Jumaat, 29 Julai 2011

APAKAH NAMA MANJA KORANG BILA BER''COUPLE'' ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !! Haa... Kali ni aku nak share laa dengan korang yang selalu usya blog aku nie tentang nama panggilan yang selalu didengar dalam kelompok masyarakat kita tak kira usia, kedudukan, mahupun status. Haa...nak tahu ke? Ni laa antara kajian yang telah aku jalankan tentang nama2 panggilan org semasa berpasangan. Aku dah bahagikan antara 4 kelompok, berikut merupakan nama-nama panggilan mengikut kelompok.

A) Kebiasaannya :
1. Abang = Sayang
2. Papa = Mama
3. By = Baby
4. By = Ayang

B) Paling tak boleh belah :
1. Kanda = Dinda
2. Boboy = Gegurl
3. Baby Boy = Baby Gurl
4. Prince = Princess

C) Paling Cute :
1. Kite = Awak
2. Kamu = Kite
3. Dia = Orang

D) Paling Cool :
1. Ko = Aku
2. U = I


haa.... mana satu nama panggilan korang? di kelompok mana?? kantoi !! hahaha.... ape-ape pun, maafkanlah jika ade yg terasa... ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata, tidak ada kene mengena dgn sesiapa pun... Wallahu'alam....

Khamis, 28 Julai 2011

CABARAN , DUGAAN DAN RISIKO YANG TIDAK DIUNDANG

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Kali ini saya nak ceritakan tentang cabaran, dugaan dan risiko yang tidak diundang. Apa bendenya ni? Adakah ia berkaitan kehidupan seharian kita sehari-hari?
   Ye.... mutakhir ini, terlalu banyak cabaran, dugaan dan risiko yang melanda diri ini. Apa dia? Akan aku ceritakan satu per satu. Astaghfirullahal'azim..... Hanya luahan istighfar sahaja lah yang dapat menyabarkan diri. Erm.... Sebenarnya apa? Perhubungan. persahabatan, mahupun pergaulan antara kami masih lagi di dalam 1 bentuk dilemma. Apakah ini sudah dirancang? Ataupun ini semua memang telah ditakdirkan Illahi? Ada sesiapa boleh bagi jawapan?
  Apa yang aku runsingkan sangat ye? Pertama, tentang perkhemahan yang sudah pun melabuhkan tirainya 3 hari lepas. Apa dia masalahnya? Ya, walaupun itu di luar bidang kuasa saya, tetapi adalah tanggungjawab rasanya saya utk mengambil tahu kerana mereka itu bukannya orang lain pada saya, kerana saya sudah menganggap kesemua junior saya itu dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 mcm adik beradik terdekat dan saudara-mara saya. Mana tak nya, mereka ni walaupun berperibadi yang diluar jangkaan kita, tetapi sifat perikemanusiaan dan sifat hati perut mereka yang sememangnya sukar dijangka dan amat memberikan 1001 makna yang baik dan kerinduan jika terpisah. Adat ber"camping" tu biasa la..... Ada meninggalkan kenangan pahit, dan ade jugak meninggalkan kenangan manis. Itulah yang mengajar kita sebenarnya meniti arus kehidupan yang semakin mencabar.
  Kedua, yang dirunsingkan adalah perkara yang melibatkan pecahan menjadi "2 Kem", faham ke? Macam ni laa.... Dalam satu perkhemahan, ade dua undang-undang. Undang-Undang 1 dipimpin oleh Kem 1 dan Undang-Undang 2 dipimpin oleh Kem 2. Jadi, ia tak sama. Ia lebih menunjukkan kepada fasilitator yang mempunyai 2 Idealogi berbeza. Bila tidak sependapat, maka wujudlah Kem Kedua ini. Faham-faham laa sendiri.... Saya pasti anda yang membacanya ini faham, lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang telahpun menyertai kem ini.
  Seterusnya yang ketiga, isu permainan politik. Ya, jgn kata walaupun sekecil-kecil program tiada isu politik diwartakan ! Ada... Amat kuat.. Nak tahu? Contohnya, kes perebutan kuasa, penjagaan kroni, aspek kekecohan aktiviti dalaman dan luaran, perselisihan faham sehingga menyebabkan terjadinya 2 Kem yang berbeza pendapat. Yang jadi mangsanya siapa? Peserta - peserta, Pra-Fasilitator dan mungkin Fasilitator dari Kem 1 ataupun Kem 2. Cubalah kita berganding bahu memegang prinsip yang satu, jgnlah menyebabkan cetusan bara api yang kian membuak-buak. Lebih lanjut? Maaf ye. Nanti saya ceritakan jika ada yang sudi mendengarnya.
  Dan yang keempat isu berkaitan tuduhan-tuduhan serta dakwaan-dakwaan yang tidak berasas melibatkan para fasilitator dan pra-fasilitator . Apakah ini semua boleh diselesaikan? Kerana kesemua tuduhan yang diberikan melibatkan orang kedua dan ketiga. Tolong siasat dulu laa sebelum membuat tuduhan yang pelik dan langsung tak munasabah. Jangan pandai memanipulasi sesuatu perkara yang jelas dan mutlak terjadi dihadapan kita. 
  Inilah dia sedikit sebanyak perkara yang bermain di dalam pemikiran sekarang. Masya-Allah... Moga dapat diselesaikan ye... Jangan berharap sahaja kepada Tuhan yang Esa kerana Dia juga menyuruh hambaNya berikhtiar mencari jawapan dan penyelesaian yang hakiki. Insya Allah, selesailah hendaknya... Amin.....

Selasa, 26 Julai 2011

SUKA DUKA KAMI BERSAMA, SUSAH SENANG KAMI BERKONGSI, PAYAH PERIT KAMI LALUI.

Maha Suci DIA Yang Esa, Yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam daripada Masjidil Haram di Makkah al Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dan memberikan keberkatan di sekitarnya untuk menunjukkan tanda2 kebesaran Illahi. Sesungguhnya DIA adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Assalamu'alaikum , Salam Bahagia, Salam Aman Damai, Salam Perak Aman-Jaya, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah, Salam Perpaduan, Salam Berintegriti, Salam Motivasi , Salam Berwawasan, Salam Rindu, Salam Sayang, Salam Sihat Wal'afiat, dan Salam 1Malaysia !!!
Terlebih dahulu saya ingin menyusun 10 Jari tanda kemaafan kerana sudah sekian lamanya saya tidak meng''update'' blog ini kerana kesuntukan masa yg amat dahsyat sejak kebelakangan ini. Maklum laa.... Keadaan menjadi semakin runcing apabila pelbagai karenah yang diterima oleh pihak2 pentadbir menjelangnya Kem dan Kursus PRS Pelapis Tingkatan Satu Sesi 2011 yang telah pun melabuhkan tirainya 24 Julai 2011 yang lalu. Lafaz kesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan Limpah dan KurniaNya serta mendapat inayah dan perkenan daripadaNya dapatlah program ini berlangsung dengan begitu cemerlang seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah, berkat kerjasama dalam 1 kelompok perpaduan yg utuh yang kami pertahankan sejak dahulu lagi . 

Kem ini sebenarnya telah meninggalkan beberapa kesan yg mendalam terhadap 3 golongan iaitu, Golongan Fasilitator Tertinggi, Golongan Pra-Fasilitator dan Golongan Peserta. Walaupun terlalu byk dugaan dan cabaran yang genting yg berlaku di saat - saat akhir , namun ianya dapat ditangani dengan sebaik mungkin atas sokongan dan kerjasama antara kesemua pihak. Alhamdulillah, syukur ke hadiratNya kerana DIA telah mengizinkan dan menurunkan rahmat kepada kami utk terus mengemudikan program ini dgn lebih efektif.  

Antara cabaran yg di tangani sebelum kem adalah,
1. Kes pemilihan tarikh diawalkan sehari/dilewatkan sehari
2. Kes pemilihan fasilitator 
3. Perebutan jawatan
4. Ketelusan dan amanah fasilitator
5. Faktor guru yg mengecewakan
6. Tempat yang belum dipastikan
7. Jadual yang digubal tiada persetujuan meja bulat
8. Pendaftaran peserta masih terumbang-ambing

Berikut pula saya senaraikan antara cabaran yg ditangani semasa kem,
1. Dewan Kuliah  & Dewan Besar tiada kelengkapan arus elektrik
2. Kunci dewan masih didalam dilemma
3. Guru yang tidak kisah dengan t/jawab
4. Fasilitator atasan yang bertelagah
5. Pra-Fasilitator (T2) yg tidak berpuas hati
6. Tempat tidur yang masih di dlm perbincangan
7. Kemasukan fasilitator yang tidak diundang
8. Orang luar yang cuba mengacau dan membuat keputusan sendiri
9. Identiti orang luar yang memasuki kem tidak diketahui
10. Sistem pengurusan dalam hal ehwal peralatan masih mencurigakan
11. Kepercayaan antara 1 sama lain sukar ditunjukkan
12. Wujudnya perasaan dengki mendengki dan kurang berpuas hati 
13. Sikap yg mempergunakan org lain demi pencapaian diri sendiri
14. Tidak memberi penghargaan atas usaha yg dilakukan seseorang
15. Budaya yang suka mengaibkan diri sendiri dan org lain
16. Mencetuskan pertengkaran lidah kerana idealogi yg berbeza
17. Tak memberikan jln penyelesaian bahkan merumitkan lg keadaan
18. sistem yg tidak kemas / tidak teratur 
19. Budaya menyalahertikan orang lain
20. Sikap yang meninggikan diri dan suka merendah2kan org lain
21.Bersikap pilih kasih sesama individu


Astaghfirullahal'Azim.... Banyak juga ye insiden2 yang berlaku ? Walhal kita nampak di depan, semuanya ceria je, baik je, bagus je.,. Tetapi ? Di belakang ? Wallahu'alam.... Ni laa dia antara perkara yang masih lagi bermain  di fikiran para fasilitator tertinggi dan para pra-fasilitator tingkatan 2 . Namun begitu, ada juga yang masih lagi belum selesai dan masih disudut perbincangan yang adil dan saksama. Biasalah, adat ber''program'', memang begitu. Mesti ada segala kelebihannya dan kekurangannya. Apa - apa pun, sebelum saya mengundur diri utk warkah kali ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada kesemua yang ada sama ada peserta, fasilitator tertinggi dan pra-fasilitator serta guru-guru yg terlibat kerana bersama-sama menjayakan kem ini yang buat pertama kalinya berada di landasannya tersendiri. Akhir kata dari saya, segala yg baik itu datangnya daripada Allah Yang Esa, dan segala perlakuan yang buruk itu datangnya daripada kecuaian dan kelalaian saya dan fasilitator yg lain, semoga kita bertemu lagi, Insya Allah.. Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia !!!