Selasa, 9 Ogos 2011

GENAP 10 HARI DI BULAN RAMADHAN

Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari ke-10 kita berada di bulan suci, bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1432 Hijriah, 2011 Masihi. Sedar tak sedar, tinggal 19 hari sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Fuhhh !! Tak sabar rasanya mahu beraya tahun ini ! Mana taknya, macam2 perkara yang dirancangkan menjelangnya Aidilfitri kali ini. hahaha....!! 

Amacam anda semua ? Sudah bersiap-siap ke nak menyambut kedatangan Aidilfitri kali ni? dah beli persiapan raya? Baju raya? Songkok raya? kuih raya? tiket balik kampung? tambang balik beraya? duit salam raya? hehehe.... begitulah hendaknya lumrah manusia. Belum lagipun sampai ke pnghujung Ramadhan, sudah sibuk mahu membuat persiapan raya. Itulah dunia. Dunia yang semakin gah dan makin terhakis dengan adat dan budaya turun temurun nenek moyang kita.

Untuk raya tahun ni, kami 1 Famili bercadang mahu me''warnai'' suasana Aidilfitri kali ini dengan warna Oren. Huh !! Meletop sangat !! Hahaha.... Dan untuk tahun  ni jugak, aku memilih tema ''simple and verstyle'' untuk digayakan pada Aidilfitri nanti. Hahahaah,...!! Demand tak?? Baju raya tahun ni, aku cari yang simple sahaja. Taknak laa ikut sangat trend2 ni... takut nanti, di masa kan dtg, org lain dah tak pakai , kita jer duk sibuk2 pakai lagi baju tu.. Ha !! Kan dah ketinggalan zaman dah org kata !! Baik aku beli baju dan seluar yang ''tak lapuk di hujan, tak lekang dek panas''. Kan mudah ? Jimat pun jimat. Boleh dipakai sepanjang masa, tanpa mengira tempat dan budaya. hahahaha..!! Khelasss gitu !!

Ehh !! Nak cerita pasal puasa sebenarnya... Melalut sudah... hahaha..Maaf2.... !!! Erm... puasa tahun ni pada aku agak mencabar laa jugak kan, sebab yang pertama adalah faktor cuaca yang tak menentu, yang kedua, faktor tempat yang berbeza. yang ketiga, faktor kawan2 yang mendampingi, yang keempat, faktor keluarga yang berbeza pendapat nak beraya dimana, dan sebagainya laa... Malas pulak nak taip panjang2..maklum laa kan...org berpuasa.. penat... letih...... hahahaha !!!! Apa2 pun, suka aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Selagi ada peluang, rebutlah peluang keemasan membuat segala amalan sunnah dan sunat selagi terdaya di bulan 1001 rahmat ini dan cuba anda renungkan seketika mungkinkah kita akan hidup lagi di bulan ramadhan tahun hadapan? ................................