Khamis, 10 Mac 2011

1MALAYSIA : MEMUPUK KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

1 Malaysia 
Lutfi > Iqbal> Leow > Nyanaraam


 1 Malaysia
Abg Jayan A/L Raja Ratnam > Leow Kheng Jin > Nur Asyikin


Apa salahnya kita bersatu padu? Apa salahnya kita tolong menolong antara 1 sama lain? Apa salahnya kita bekerjasama di bawah 1 bumbung? Apa pula salahnya kita berganding bahu dibawah kibaran 1 bendera? Kenapa kita mesti berpecah belah? Kita sebenarnya patut berfikir jauh seperti pemimpin2 ulung kita pertamanya seperti PM kita, Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, yang segera mematlamatkan Gagasan 1Malaysia yg berteraskan idealogi yang amat baik dan boleh diterima pakai oleh semua rakyat di Malaysia, khususnya kepada 3 kaum utama, iatu Melayu, Cina dan India. Yaa..kdg2..kita juga amat memerlukan antara 1 sama lain kerana persepaduan yg utuh itu memberikan kita pelbagai peluang utk maju dimasa hadapan kelak. Insya Allah, kita akan menjadi negara contoh dipersada dunia. Kekuatan kita sememangnya pada perpaduan, kesepakatan, kerjasama, tolong menolong dan lain2 lagi. Cuba kita imbau sejenak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al Hajj, PM Malaysia Pertama dahulu. Beliau sanggup mempertahankan Tanah Melayu demi kepentingan rakyat jelatanya. Adakah kita generasi masa kini mahu mempergadaikan maruah dan segala usaha pemimpin terdahulu? Adakah kita sanggup lihat ank cucu kita di masa akan datang menjadi berpuak2 dek kerana tidak mengenali antara 1 sama lain? Fikir2kanlah... Ianya sekarang bagaikan menjadi 1 fenomena busuk yang telah terjadi di Malaysia. Tiada salahnya kita bersama2 dalam apa jua hal. Tiada salahnya jika kita bersatu padu walaupun berlainan agama, bangsa dan bahasa. Kerana apa, kerana kita tetap warganegara Malaysia yg hidup dibawah kibaran 1Bendera. 
1 Malaysia : Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.

NASYID SMK KING EDWARD VII MENCETUSKAN TRANSFORMASI

BARISAN PESERTA NASYID 2008


 ketika persembahan.......


nasyid SMKE time persembahan di pentas.......




Kump. Nasyid SMK King Edward VII 2007




time persembahan dipentas....


Transformasi? Ahahaha...yela tue... actually aku ni bukanlah peserta nasyid sekolah pun..cume nak berkongsi cerita dengan setiap detik kegembiraan Kumpulan Nasyid SMKE VII nie jer laa....ade cerita yg nk disampaikan sebenarnya, Dulu....tahun 2007 kalau tak salah, aku teringin sangat nak join nasyid ni. Tapi, cikgu ade bagi tau yang kalau nak join nasyid, kena masuk hostel sebab acara ni khas utk pelajar2 hostel jer... laaa...yeke? em....Thats why laa aku tak join sebab kene duk hostel...Ayooo....! Geramnya..Tapi bende ni tak berakhir lagi...Ade 1 masa tu (tak ingatla tahun bila) ustazah Faridah dengan Ustaz Nazri mintak aku join. Tapi lepas jer dengar aku taknak duk hostel, maka dia terus cari org lain . Aku pun tataw pasal pa die pilih aku. Em..Taknak ar duk hostel...Yerlaa..diorang ni dahsyat2 sikit..tak sejiwa dengan aku...hahaha...Tapi, kalau tak silap dr aku sekolah (2005-2009) rasanya baru pertama kali laa Nasyid SMKE menjadi top 3. Hahaha...(jgn mrh budak nasyid!!)... Yer laa..lagu yg diwartakan adalah bercorakkan dasar2 yang bukan melennium. Kita kena ade transformasi seperti yg diwar2kan Kerajaan Malaysia, 1Malaysia : Menjana Transformasi yg diilhamkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razah, PM Kesayangan kita. hahaha..sahut laa acuan cabaran itu. Lakukan transformasi untuk lebih mematangkan group nasyid SMKE... Insya Allah jika pembaharuan dilaksanakan, pelbagai peluang yg kejar mencari kita. Insya Allah...Tepuk dadam tanya selera.

TRAGEDI 4 KSI SIGMA DAN 5 KSI SIGMA

KELAS YANG MENGGAMIT MEMORI
2008 ( 4 KSI SIGMA )
2009 ( 5 KSI SIGMA )


Mana ade manusia yang tidak mempunyai pengalaman bersekolah kan? Boleh dikatakan kira2 98% rakyat Malaysia pernah duduk di bangku sekolah dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5. Manakala 7% sahaja yang bertindak berhenti dari sekolah akibat kes2 berkaitan yang tak dapat dielakkan. Tapi bikan tu yg aku nak post dekat sini. yang aku nak bangkitkan adalah kenangan paling manis adalah ketika kita bersekolah..Percaya atau tak, hampir 89% penduduk Malaysia dapat mengenali sahabat masing2 melalui sekolah? yaa....tulaa jawapannya..Hahaha

Sedar tak sedar 2 tahun kini mencecah apabila aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah lagi. Wahh...Sungguhpun begitu, aku tetap ke sekolah jika terdapat apa2 aktiviti sama ada luar atau dalaman. Em.. Entahlah...bila difikirkan balik, mcm2 perangai yg ade dalam kelas 4 dan 5 KSI SIGMA ni...Tak habis2 kecoh jer memanjang...Cikgu kami, Puan Fadzlina Bt Ehsan pun sama naik jugak. Amat dahsyat. Perangainya kadang2 menggembirakan kami. Wah2...berjangkit pulak ek?? Ade jugak yang kaki memonteng, kelas, byk cakap, suke melawan, suka bergossip, suke ambik tahu hal org tanpa sebab, suka mundar mandir ke kelas2 lain, suke cakap lepas (langsung tak jaga hal peribadi seseorang tu) , suka mengejek, suke memerli( menyindir), suke tak hadir sekolah, suke bodek cikgu, ade yg buat bisnes dalam kelas, ade jugak yang pndai backing member2, and....tatau lagi laa...dahsyat betul....Tapi, bila dah bergelar Mahasiswa ni, tak sangka pulak dah tak dpt semua bnda tu...Diorang tu macamana pun tetap terbaik pada aku(walaupun kdg2 diorg perli aku). Emm...yeala kan, kenangan tu dtg dan pergi, setiap perkara yg dimulakan mesti ade akhirnya. Wallahu'alam....Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dgn diorang kesemua KAT ATAS tu....Tanpa rakan kat atas tu semua, sapalah aku kini..Perubahan demi perubahan(secara kasar) dilakukan oleh diorang pada aku. Em...Thank you to all my best fren.

SESEORANG YANG ISTIMEWA

harini adalah hari yg bersejarah buat aku. Segala jawapan yang terpendam selama ini terjawab dgn serta merta. Wahh...! Tak sangka betul jawapannya sungguh memeritkan, tetapi amat membahagiakan aku. Em...Tapi, amat dahsyat jugak la....Pelbagai tohmahan aku dapat daripada Si Dia dan adik Si Dia. Tapi aku pendamkan sahaja kerana menganggap perkara remeh sebegitu adalah perkara yg bukan penting bagiku. Menjaga hati Si Dia lagi penting daripada hatiku hatta amat pedih sekalipun .Em....Entahlah..kdg2 ade jugak terfikir yg kenapa aku harus menyembunyikan diri dan kenapa aku harus elak daripada situasi sebenar sedangkan ianya adalah mutlak semata2? Entahla... macamana pun, jawapan dan persoalan yg telah dinyatakan amatlah memeritkan dan amat menyedihkan. Memang menjadi lumrah yg manusia yg dilahirkan memang mempunyai 2 peranan iaitu disukai org ataupun sebaliknya. Em....Walhal depan kita ambooii ! Pijak semut pun tak mati... Yelaa..Aku taw sapa aku dan dimana taraf aku sebagai seorang ______________ !

Rabu, 9 Mac 2011

KATA KATA INDAH HANYA SEMENTARA , PENGAWAS SMKE VII TETAP DIHATI HINGGA KINI MENYINGKAP KENANGAN ABADI

Gambar Diambil Semasa Jamuan Pengawas Sesi Petang 2008

waa...makan2 ye adik2 ku,....

Em...seronoknya ketika ini.....zaman kegemilangan...


atas : Amir > Viva
bawah : Divenesh > Yuva > Viknesh

Diam tak diam , kini kita sudah pun menjejak ke angka 2011. Sama ada sedar atupun tidak, saya telah meninggalkan sekolah yang amat gah dimata dunia ini selama 2 tahun. Wahh !! Rasa macam tak sangka pula apabila aku kini bergelat Mahasiswa !! Em...tp, dalam kegembiraan, pasti juga ada keperitan. Ya, KEPERITAN !! Seperti tajuk lagu Juara AF 8 , KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN yang didendangkan oleh Syahir. Emm.....Ketika bersama Barisan Lembaga Pengawas Dan Badan Disiplin (LPDD) SMK King Edward VII  selama 4 tahun berturut-turut (2006-2009) inilah aku dapat kenal diri aku yang apa yang aku buat selama ini adalah kurang menepati citarasa ramai pihak. Tetapi, 1 per 1 aku belajar daripada Encik Teoh Wei Kien ( 2005) , Encik Liew Shit Sien (2006-2007), Encik Abu Kassim Alias (2007-2009), Encik Isham Rusyadi Md Isa (2008-2009), Tuan Syed Nasir bin Syed Mahadi (2006-2009) dan semua guru2 penasihat LPDD yang saya tidak nyatakan diatas !! Wahh !! Amat hiba rasanya dah tinggal sekolah nie... Em....sepanjang aku berada dalam Kabinet LPDD ni la yg membentuk diri aku utk terus pandang kehadapan tanpa mengira risiko. Turut tidak saya lupakan adalah kepada Ketua2 Pengawas/ Pelajar 2005-2009 iaitu, Abg Thiban (2005), Abg Syukri (2006), Abg Wong Keau Chen(2007), Abg Daniel Lawrence(2008) dan Abg Asra Rosnan (2009). Tanpa diorang LPDD takkan bergerak seiring dengan MOTTO LPDD iaitu, 1Perfect, Work First, Performance Now. Yeaahh !! TQ....!!!!


Selasa, 8 Mac 2011

RINDUKAN PENTAS

Mengendalikan Perhimpunan Minggu Pemantapan Sahsiah


Mengendalikan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber

Em...Kalau diikutkan logik.....mestilah seseorang tu rindu dimana tempat yg dilahirkan , yea tak? Macam tue laa aku yang amat merindui sekolah SMK King Edward VII, Taiping Perak lebih lebih lagi pentas acara yang sentiasa mengingatkan aku dimana aku telah mula di 'lahir' kan disitu. Arghh !! Rindunya aku.... Emmmm.. Disitu lah aku kena marah, ahakkzz !, disitu jugalah aku belajar bagaimana cara mengendalikan program dengan baik, disitu jugalah aku menmimpin bacaan do'a, disitu juga lah aku diasuh untuk menjadi pengemudi majlis yang mencerminkan dasar kepimpinan yg cemerlang..Orang cakap, ''disitu kita dilahirkan, disitu juga kita diajar''. jawapannya, YA !! Tepat !! Benar !! Expecially kepada Puan Nooralishah yg seringkali menegur aku ketika berhadapan dengan audiens. Em....Pentas ni la me''lahir'' kan aku sebagai PRS, sebagai PBSM, sebagai PENGAWAS, sebagai PENGACARA MAJLIS, sebagai PEMBACA DO'A dan sebagai PENERAJU UNTUK LEBIH GIAT lagi dalam diri ini...tanpa pentas ni, mungkin aku bukanlah seorang yang dikenali ramai sekarang...Terima Kasih SMKE VII, terima kasih Pentas......!!!!!!

PELAJAR JUNIOR ASRAMA SMKE VII DALAM MEMORI

Melakonkan Watak Yang  Diberikan

Pelajar Hostel Tingkatan 1 Sesi 2008


Kusyuk Ketika Mendegar Taklimat 

Hehehehe.....Muka comel2 jer diorang mase ni...

Sporting laa diorang nie.....

Pelajar Hostel Tingkatan Dua 2008


Waa...mengimbau kembali kenangan manis....

masih ingat tak lagi suatu hari.........


Beriadah,,..

aktiviti lapangan budak asrama....
megah dgn berbaju merah bersama warna hitam ... yeah!

bergambar pada logo lambang kemegahan SMKE dipersada Tanah Air...


Mari kita imbas kembali secara halus pabila mereka sememangnya dahulu amat comel2 belaka. Adakah dahulu dan sekarang sama sahaja?? atau perubahan yang melanda? Sememangnya mereka telah berubah corak sekarang. Kalau dulu, bile berjumpa..''Assalamu'alaikum Abg Amir? Apa habaq?? Sihat ka?''... Dulu laa.... Sekarang ni kalau jumpa...Fuhh !!! Ade jugak yg terus pandang tempat lain ! Seolah2 tak kenal kita!!? Seolah2 kita yg terhegeh2 mencari die..Dia ingat dia tu sapa? PM? TPM? Menteri ? Menteri Besar? Ketua Menteri? Ahli Exco Negeri? Ahli Lembaga Pengarah? Ahli Parlimen? Ahli Dewan Undangan Negeri? Guru Besar? Pengetua? Pegawai Pelajaran Daerah?? Wahhh...kemain lagi sekarang na.... jumpa kita buat bodoh jer......tak per laa.....aku paham.....tapi kdg2 kita tak perlu selesa dengan kedudukan yg kita ada sekarang sebab ALLAH SWT tuu MAHA segala2nya.. Sesungguhnya Dia yg berhak menentukan....... Nak buat macamana kan...manusia mmg cepat berubah......kadang2 depan dia baik, belakang amatlah berbisa....adooi... Susahnya nak menilai.....Tapi, buat adik2 junior saya yang terasa selepas baca blog saya ni, harap ubahlah perangai anda....Anda seharusnya bersyukur kerana ada juga manusia yang bukan dari keturunanmu sanggup mengambil berat tentangmu....Aku bukannya mahukan nama , pangkat, darjat dan penghargaan, tapi aku hanya mahukan iringan do'a dan silaturrahim yg sihat sepanjang tempoh perkenalan kita...Insya Allah..........=)


PELAJAR JUNIOR VS PELAJAR SENIOR

GAMBAR DIAMBIL PADA TAHUN 2008
1 RK SIGMA DAN 1 RK OMEGA

Dari Kiri : Adam Danial, Himie Maziat, Salehan Al Hafiz, Mohd Radzi, Afiq Syauqi
SMKE VII Motor Parking, 2008
  DALAM KENANGAN ABADI


Khaizuran Hadi, Syahmi dan Wan M. Haziq


bergambar bersama Syahmi dan Azri di PSS , 2008


wahh....sempat lagi berposing yer??
Adib > Syafiq Muhsin

1 RK Sigma 2008, adooii...Memeningkan kepala !


Benar cakap org tua2 yang kadang2 kita tak boleh nak menipu diri sendiri dek kerana mahu menjaga hati orang lain yg rapat dengan kita, Kenapa masyarakat moden sekarang tidak lebih cenderung untuk memantapkan prestasi pelajar2 remaja masa kini? Adakah dengan sikap keibubapaan yang lampau masih menyelubungi hidup?? 

Aku kadang2 menginginkan bahawa masa diputar kembali menjadi dahulukala yg menjadi fenomena indah dalam apa jua situasi. Ya ! Mahu kembali ke zaman dulu ! Mengapa? Mungkin kerana pergaulan aku dengan pelajar junior yg telah membuatkan aku separuh gila dek kerana mereka. Ianya tercetus akibat pergaulan rapat antara aku dan mereka juga merupakan pergaulan yang seiring dengan kehendak ibu dan bapa mereka, Tidak hairanlah jika saya berkata yang pelajar2 junior sekarang kdg2 lebih berani mempersendakan kita hatta di hadapan umum sekalipun. Sikap yag buruk inilah yg kita dapat pabila menjelang pelbagai asuhan moden yang kian meningkat kini.

Pelajar2 senior seharusnya menunjukkan contoh yg paling terbaik untuk mas hadapan adik2 sebangsa dan seagama dengan kita. Bukanlah lagi hendak membuli, menyuruh, mengarah, mengkritik, dan lain2 lagi perkara kurang sihat. Mereka (junior) seharusnya diberi tunjuk ajar, diberi bimbingan, diberi asuhan , diberi penghargaan dan sebagainya melalui aspek yang mereka (junior) ceburi. Psikologi yg mendalam perlu diselitkan sedikit utk membahagiakan mereka disamping mengajar mereka erti sebenar kehidupan di dunia dan akhirat.

Toleransi dan komunikasi antara 2 pihak inilah yg kita inginkan selama ini. Kadang2 memang ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh tetapi pada peringkat mulanya sahaja, seperti kata pepatah hanya ''hangat2 tahi ayam'' sahaja. Waahh !!! Mereka (junior) sebenarnya juga adalah tunjang dan nadi untuk kita menentukan kita sama ada jatuh bangun kita, pahit manis kita, dan sgla macam masalah kita. Tetapi, di masa kini, terlalu bersepah perkara2 yg tidak diingini berlaku antara junior dan senior. Contohnya seperti senior mengajar junior cara merokok, mengajar bagaimana cara untuk memonteng sekolah, mengajar untuk biadap dengan guru2, mengajar utk berkelakuan tidak senonoh pada kaum yg berlainan jantina, mengajaar utk menconteng dididing sekolah, dan mengajar utk membuat segala mcm hal perkara negatif.

Adakah fenomena kurang sihat ini yang kita mahukan pada zaman anak cucu kita nanti? atau apakah mungkin sekali zaman anak cucu kita lagi lebih dahsyat lagi berbanding kini? Adakah zaman akan datang lebih memberi kesedaran kepada keturunan dan bangsa kita? Ya Allah Ya Rahman Ya Mukminin Ya Rahim.... Engkau berkatilah segala usaha kami untuk membendung gejala JUNIOR VS SENIOR ini Ya Allah.....
Renung2 kan laha... Bahawa kita juga pernah menjadi junior, kita juga pernah berkedudukan kecil, kita juga pernah menjadi tingkatan 1, 2, 3. Adakah Tingkatan 4, 5, 6 Bawah dan 6 Atas semuanya sempurna 100 % ? Ingatlah seberapa tinggi nya kita, Dia Yang Esa lagi tinggi darjatNya....Kita hanya manusia kecil dan kerdil dipandang kecil oleh Allah SWT...

CORETAN HATIKU DALAM HATI ADA TAMAN

 
cinta itu titisan air ke atas batu,


 
ia melembutkan hati walaupun hati itu sekeras batu,


cinta itu mencairkan jiwa walau sekukuh mana ia bersemadi di dalam jasad dan sesungguhnya...


cinta itu adalah hakikat,


 pelengkap nyawa dalam jasad,fitrah manusia sejagat...



Dalam Hati Ada Taman. Amir Akhmal Bin Haji Baharin . Putera Amir Nur Aiman.



        Cinta itu sebersih bersih sanubari , anugerah cinta yg dikurniakan ALLAH SWT tidak terungkap keindahannya yang masih belum puas diterokai oleh manusia , cinta itu datang dari mata turun hati , cinta haruslah diharungi dengan keimanan yg teguh kerana cinta merupakan hadiah yang tak ternilai harganya, kasih sayang antara 2 insan membuatkan manusia seolah-olah berada di alam fantasi yg penuh dengan kebahagiaan dan keindahan yang dinamakan syurga duniawi tetapi jangan engkau merosakkan cinta kerana cinta itu bahagia dan bukan hanya nafsu semata-mata.

BANGGA DENGAN TRANSFORMASI KERAJAAN 1 MALAYSIA




TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJJ
Perdana Menteri Malaysia Pertama
1957- 1970
Bapa Kemerdekaan Malaysia


TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSIEN
Perdana Menteri Malaysia Ke-2
1970-1976
Bapa Pembangunan

TUN HUSSIEN BIN DATO' ONN
Perdana Menteri Malaysia Ke-3
1976-1981
Bapa Perpaduan


TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ke-4
1981-2003
Bapa Permodenan


TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
 Perdana Menteri Malaysia Ke-5
2003-2009
Bapa Pembangunan Modal Insan

DATUK SRI MOHAMAD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia Ke-6
2009 - Sekarang
Melakar Transformasi Kerajaan Ke Arah Pemacu Permodenan Malaysia


Wahh !!! Bangganya aku dengan kejayaan Malaysia baru baru nie..Dengan program transformasi ekonomi (ETP) dengan merencana pelbagai inisiatif untuk memajukan Malaysia kearah Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu telah byk mengubah Malaysia dari masa ke semasa. Apa tidaknya? Malaysia kini gah dipersada dunia dek kerana inisiatif transformasi kerajaan Malaysia kini. Malaysia kini sedang berusaha mencapai wawasan itu . Kita juga berdaya saing dengan negara2 lain yang juga sedang ingin membangun bersama mencapai matlamat yang satu. Sama2lah kita berusaha agar kita boleh mencapai matlamat yg diidamkan pemimpin berwibawa. Insya Allah....

KELUARGA BAHAGIA

ni mak saya....
Ni adik kedua, Nurun Nazua, darjah 2, SK Taman Jana
Adik pertama Aku, Muhd Ismadanial Muaz, Tingkatan 3, SMK King Edward VII


ADE ORANG CAKAP MUKA AKU SAMA DENGAN ARWAH ABAH
NILAI LAH SENDIRI YERK....
ALLAHYARHAM HJ. BAHARIN BIN MUSLIM (1969-2008)


Em..ayah aku dah takde....die meninggal sebab kanser paru-paru...tahun ni genap lah 3 tahun arwah tinggalkan kami sekeluarga. walaupun dia daH tiada dipandangan kami, tapi sentiasa diingati dalam hati dan fikira kami..Yang perhi tetap pergi.. yang hidup teruskan hidup.....

Mak aku lak sekarang bertungkus lumus kerja kuat nak sara kami 3 beradik....Yeala kan, anak yatim....semuanya atas mak..kesian jugak aku tgok mak tue...tapi nak wat camana, apakan daya......Hanya iringan do'a jelah yg dapat membantu..Insya Allah.,...

          Adik pertama aku ni(Muaz) , agak lain sikit bahasanya...die nia ala-ala arwah ayah aku dulu... perangai die Masya Allah...kalau dengan aku ... memang lain laa....em...agak kerek laa...oooiii...suke melawan cakap ! ade jer yg tak kena...die jer la yang betul..em.....kdg2 geram...kdg2 kesian... Tapi lepas pemergian arwah abah, aku galas t/jawab yg diujiNya pada aku...yer laa....dengan sikap camtu, payah nak dibentuk sikit... haaa.....aku ni bukan cm abh...pantang kalau org melawan sikit...mula laa tgn tu.,....eeeiii !! rasa nak _______jer!!! tapi, w/pun die cmtu, perasaan syg dan prihatin die pada aku ade jugak....em...ade jugak die cakap kalau nk kuar(mak cerita) mesti die nk kuar ngn aku..ngn mak boring katanya.. sebab mak tu asyik tengok lama2 , try2 lama2, last2 tak beli pun... smpai kadg2 1 post tu pun ade dlm 40 minit !!  mahunye die tak ngamuk !!?? Muaz. muaz...hahahahahaha.....

           Yang adik ke dua(Wawa) aku ni lain lak ragamnya...addooiii !!! jenis nak menang jugak !! em...budak2...bese laa kan.....em....asyik2 kita jee yg terkena balik.....em...entahla..... Tapi yg ni senang dengar kata, senang dengar cakap, mudah jer nak didik...Alhamdulillah..yer laa...kecil lagi...memang laa senang kan.....Takut besar nt laa...em......tp die ni byk lak songeh! bila aku takde*(mak cerita) takde la pulak makan nak bersuap ker, nk mx tu, mx ni, tp bila aku balik jer..haaa...semua balas dendam...apa yg die nak, time tu laa mx kat aku...hahaha...wawa, wawa......


Isnin, 7 Mac 2011

ADIK YANG AMAT AKU SAYANGI

MOHAMAD HAZWAN 
Tingkatan 4


MOHD ADLI BIN AZMAN
13 tahun
Seremban

MUHAMMAD SYAFIQ SYABIL
Tingkatan 5

MUHAMMAD AKRAM
Tingkatan 1


PUTERA SYAHME NUR IMAN
Tingkatan 1


MUHAMMAD AIMAN
Tingkatan 5


 MUHAMMAD SYAHMI


MUHAMMAD HAFIZ
Tingkatan 5

ALIF HAKIM
Tingkatan 2



Nie laa adik kesayangan aku yang mambuat aku happy dan ceria bile bersama diorang.....kadang2 rindu giler kalau tak jumpa dengan diorang nie lama2.....hahaha...aku ni kan suke mengusik..so sebab tu laa aku happy go lucky jer...adik2 aku nie sentiasa memberi sokongan dari belakang dlm ape pun bidang yang aku ceburi... So, dah terjawablah kan segala 1001 persoalan yang terpendam di lubuk hati? Inilah 8sahaja yang aku rindu sekali apabila berjauhan. Kalau aku balik Taiping, mesti aku nak jumpa diorang...