Jumaat, 15 April 2011

10 CIRI LELAKI IDAMAN PARA GADIS


1. LELAKI YANG PRIHATIN
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya.
2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.
3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
4. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le…!!!
5. LELAKI YANG WANGI
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
6. LELAKI YANG PEMURAH
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
7. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!
8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia.
9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk…lebih baik…beralah kan..
10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan.. jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADAKAH AKU BERBEZA?

 Tingkatan 4
2008


Tingkatan 6 / Kolej Islam Perak
2010


 
Kini
2011


Apakah perbezaan aku dari tahun ke tahun?
Pilihan manakah pada korang yang merasakan aku nampak lebih matang?

Khamis, 14 April 2011

POLITIK BERADA DI MANA MANA

Apakah yang dimaksudkan dengan politik?? Menurut kaedah dasar2 akhli psikologikal, politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa,  contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. Genesis Biologi Politik Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia manakala istilah institusi berasal daripada perkataan Latin, instituere yang membawa maksud sesuatu yang diwujudkan atau ditubuhkan. Ini bermaksud bahawa institusi adalah satu corak kegiatan atau aktiviti manusia yang wujud dan berterusan. Istilah ini begitu popular di kalangan sarjana sains politik, kerana institusi menjadi pusat kepada segala tindak tanduk manusia. Fahaman mengenai institusi dipelopori oleh ahli sosiologi. Walau bagaimanapun istilah ini diubahsuai dan digunakan oleh ahli sains politik untuk menjelaskan kegiatan politik. Institusi politik wujud daripada proses-proses sosial terutamanya yang cuba mengatur susunan masyarakat. Sekaligus ini menggambarkan bahawa kepentingan kumpulan-kumpulan manusia tertentu sentiasa dijaga dan dipertahankan oleh mereka melalui proses penyertaan dan penglibatan politik. Institusi politik bukan sahaja mencorakkan tingkahlaku pemegang kuasa tetapi ia juga mempengaruhi bagaimana organisasi sosial dapat berinteraksi serta dapat bertindak mempertahankan kepentingan mereka. Dalam sesuatu sistem pemerintahan terdapat tiga institusi politik yang utama iaitu Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kewujudan institusi politik lain yang juga memainkan peranan dalam perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Antaranya ialah parti politik, birokrasi, tentera, kumpulan pendesak, kumpulan bersekepentingan dan lain-lainnnya. Tapi yang aku nak ceritakan disini bukannya berkenaan politik yang sedang bergelojak di media arus perdana kini, tetapi tentang sikap dan sifat kita sebenarnya yang mempolitikkan keadaan. Contohnya sikap kita yang buruk disenyapkan , tetapi cerita orang lain mahu dijaja kepada semua warga . Apakah ini permainan politik? Apakah ini juga yang menyebabkan isu  isu basi seperti ini dicanang seluruhnya?? Astaghfirullah'azim........ Kadang2, politik juga menaikkan dan menurunkan seseorang itu. Contohnya jika di sekolah, politik berlaku dalam pentadbiran sesebuah badan yang meliputi Badan Disiplin, Pengawas, Asrama, PRS, Sepak Takraw, dan sebagainya. Pemilihan Ketua/Presiden/Pengerusi berdasarkan hasil undian majoriti. Bukannya hasil daripada ampuan daripada guru, bodekkan daripada senior2 terdahulu untuk mengusulkan nama2 yang mungkin tidak tersenarai.. Kenapa?? Mungkin dengan cara ini juga menyebabkan sokongan daripada ahli menjadi kurang. Apa tidaknya?? Jika ada bodekkan, ampuan daripada senior2 terdahulu atau daripada pemilihan daripada guru2 , inilah yang dikatakan KRONI. Fikir2 kan lah.......

Ahad, 10 April 2011

PERKARA BIASA MENJADI PERKARA LUAR BIASA

Huuu....Assalamu'alaikum WBT kepada semua yang beragama Islam yang rajin usya blog aku ni. Erm...Tak dilupakan juga kepada Kaum Cina, Ni Hao Ma diucapkan! Vanakam kepada kaum India dan Selamat Sejahtera kepada suku kaum di Sarawak dan Sabah yang mungkin berkaum Bidayuh, Kadazan, Kadazandusun, Bajau, Jawa dan sebagainya.Alaa........ Senang cerita , SALAM 1MALAYSIA kepada semua warganegara Malaysia, Bumi kita yang tercinta ini ! Harini nak cerita tentang kepenatan sepanjang tarikh 9 Januari 2011 ini. Aduiii.......!!! Perkara yang biasa aku buat,jadinya luar biasa laa... Sebab tak biasa buat..!! Erm.... Aku nak cerita yang harini dari pagi aku pergi keluar untuk ke rumah kawan di Bukit Jana untuk merancang program  sepanjang kami bercuti semester ni, (mungkin nak meronda ke Penang , KL atau Camaroon Highlands). Kemudian tepat jam 12.00 Tengahari , mak aku ajak keluar (teman) untuk ke kenduri kahwin kawan dia di dua tempat yang berbeza. satu di Kompleks Rakan Muda (Kamunting) yang hanya berdekatan dengan rumah aku yang jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja, dan satu lagi di Taman Simpang Aman (Simpang) yang kira2 dari rumah aku ke sana mengambil masa 20 minit untuk kesana (jika tiada berhadapan dengan masalah kesesakan lalulintas).  Kami mulanya ke Kamunting dahulu untuk ke majlis kenduri yang pertama, kemudia kami ke Simpang. Selesai menghadiri kenduri, mak aku cakap, ''jom teman mak pergi Pasaraya Long Wan kejap, mak nak beli barang2 dapur..'' Jadi, tanpa berlengah lagi, aku pun start motor, lalu meninggalkan rumah kenduri tadi tepat pada angka 1.48 Petang di Simpang. Sesampai sahaja di Pasaraya Long Wan tu, mak aku terus beli segala keperluan yang disenaraikan. Erm... tengah aku bershopping dgn mak, tepat pukul 2.12 petang , telefon bimbitku bergetar menandakan ada 1 mesej yang masuk. Bila aku check, mesej tu berbunyi , ''Abang Amir, satgi datang tak kat sekolah pukul 2.30 ? Kami nak minta Abang Amir tolong suggest kan ttg kem RK ni..tolong yer...from: Razif Morley.'' Huh, dahsyat betul. Busy laa....ermm....Jadi aku pun cakap dekat mak, ''mak, jumlaa balik. abg long ade kerja ni..'' , Mak aku jawab, ''OK, mak pun dh penat nie..'' Tepat jam menunjukkan angka 2.35 petang, aku bergegas pulang dari Simpang nak ke Kamunting(nak balik) semula....Jadi...apa lagi? Zaaaaazzzzzzzzzhhhhhhhh ........!!! setibanya di persimpangan Simpang-Taiping (traffic light) aku merasakan tayar motorku pancit !! Arghh !!! Dahla satgi nak jumpa Razif ni..adui...macamana nie?? Nak taknak, aku turunkan mak dengan wawa di Cosway kerana aku nak pergi cari kedai untuk repair tayar...Aku cari punya cari, jumpa 1 kedai, Alhamdulillah.....Selepas selesai di kedai tu, aku tengok jam dah pukul 3.13 petang!! Alamak! Zassshhhhh!!!!!!!!!!!! Aku segera mengambil mak di Cosway dan terus menghantar ke rumah. Sesampai dirumah, tanpa masuk ke dlm rumah, aku terus ke sekolah walaupun terpaksa meredah hujan utk berbincang dengan Razif mengenai KEM RK yang bakal berlangsung 17 April 2011 nie.. Aduii.... Letih... Erm..... Takperlaa..khidmat aku diperlukan.,,. Takper..aku redha.... Aku bersyukur........ Selesai kami berbincang disekolah, aku balik kerumah tepat jam 5.30 petang. Aku rasa amat letih harini tetapi kerja aku yang ikhlas  ini harap mendapat ganjaran daripadaNya Yang Maha Esa...  Insya Allah......=)