Jumaat, 23 September 2011

MELAKUKAN TRANSFORMASI JIWA DAN PERASAAN

Assalamu'alaikum Warah Matullahi Ta'ala Wabarakatuh , Salam 1Malaysia , Salam Transformasi , Salam Perak Aman Jaya dan seterusnya Salam Aidilfitri. Ops ! Yer... Kita masih lagi dalam suasana musim perayaan aidilfitri 1432 Hijriah, 2011 Masihi, bertarikh 23 hb. September 2011 bersamaan 25 Syawal 1432 H. Alhamdulillah... Sesungguhnya kita masih lagi meraikan aidilfitri dengan 1001 kenikmatan dan kesungguhan dalam merayakannya. Syukur ke hadirat-Nya dengan limpah dan kurnia-Nya , serta dengan perkenan daripada-Nya juga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberi peluang bernafas menyedut udara lagi di muka bumi Allah SWT ini.

Alhamdulillah, dalam kesempatan kita menyambut aidilfitri kali ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke rumah saya bertujuan menziarahi saya tanpa paksaan dan tentangan dari mana-mana pihak, sesungguhnya walaupun aidilfitri kali ini tidak ''cukup bom-nya'' pada saya kerana faktor tarikh cuti sesetengah IPTA / IPTS di seluruh Malaysia ini tidak memadai dan tidak mencukupi, tetapi hakikat yang dialami di lebaran kali ini jauh lebih bermakna kerana hampir 92% yang hadir menziarahi saya adalah dari golongan pelajar junior saya yang amat-amat rapat dengan saya. Ianya saya labelkan dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam bawah berumur dari 13 hingga 18 tahun. Sungguhpun begitu, sahabat saya yang sebaya dengan saya yang datang tidak sampai pun 5 orang, amat malang bagi saya kerana inilah buat pertama kalinya aidilfitri disambut dalam kalangan junior. Tetapi, saya berasa amat-amat bertuah kerana dalam kisah junior inilah menyebabkan saya lebih yakin dan matang dalam menjejaki hari-hari akan datang.

Kini, ingin saya mulakan kisah dan rentetan hidup saya dalam situasi sekarang ini. Sesungguhnya kisah perjalanan saya masih jauh ke hadapan dan hingga kini saya masih tercari-cari apakah sumber ilmiah yang perlu ada dalam tiap-tiap individu. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan dan pengaruh besar daripada kelompok junior ini, saya masih tercari-cari lagi apakah pembelajaran bersumberkan ilmiah yang terutama dalam isu semasa kini. Saya tidak mengatakan bahawa saya sendiri bersikap liberal dan signifikan terhadap pelajar junior, malah sebelum-sebelum ini pun saya tidak pernah menyekat mana-mana pihak atau individu dalam memperjuangkan agenda dan matlamat yang satu, Cuba kita semua fikirkan sejenak, adakah kita dikategorikan sebagai pelampau yang telah menjatuhkan air-muka seseorang? Adakah pernah kita melakukannya demi kepentingan peribadi bukannya kepentingan sosial dan komuniti? Pandang diri kita dahulu sebelum menterjemahkan segala bentuk isu yang kadang-kadang boleh memalukan diri kita sendiri. Dan dari pandangan itu, ini bukalah perlu dijadikan alasan yang membenarkan untuk kita berhenti untuk terus berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan kita semua terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipat-gandakan usaha bagi membaikpulih konfrentasi daya saing yang sihat melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan idea dan buah fikiran baru berasaskan sifatnya tersendiri serta keupayaan masing-masing. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan yang utuh, keamanan, kestabilan, keadilan, kewibawaan, keselesaan dan keharmonian. Bahkan , jika kita semua meneliti semula dalam kesemua aspek, revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea. Bukankah ini merupakan persaingan yang sihat? Dan jika ini dapat digarapkan serta disatukan dengan satu kumpulan, maka bukankah generasi akan datang bakal melahirkan seorang yang berfikiran kritis dan kreatif? Bukankah jua dasar-dasar yang terbentuk ini bakal mencorakkan kesan positif  dalam benak pemikiran mereka? Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keadilan dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab kita yang matlamat tertingginya, menjunjung dasar ini serta kesejahteraan sesama kita untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

Unsur yang dimuatkan dalam entry kali ini bukanlah berniatkan apa-apa, cuma mahu mengingatkan bahawa kita bukanlah setinggi Allah yang satu, semulia darjatnya dengan Rasulullah SAW dan sebersih imannya ibarat malaikat.Kadangkala kita semua ada melakukan kesilapan , tetapi kesilapan yang kita lakukan itu sepatutnya mengajar kita erti sebenar kehidupan sejagat di alam realiti. Bukannya mengakui kesilapan dan kemudiannya melakukan semula demi kepentingan peribadi yang terkesima. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan orang yang menilai kita. Yang pasti, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala peluang yang ada dan yang paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, komprehensif , kompetetif dan observatif. 

Konteks ini meliputi kesemua pihak yang menginginkan satu keputusan mutlak dan relevan dalam usaha membentuk kesepaduan sejagat. Saya dengan ini, mengambil keputusan yang mutlak dengan mengatasi beberapa ruang legar berhadapan pelbagai isu berhubungkait dengan permasalahan peribadi, serta permasalahan survival. Tidak kira dengan isu apa pun yang dikaitkan dengan saya, saya secara peribadinya memohon keampunan kepada Allah SWT yang Maha Esa kerana jika ini ujian daripadaNya, maka saya terima dengan redha dan bersyukur. Mungkin dengan norma-norma ini Allah SWT ingin menguji kesabaran saya serta meringankan bebanan dosa saya yang terdahulu. Dengan rela dan seikhlas yang mungkin, saya menyerahkan kesemuanya nasib dan jiwa raga saya kepadaNya Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui. Demi Dia, Demi Rasulullah, Demi Persahabatan, Demi Keadilan, berdo'a dan bertawakallah kita semua memupuk transformasi, sesungguhnya kepada Dia kita berserah dengan keabdian yang luhur. Saya sudahi post kali ini dengan lafaz Assalamu'alaikum WBT dan Salam Transformasi !