Jumaat, 2 Disember 2011

CARTA KEDUDUKAN UNIVERSITI TERBAIK DALAM MALAYSIA DI TAHUN 2011

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Yer.. Bertemu lagi kita yer?? Alhamdulillah.. kerana diberi kesihatan yang baik, dilimpahi kurniaan dan rezeki yang banyak. Syukur kita ke hadrat Allah SWT.. 

Kali ni, saja jer laa nak bagitau kawan-2 aku yang berikut aku senaraikan ranking universiti / universiti / kolej / institusi berdaftar mengikut kedudukan terbaik dalam Malaysia 2011.

  1. Universiti Sains Malaysia (Rank dunia: 629)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (Rank dunia: 694)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Rank dunia: 731)
  4. Universiti Putra Malaysia (Rank dunia: 771)
  5. University of Malaya (Rank dunia: 788)
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
  66.  

  1. Haa.... dah dapat semua?? Jadi, puas hati semua?? Salam 1Malaysia.

    Khamis, 1 Disember 2011

    PILU, RESAH, SEDIH, HIBA, KECEWA

    Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada kesemua umat Islam seluruh dunia, khususnya kepada warga 1Malaysia. Bersempena dengan Ma'al Hijrah ini, sama-2 lah kita pertingkatkan lagi iman dan perbanyakkan lagi ibadat serta ketaqwaan kepada Allah SWT agar hidup mati kita diredhai Allah yang Maha Esa.

    Salam junjungan besar untuk Nabi Muhammad SAW, utusanNya yang ikhlas dan bersedia memangkin kegemilangan demi pertahankan agama Allah SWT ini, Islam yang suci. Syukur ke hadirat Allah yang Maha Esa dengan limpah dan kurnia-Nya, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, kerana masih dipanjangkan umur, dan mengurniakan tenaga untuk terus melakukan pekerjaan seharian.

    Realiti manusia. Terkejut !! Dengan pemergian Allahyarham Encik Ahmad Mustafa , Penolong Kanan Kokurikulum SMK King Edward VII, Taiping pada akhir persekolahan lalu bertarikh 18 November 2001 diikuti dengan Allahyarham Muhammad Khairul Anas, bekas pelajar tingkatan 1-2 di SMK King Edward VII ini pada 1 Desember 2011 (kini berusia 15 tahun) menemui Illahi semuda itu.

    Inilah dia hakikatnya. Manusia ditarbiahkan dengan pelbagai ilmu sejak dilahirkan lagi. Bukankah sistem pembelajaran itu juga disuruh Rasulullah SAW dengan mengatakan, ''tuntutlah ilmu hingga ke negeri China''. Apa maksudnya ini? Dalam ayat itu jelas sekali Rasulullah SAW menyuruh umat baginda untuk terus belajar hatta jauh sekalipun berbeza dengan petikan lain iaitu, ''tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad''. Ini juga jelas menampakkan bahawa dari mula kita dilahirkan, inilah dia suatu kualiti dan kuantiti untuk kita terus belajar, belajar dan belajar.

    Bukanlah isu ini yang saya nak katakan disini, tetapi kita sepatutnya belajar menjadi seorang insan yang baik dan berhati lembut. Ini akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan sama ada di dunia ataupun diakhirat kelak. Bukan apa, kadang-2 kita sendiri terlepas pandang. Adakah dengan mendengar berita kematian daripada seseorang, kita terus berasa insaf, hanya untuk seketika, bukan kekal. Untuk menunjukkan simpati kepada keluarga si mati. Kita tak sedar kadang-2 kesilapan kita sendiri itu juga kita simpan dek kerana keegoan yang mengawal kesemuanya. 

    Adakah dengan mengatakan, ''salam takziah kepada keluarga...'' ataupun dengan lafaz ''Innalillahh.....'' itu membuatkan kita sedar sepenuhnya? Tentu YA jawapannya bukan? Tetapi untuk seketika. Kerana apa? Kerana yang pergi dijemput Illahi itu bukannya kita. Jika kita? Adakah kita bersedia? Adakah cukup amalan soleh yang kita buat selama ini untuk menghadapNya yang Esa? Seharusnya kita sedar, kita hanyalah hambaNya yang kerdil. Di mata Allah SWT, kita semuanya sama. Tiada besar, tiada kecil hatta berpangkat Tan Sri, Datuk, Tun , Yang di-Pertuan Agung sekalipun, Allah hanya akan memilih ''kekayaan'' amalan didunia yang kita ''cucuk tanam'' di ''padang'' dunia itu.

    Sesekali pandanglah jua kekhilafan diri, Jangan ego semata-2 mencari kesenangan dunia tetapi tidak di akhirat. Ketenangan jiwa lebih penting daripada kemewahan harta dunia yang takkan kekal abadi. Apalah salahnya jika kita memandang perkara ini dengan serius dengan mengatakan ''AKU MAHU BERUBAH. AKU SEDIA MEMAAFKAN MUSUH-MUSUH AKU. AKU SEDIA KEMBALI KEPADA-NYA YANG ESA''

     Allahyarham Khairul Anas


     Allahyarham Ahmad Mustafa



    Allahyarham Abdullah Zubair

    Sebelum mengakhiri wadah kali ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Allahyarham Cikgu Zubair yang kembali ke rahmatullah pada bulan April lepas, seterusnya kepada Allahyarham Cikgu Ahmad Mustafa yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 November lalu, dan yang terbaru bekas junior saya, Muhammad Khairul Anas yang tepat jam 12.00 t/malam 1 Desember 2011 kembali kepada penciptaNya. Semoga Roh kesemua Allahyarham ini ditempatkan dalam kalangan orang-2 yang beriman dan dicucuri rahmat daripadaNya. Assalamu'alaikum WBT dan Salam Takziah. =(