Isnin, 19 Disember 2011

KEHIDUPAN AKU SEBAGAI SEORANG GURU

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Kali ini aku malas nak ber''mukadimah'' panjang-2. Hahaha... Penat laa menulis... Yer laa kan sejak-2 dah jadi guru tuisyen nie... Penat jer.. busy jer memanjang......... Dah rasa macam guru betul je rasa... Huhu.. ~

Errm... kelas aku bermula sejak 27 hb 11 yang lepas. Kira-2 secara kasar hampir sebulan dah laa aku jadi guru tuisyen ... Huhh !! Penat wwhoo ~~ Ingatkan takde laa susah mana, rupa-2 nya susah jugak.. ermm... Takpe laa. inilah dia cabaran bagi aku... Errm... Mula-2 kalau ikut perjanjian aku ni kena ajar budak tahun 4 SAHAJA. Tapi mungkin dek kerana rezeki aku, aku kaut dari TAHUN 1 hingga TING. 2. Haaa ! Maunya tak penat ?

Memang perangai budak-2 sekarang berbeza dengan zaman dahulu... Yerlaa zaman dulu takde la budak-2 nak pakai gadget canggih-2 macam sekarang nie,. Huhh ! Mengalahkan aku sebagai cikgu, ade yang pakai i-Pad, i-Phone hp pintar dan mcm-2 lagi laa... Penat whoo tengok budak-2 zaman sekarang nie... Memang berbeza !

Errm.... budak-2 sekarang ni kalau cerdik, memang cerdik sangat. Tapi kalau dah tak berapa cerdik tu, memang tak cerdik sungguh.. ! ahahaa !! Uiissyy... Tak baik aku cakap mcm tu...Memang tugas aku untuk mendidik diorang. Ahah... Lupa pulak !! Errm..... setakat dalam cuti sekolah ni, aku ada hampir 40 orang murid dari tahun 1 hingga tingkatan 2. Takde laa ramai sangat, tapi memadai laa kan sebab time cuti sekolah nie, bese laa tuu.......ramai parent yang ajak berjalan..

Dan dengan tak semena-2 orang sekeliling aku dah mula panggil aku 'Cikgu Amir'. Hehehe... Terasa macam dihormati pulak. Bukan apa, aku dah rasa macam aku ni cepat mesra dengan budak-2. So takde pape laa yang nak dihairankan. dah mmg aku rapat dan suke budak-2. Hehehe...

Jadi rasanya setakat inilah aku nak ceritakan perihal aku sebagai guru sejak akhir-2 nie. Nanti kalau ade pape lagi, Insya-Allah aku akan ceritakan lagi. Bukan apa, sekadar nak berkongsi, bukan untuk berlagak. Support la saya yer... Segala kesilapan dan kecuaian tu datangnya daripada aku sendiri dan segala kebaikan itu datangnya daripada kuasa Illahi , iaitu Allah SWT. Wassalam......