Jumaat, 9 September 2011

HARI MERDEKA, HARI KEBANGSAAN, HARI KEBEBASAN !!




 Assalamualaikum  ! Salam Sejahtera ! Salam 1Malaysia ! Salam Transformasi !! Salam Perak Aman-Jaya !! Yaaayyy !!! Kali ini kemerdekaan Malaysia telah pun menjulang ke angka 54 tahun ! Selama inilah juga menandakan Malaysia merupakan negara majmuk dan negara yang mangamalkan budaya berbudi bahasa dan hormat menghormati antara bangsa, agama, budaya dan fahaman masing-masing.

Errm.,.. Kesejahteraan Malaysia dipupuk melalui beberapa sudut tak kira apa jua bangsa yang ada di negara ini , sama-sama berganding bahu giat mempertahan dan memperkukuhkan sensitiviti masing-masing. Err... Dari tahun 1946 lagi Malaysia di jajah oleh pangganas tak kira Jepun ataupun Kamunis. Errm.... Tahun 1957 Tanah Melayu mendapat kemerdekaan yang mutlak. Perjanjian ini dimaterai oleh Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pembesar Inggeris. Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961. Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas dari penjajah !! Sebab itulah PM pertama, Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Berikutnya, PM yang kedua merupakan tokoh dalam bidang pembangunan kerana beliau sendiri memang bekerjaya dalam bidang pembangunan. Cabaran beliau amat besar kerana beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketika Malaysia dilanda kemiskinan orang Malayu dan perpaduan kaum yang rapuh. Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional (BN) selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC. Jika tiada beliau maka MRSM tidak akan wujud kerana beliau amat serius terhadap pendidikan anak-anak Melayu pada tahun 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain. 

5 tahun memerintah Malaysia, Tun Abdul Razak meninggal dunia ketika beliau masih memegang jawatan PM dan tempatnya diganti oleh PM ke - 3, Tun Hussien Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya, ''Meneruskan Pembangunan Negara''. Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi. Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur asing yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara. Beliau dikenang sebagai Bapa Perpaduan. Tun Hussien Onn meletak jawatan atas faktor kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Untuk PM ke-4, pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.Terlalu banyak sumbangan beliau jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara. Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya. Maka dengan itu, Malaysia mengiktiraf beliau sebagai Bapa Permodenan Malaysia.

Kedatangan PM kelima iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai pemegang tampuk pemerintahan Malaysia , Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju yang sedang membangun. Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar Keislaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia. Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan. Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya. Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat Malaysia. Beliau banyak berjasa dalam membangunkan dunia mencapai kegemilangan kearah keislaman dibawah gagasan Islam Hadhari. Beliau meletakkan jawatan sebagai PM pada 1 April 2009, dan penganalisis politik memberi gelaran Bapa Pembagunan Modal Insan kepada beliau.

Tarikh keramat 3 April 2009, Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Hj Abd Razak menjawat jawatan sebagai PM keenam Malaysia. Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua. Najib menyertai politik secara aktif selepas Tun Abd Razak meninggal dunia. Legasi pemimpin hebat yang telah melonjakkan pembangunan luar bandar dan mengangkat nama Malaysia ke luar negara itu diteruskan oleh anak sulung Allahyarham pada catatan sejarah bertarikh hari ini. Semestinya rakyat Malaysia pelbagai kaum, di bandar, luar bandar, Semenanjung, Sabah dan Sarawak meletakkan harapan amat tinggi agar upacara hari ini yang disusur galurnya daripada Perlembagaan negara membawa natijah positif. Ketika kesan krisis ekonomi 'menyakiti' pembangunan negara dan menjejaskan serba sedikit agenda rakyat, ketika itulah Najib memerlukan restu dan sokongan rakyat untuk menjayakan fungsinya. Nama DS Najib kini di kedudukan terakhir selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan kuasa yang tidak pernah menampakkan ranjaunya sepanjang hampir 52 tahun negara mencapai kemerdekaan mewarnai giliran pelantikan Najib. Di sebalik haru-biru yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, tata cara Perlembagaan negara masih disanjung dan dihormati. Sebelum beliau menjadi PM lagi pun, beliau telah memperkenalkan 1Malaysia yang bersegmenkan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan itu dirasmikan beliau sendiri di seluruh Malaysia. Tahun 2010 beliau memperkenalkan ''1 Malaysia : Menjana Transformasi " dan tahun ketiga beliau menjadi PM di tahun 2011 ini, beliau memperkenalkan ''1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera''. Terlalu kondusif pernyataan transformasi di bibir DS Najib Razak. Sehingga kini beliau digelar Bapa Transformasi Malaysia. 






Jadi, untuk tahun 2011 , Malaysia telah bebas dari penjajah selama 54 tahun. Inilah dia antara gambar-gambar menarik sempena kemerdekaan Malaysia ke 54 tahun ini. Maka, seharusnya kita semua rakyat Malaysia mengekalkan adat istiadat dan keharmonian kita yang berbilang kaum. Apalah sudi kiranya kita semua bersatu padu dalam mengekalkan keutuhan dan kesejahteraan dalam Malaysia. Bukankah Hari Merdeka, Hari Kebangsaan dan Hari Kebebasan itu disebut oleh seluruh rakyat 1Malaysia?? Apa salahnyakan kita berkongsi segalanya? tepuk dada, tanya selera.  Salam 1 Malaysia !!! Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera !!!!!!!!


SYAFIQ AMIR, IRFAN, DAN AIMAN ! TERIMA KASIH KERANA MENERIMA SAYA SEBAGAI TETAMU.

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Aidilfitri !! Yerr... Kita masih di bulan Syawwal lagi yer... Alhamdulillah..... Syukur kita kepadaNya yang Maha Esa kerana Dia memberikan Rahmat kepada sekalian hamba-hambaNya untuk menyambur Aidilfitri lagi di hari ini. Syukur ke hadiratNya dipanjatkan.

Tajuk kali ini mengisahkan tentang kesudian mereka nama-nama diatas itu menerima saya sebagai tetamu sempena Aidilfitri yang masih lagi didalam kalendarnya tersendiri. Alhamdulillah, bukan makanan yang saya pinta, bukan duit raya yang diharapkan, bukan nama dan gelaran yang saya tatangkan, tetami tujuan utama saya untuk mengeratkan talian silaturahim sesama insan sempena lebaran kali ini. Itulah yang sebenar-benarnya yang diajarkan Islam sebagai agama yang sahih dan lengkap.

Saya mula keluar rumah selepas menghantar adik kedua, Nurun Nazua Bt Hj Baharin ke sekolah agama rakyat berhampiran dengan rumah. Tepat ke angka 3 petang, saya menuju ke rumah Syafiq Amir di Taman Kaya. Hampir 20 minit perjalanan dari Kamunting ke Simpang dengan menaiki Yamaha Lagenda 1. Berbekalkan semangat dan kesungguhan yang ditanamkan dalam diri, saya terus menuju ke rumah Syafiq Amir tanpa ada perasaan gusar.

20 minit berlalu. Tibalah saya ke destinasi, rumah Syafiq Amir. Saya disambut oleh adik beliau, kerana Syafiq Amir sedang mandi ketika saya datang. Waahh !!! terkejut saya !! Cantik rumahnya ! Hampir 10 minit menunggu di ruang tamu, Syafiq Amir muncul dengan berwajah manis dan bermuka sinis. Banyak keperlian dari sudut reaksi muka beliau. Tak cakap pun tahu. Air pun dibancuh, balang kuih raya pun disusun dei depan meja tamu. Apalagi tunggu !!!?? Sebat jerrrr !! hehehe.... Tak banyak cerita yang saya kongsikan bersama Syafiq. Kerana kesuntukan masa agaknya. Jam dinding rumahnya menunjukkan ke angka 4 petang. Maka, dengan ucapan relanya saya meminta untuk mengundur diri dari rumah beliau kerana ingin ke rumah yang kedua, rumah Aiman di Assam Kumbang. Tangan berjabat, luahan diberi, dan katahati ke hati diucap. Terima kasih !!

Tepat jam 4.15 petang saya tiba di rumah Aiman di Assam Kumbang, Persiaran Taman Kerajaan. Errmm.. Saya bertuah kerana beliau masih bersikap seperti dahulu.. Thankss Adik Aiman !!!!! Sayang Kamuuuu !!! Errm.. Bukankah kita bahagia kalau kekal begini ? Sedarkah bahawa segala perselisihan faham antara kita selama ini dihasilkan melalui orang ke-3 ? Masya-Allah... Semua itu dah berlalu kan dik ? Maafkanlah mereka2 yang menganiaya kita. Sembang punya sembang di rumah Aiman, jarum jam menunjukkan ke angka 5.30 petang. Saya meminta untuk berundur diri kerana ingin menuju ke destinasi terakhir saya untuk petang ini, Rumah Irfan di Taman Panglima. Sebelum pulang, duit raya saya hadiahkan padanya !! Syg sgt2 !! Hehehe.... Babai adikkkk...... !!

Dari rumah Aiman ke rumah Irfan tak jauh mana pun. Lebih kurang 5 minit sahaja. Alhamdulillah, saya disambut dengan reaksi muka Irfan yang mengharap. Alhamdulillah, Irfan juga menjadi penyambut tetamu yang baik dan sopan. Ketika saya tiba di rumahnya, ibunya tiada. Katanya keluar kerana mengambil adik-adiknya bersekolah agama. Ooo.. Patut laa.... Errmmm... Di rumah Irfan, banyak benda yang di bicarakan. Dari luahan hati hinggalah ke luahan perasaan sanubari inergi. Errmm.. Sedih ada, duka ada, kecewa ada, gembira ada, hiba pun ada. Macam-macam perasaan yang membuak-buak dalam diri kami berdua ini. Errm... entah laa,,, 

Lama juga bersembang dirumah Irfan, dekat nak masuk waktu maghrib baru saya meminta diri untuk pulang kerumaj di Kamunting. Yerlaa.. Lupa pulak malam ni ada bacaan Yaassin dan Tahlil untuk calon PMR, SPM dan STPM di Masjid Kg Boyan anjuran sekolah seperti tiap-tiap tahun sebelum2 nie laa.... Errm.... Tangan dijabat, ucapan maaf dilafazkan, kata-kata hikmat dilemparkan, kunci diambil dan saya terus menuju keluar untuk pulang kerumah. Apa-apa pun terima kasih semua !!!

Muhammad Syafiq Amir bin Nazri


Muhammad Irfan bin Suhaimi


Muhammad Aiman bin Nor 'Azalan

Selasa, 6 September 2011

SUKA DUKA KAMI DI TARIKH 5 SEPTEMBER 2011

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia ! Haaa.... Apa khabar kesemuanya?? Sihat ke? Alhamdulillah... Harap sihatlah hendakNya disamping keluarga tercinta, sambil merayakan Aidil Fitri yang ke-8 hari ini. Syukur ke Hadirat Illahi kerana memanjangkan usia kita dan menyihatkan tubuh badan kita sehinggakan kita boleh melaksanakan tugasan seharian kita. Alhamdulillah...

Yer, kali ini sukacitanya saya hendak menceritakan tentang kisah kami lapan orang yang berjalan meronda Taman Tasik Taiping diselitkan dengan bahan gurauan semata-mata. Wah !! Tak sangka pula perjalanan ini menyebabkan kami lebih rapat dan erat sehingga kini. Alhamdulillah, berkat kurniaan dari Illahi.

Mulanya, saya menelefon Khairul Ikmal bin Zainudin (Mal) dan Muhd Ramzul Kamal Mubin bin Mohd Aidilfitri (Zul) untuk meng''komform''kan situasi perjalanan kami. Diikuti dengan Syamirul Naim Bin Nadzri (Naim) dan Muhammad Faeadzal (Pedal) . Kisahnya bermula dari rumah saya.

Mulanya kesemuanya datang dahulu berkumpul di rumah saya termasuk Mohd Khairyl Rizal bin Razali (E-jai) dan Mohd Farhan Hisyam (Pa-an). Mereka datang untuk memastikan bahawa adakah kebenaran yang mutlak utkj bersiar-siar di Taman Tasik Taiping. Ternyata selepas 30 minit menunggu, Naim meng''komform''kan bahawa ianya adalah ''ORAIT''.

Dari rumah saya jam 5.45 petang dan kami semua tiba di Taman Tasik Taiping tepat ke angka 6.00 Petang. Wahhh !! Mereka berdua (Ramzul dan Naim) sudah tiba disana. Dengan bermuka manis dan sinis, mereka berdua menegur kami yang baru tiba di situ. Hehehe...

Sesampai sahaja di sana, motor di parkir di tempat yg disediakan. Kami semua berjalan menuju ke laluan pejalan kaki di Taman Tasik., Gurau senda pun bermula. Hehehe.. Hampir sepanjang perjalanan kami itu dipenuhi dengan gelak tawa yang bersendikan bahan gurauan semata-mata. Yang jadi bahnnya, Naim laaa.... Hehehe... hampir 30 minit berjalan, kami semua rehat di satu pondok di tengah kawasan Taman Tasik Taiping. Tanpa segan dan silu saya bertanya, ''awat stop kat sini?'', Mal jawab, '' nak tunggu member lagi sorang, Din.'' . Ooo.... Patut laa.......

Hampir 10 minit menunggu, din mula kelihatan . Dengan membawa motor EX5 berwarna merah, tanpa segan silunya membawa masuk ke lorong pejalan kaki itu. Mukanya agak malu dan kelihatan ceria di samping keriangan yang dibawa kami berenam terdahulunya. Dari situ, kamera Mal pun mula dibuka, untuk mengambil gambar-gambar kenangan kami tujuh orang kesemuanya. 

Bermula dari pondok itulah gambar mula diambil. Naim, selaku pemegang pertama kamera itu mengambil gambar-gambar kami. Tapi, yang menghairankan saya, setiap kali dia pegang kamera tu, cepat pulak habis bateri nya. Kemuyskilan melanda diri kami berenam. Hehehehehe...

Pelbagai reaksi gambar yang diambil. Pelbagai karenah pengunjung kami jumpa. Warna-warni 1Malaysia juga tak ketinggalan. Reaksi gambar-gambar kami juga agak memberikan impak yang baik sejajar dengan muka-muka kami yang nampak mengancam ! Hahaha.... Tergoda tak?

Nak tengok gambar-gambar kami? Inilah antaranya....






















Erm... Rasanya setakat ni sahaja lah entry kali ini. Ape-ape pun terima kasih laa semua yer sebab ajak aku sekali untuk join korang ! Aku amat-amat happy bila korang ade bersama aku. Sesungguhnya biarlah hanya Allah SWT yang membalas budi baik korang yer. Dan aku berdo'a agar hubungan kita akan lebih akrab hingga ke akhir hayat, Insya-Allah. Akhirulkalam, Assalamualaikum WBT dan Salam Lebaran !!

Isnin, 5 September 2011

PERKARA MENYEBABKAN HATI TIDAK BAHAGIA

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri. Dalam kita menyambut Aidilfitri ini, marilah sama-sama kita renungkan kembali , agaknya mengapalah sesetengah orang tu hati dia tak berapa senang, atau lebih tepat lagi runsing. 

a) Pemarah 
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 
 
b) Pendendam 

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 
 
c) Hasad dengki 


Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 
 
d) Bakhil 

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang warak tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 
 
e) Tamak 

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 
 
f) Tidak sabar 

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 
 
g) Ego 

Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. 
 
h) Riak 

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada. 
 
i) Cintakan Dunia 

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Sesungguhnya orang yang ditempatkan dalam golongan bertaqwa itu bukanlah golongan yang tidak pernah melakukan dosa, sebaliknya mereka sentiasa beringat dan menginsafi diri untuk berbuat dosa serta memohon taubat kepada Allah yang Satu, Renung-renungkan, dan Selamat Beramal !!

SAMBUT LEBARAN DI KOTA METROPOLITAN

Assalamualaikum WBT dan Salam Lebaran. Alhamdulillah, ketika saya menulis artikel ini, Bulan Syawal sedang berada di hari yang ke-6. Hampir seminggu sudah berlalu pada bulan kemenangan umat manusia ini. Sesungguhnya, pada bulan yang mulia ini ramai org telah kembali bersatu-padu melupakan kisah lama yg telah terbuku dihati.

Sesungguhnya, saya juga masih belum terlambat untuk memohon 1000 kemaafan yg telah saya lakukan sepanjang perkenalan saya dgn sesiapa sahaja pun , tak kira sama ada sengaja mahupun tidak, besar mahupun kecil. Sesungguhnya di bulan yang baik ini saling bermaafanlah sesama kita agar kita mengecapi nikmat hidup yg bahagia sepanjang usidan jangka hayat dikandung badan. Maaf dipinta, lupakanlah segalanya.

Bersempena Syawal tahun 1432 Hijriah ini, kami sekeluarga ingin membuat kelainan berbeza dgn tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun terdahulu, kami sekeluarga akan pulang ke desa sebelah arwah ayah di Selangor Darul Ehsan. Tetapi tidak pada tahun ini. Tahun ini kami sebulat suara ingin beraya di Kota Metropolitan, Bandaraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya. 

Tidak tersangka, tidak diduga. Memang benarlah kata pepatah, ''tak kenal maka tak cinta''. Secara jujurnya, Bandaraya Kota Metropolitan itu tidaklah sebosan yang dijangkakan. ramai kaum kerabat daripada kalangan keluarga sebelah ibu saya berkumpul untuk merayakan Aidilfitri mulia ini. Alhamdulillah, semuanya berjumpa. Inilah dia keberkatan yang dihadiahkan olehNya kepada hambaNya yang kerdil lagi hina ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Duit raya? Ade jugak. Tapi tidaklah sebanyak kalau nak dibandingkan dengan adik kecilku, Nurun Nazua bt Hj Baharin, atau Wawa. Dia lagi banyak. Maklum laa,... Kecil lagi.. Tak sangka juga yer.. Walaupun saya sudah pun menjangkau ke usia hampir dua dekad, ade juga yang masih menghulurkan duit raya dengan jumlah yg drastik. Sungguh tak disangka-sangka !! Terima kasih yer mak, mak ngah, pak ngah, sepupu-sepupu, pakchu min, mak kecik dan seluruh kaum kerabat sebelah ibu saya yang sudi memberikan saya duit raya !! Hehehe.....

Berikut merupakan antara gambar yang dapat saya selitkan betapa meriahnya beraya di Bandaraya Metropolitan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Hari Raya Pertama - Kediaman Pak Su Min














Hari Raya Kedua - Kediaman Mak Ngah dan B/Raya KL





























Yer.... Inilah sahaja paparan untuk kita semua buat kali ini. Maafkanlah jika ada keterlanjuran kata saya sepanjang saya menulis artikel ini. Semoga anda dapat memaafkan saya kelak,Insya-Allah. Di kesempatan ini juga, saya dengan rendah diri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI dan POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN atas kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tempoh perkenalan kita bersama. Akhir kata dari saya, '' Sambutlah Syawal dengan reaksi kegembiraan, kerana takut-takut Syawal akan datang kita tidak sempat untuk merayakannya, dan inilah sahaja peluang utnuk kita berkumpul bersama sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga''.