Rabu, 6 Jun 2012

JOHOR BAHARU BANDAR RAYA BERFENOMENA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Harap kesemua pengikut blog saya sihat wal'afiat di samping keluarga tercinta.








Alhamdulillah, dengan perkenan dan limpah kurniaNya , serta inayah dan izinNya dapatlah saya menulis semula blog yang hampir 'bersawang' ini. Al-maklum laa kan... Semenjak dah jadi guru sekolah dan guru tuisyen ni, masa amat terhad. Kadang-2 sampai tak sempat nak menjenguk langsung kearah laptop ni. Hehehe ~~

Saja jer laa nak cerita.. Kali ini aku nak menceritakan pengalaman saya ke Johor Baharu , atau lebih tepat lagi ke Skudai, Johor. Ehem-2 ~ Nak buat apa? Maklum laa kan,.. Iris II kan belajar disana. Eh.. Kat mana? Kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) laa.. hehehe ~~ Dia yang suruh aku kesana kalau nak jumpa dia. Emm.. Aku pun lama dah tak berjalan-2. Apa lagi kan, buat keputusan yang cepat dan padat, aku pun terus setuju untuk kesana.

Mulanya nak kesana sorang-2 jer. Tapi, ada sorang member ni nak join, Nama dia Shah Nazirul. Haa.. ~~ Dia join laa aku kesana. Errmm.... Kami ke sana dengan menaiki bas ekspres pada jam 11.30 malam bertarikh 31 Mei 2012. Alhamdulillah, 6 jam perjalanan, kami selamat tiba di perhentian bas Seri Putri, Skudai pada pukul 5.30 pagi , 1 Jun 2012.

Telefon Iris II, suruh dia jemput aku dengan Shah, tak lama kemudian, memang dia datang. Wahh ~ ! Lega betul rasanya, Ahh ~~ Penat betul. Kami berdua terus dibawa ke Hotel Mega disekitar kawasan UTM sahaja. Lepas je check-in , aku dengan Shah masuk kedalam bilik. Ahhh ~~~ Lega betul . Kami tertidur sampai jam 11 pagi. Hehehe ~~

Dah tersedar yang kami nie tertidur tadi, maka badan dibersihkan dengan kesegaran-2 yang ada. Hehehe ~~ Sempat lagi laa kami berdua bersiar-2 di Jaya Jusco yang terletak betul-2 dihadapan hotel kami menginap itu. ada laa dalam 1/2 jam kami disitu, Iris II call nak ajak keluar. Dia kata dia nak mai ambik kami berdua, terus bersiar-2 di luar. Maka, dengan itu, kami semua terus bergerak ke Plaza Angsana Johor Bahru . Ahh ~~ Lapaq pulak perut nie ! Jom pergi makan dulu ~ hehehe ~~ cari punya cari, JUMPA ! Makan dekat food court kat Plaza Angsana tu.

Bila kami usya-2 makanan kat sana, ADOI ! Mahalnya ! Seketul ayam sampai RM 4.00 ! Huhh !!! Aku tak kesah sangat laa kan.. sebab memang aku ade bajet lebih untuk kesemua perbelanjaan aku kat sini., Tapi kesian pulak aku tengok Shah. Makan ala kadar sahaja, semata-2 untuk berjimat-cermat. Hehe ~ Dah habis makan, kami ke panggung wayang, ermm ..tengok cerita 'Man Sewel Datang KL'. Hahaha ~~ Memang best ! Tak menyesal kami !!

Kemudian, kami terus ke Bazar Karak yang terletak kira-2 10 KM dari Plaza Angsana tu. Jalan-2 kat kawasan tu pulak.Tempat dia saling tak tumpah macam uptown kat KL tu. Tapi, memang BEST !!! Kalau aku ade bajet lebih, memang aku beli banyak benda kat sana ~~ ! Eeee~~ Geram koott !!!

Habis tu, kami segera laa balik hotel.Penat betul rasanya. Ya Allah ! Lenguh giler rasa kaki ni. Rasa macam nak patah ~ Haha ! Esoknya , pada kari kedua kami disini, Iris II ajak kami berjalan-2 bermain boling, berkaraoke, jalan-2 kat Hutan Bandar JB, ke Danga Bay, Zoo Johor, Persada Johor, Pantai Persempadanan JB-Singapura , Puteri Harbour Kota Iskandar, Mall-2 yang tersohor. Tak semuanya laa yang aku boleh cerita disini. Yang pasti, memang aku seronok disana. Shah pun enjoy disana. Ehem-2 ~~ Ada Ayu laa katakan~~

Masa yang TIDAK dinanti-2 pun tiba. Kami berdua seharusnya pulang ke Taiping, Perak semula untuk meneruskan semula urusan-2 kerja rasmi kami di tempat asal. Sebelum bertolak pulang, aku ada jumpa dengan Hanafi , budak PRS Kebangsaan 2008 dulu. Macamana dia dulu, macam tu jugak laa dia sekarang. Alhamdulillah.. Kami pulang dari JB ke Taiping dengan menaiki bas Star-Mart Ekspres pada jam 11.30 malam, 3 Jun 2012. Sesungguhnya pengalaman ke JB ini amat bermakna buat Iris Bahdshah. Sekian.