. Kdg2, bila dah berjauhan tue (yang dah jadi rapat), mula laa..rasa nak jumpa,rasa nak dekat, rasa nak selalu berhubung tak kira laa masa, situasi dan tempat walau dgn apa jua cara sekalipun sama ada bermesej, berchatting , ber'e-mel' , menelefon dan macam2 lagi laa......Diorang ni byk agam, ade yang gangster jadi baik bila dgn aku, ade yang mula2 kurang ajar bile mula2 berjumpa lalu akhirnya berubah dari masa ke semasa, dan ade jugak yg terlalu mengada2 macam laa kita takder kerja lain nak buat...=).. hahaha...Alaaa...tue semua benda yang aku rasa happy bile berada disamping diorang....Entahlaa....segala perkara pahit dan manis yang aku kecapi selama ini berkat daripada do'a kesemua junior2 yg ade kot....sebelum tu, aku nak akhiri dengan ungkapan yang baru aku cipta nie,
Aku tidak mahukan 1Benda
Aku tidak mahukan 1Perkara
Aku tidak mahukan 1Nama
Yang aku inginkan 1Kepastian
Yang aku inginkan 1Perhubungan
dan yang paling penting
Yang aku inginkan 1Silaturrahim.
Mungkin dengan barakah daripadaNya,
Insya Allah,,,,,,,,,,,,,=)




BERJUMPA 3 ORANG ADIK

Harini free time! Yeah...! pe nak buat ek? Em....aku buat keputusan nak jumpa adik2 aku laa....aper lagi? aku terus mencapai telefon bimbit Nokia N70 untuk mendial kesemua adik yg aku nak lawat nie. Mula2 aku call Syahmi, dia cakap ok, jadi..pass laa nie.....kemudian aku call Syafiq Syabil pulak, dia cakap cam nie,'' adik syafiq sunat laa...Tapi kalau nak  mai, mai jer....'',  aku jawab, ''laa....Yea ker? Dahsyat betul..kenapa tak bagitau abg? em,. takper2,,,nanti abg datang tgok die....''.  die punya hp rosak rupanya..hahaha...so, lepas aku call Syafiq, aku try call Hafiz lak, dia cakap dia takder rumah...Emm,,,date dengan aweks die laa....Takperlaa....Aku call Syauqi, die cakap,ok..mai jer..mak die takde,pi umah kawan die kat pokok asam.. Then aku try pulak call  Akram, die tak angkat, samalah dengan Putra, pun tak diangkat. Maka, hanya rumah Syafiq, Syahmi dan Syauqi jer laa yg aku pi....Em....Takperlaaa......Nak buat macamna kan..takder rezeki nak jumpa diorang, nak buat macamana......

Rabu, 16 Mac 2011

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN


 LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Lagu : Syahir AF 8, Juara AF 8/2010

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan


dengan akak Eyza...
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
nad > amir > kak eyza > wawa
Kebahagiaan Dalam Perpisahan


bob dan aku bergosip.....ahaha!!
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 
dalam kelas.....semester 1
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 
Aku > Nad > Kak Eyza di tempat menunggu...
Kebahagiaan Dalam Perpisahan

 
bergambar di KLCC pada trip pertama, 2011
barisan kesemua semester 1 dan 2 hanya tinggal kenangan.
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 
Kisah yang mungkin takkan dapat aku lupakan sepanjang berada dalam komuniti yng berpelajaran. Wahh !! Amat dahsyat dan begitu girang hari apabila mendapat tawaran untuk ke tempat yg baru dan lebih terjamin masa hadapannya. Em....Bagaimana aku harus membiasakan diri dengan rakan2 bila berada di dalam tempat baru nanti?? Em...Haruskah aku seperti dulu? Aku kah Aku?? Em......Lagu diatas jelas menunjukkan bahawa kebahagiaan yang dinikmati tak semestinya dihadapan mata, tak semestinya dekat dihati, malah kebahagiaan yang mutlak sebenarnya boleh dapat dimana2 sahaja asalkan hati dan nurani ikhlas menerima orang dengan tidak membuat apa2 penilaian sama ada individu itu baik mahupun tidak. Sedarlah wahai teman2ku, Adakalanya kita diatas, di puncak kegemilangan , kesenangan, kegembiraan, tapi dalam masa yang sama kekeliruan juga mendominasikan kita kearah tujuan yang serupa. Kita leka dengan arus kehidupan yang kian moden yang sebenarnya melalaikan kita sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda,'' Pabila menjelang akhir zaman nanti, akan ada tanda2 kekecohan, kekeliruan, fitnah yang dahsyat sesama manusia''. Kita haruslah sedar akan ape jua tindakan kita.