Khamis, 14 Julai 2011

ULANGTAHUN KE-100 CATATAN DI BLOG PUTERA SHAH A-AINA


Dup dap, dup dap. Pejam celik, pejam celik, taip punya taip saban hari maka tak sedarlah pulak sudah mencecah 100 catatan sudah aku karangi. Wah.. !! Tak disangka-sangka. Banyak jugak ye ?? Bukan tak sangka sebab apa, sebab blog ni antara blog yang baru yang dibuat. Yela, kelahirannya sejak 14 Februari 2011 lalu yang pada aku amat ''muda'' dan amat baru untuk mencapai angka sebesar itu. Hahahaha.. !! Walau tak sangka macamana pun, ianya tetap sudah sampai ke angka melebihi 100 catatan ! Cuma aku je yang tak sedar. Aduhai.... Maaf ye.... 
  Nak cerita sikit laa pasal blog ini dari awal hingga sekarang. Pada mulanya, nama blog ini adalah PUTERA AMIR NUR AIMAN , Gabungan nama Aku, Putera (adik angkat yang aku sayang sangat2) dan Aiman. Kemudiannya, aku tukarkan pula kepada PUTERA AMIR yang menggabungkan hanya dua nama iaitu aku dan Putera. Tetapi, untuk tidak membuatkan semua adik-adik angkat aku terasa hati, maka aku gabungkan kesemua sekali , maka lahirlah PUTERA SHAH A-AINA yang menggabungkan kelapa-lapan adik angkat aku yang aku amat rapat. Pada mulanya, blog ini dicipta se''simple'' yang mungkin.Yer laa.... manalah aku pernah buat blog kan. Dan lagi satu, manalah nak reti cari2 maklumat ttg update blog ni kan? Tu yang aku buat simple je. Sekadar boleh dibaca , sudah. 
  Asalnya blog ni adalah dari idea Adik Aku, Putera Syahme Nur Iman bin Rosli. Dia tanya aku, ''abang, abang ade blog tak? kalau ade follow laa blog adik...'', aku jawab laa takde kan. Kemudiannya dia balas, '' alaa.... buat laa blog abg... sekurang-kurangnya apa yg kita nak lepas tu, kita lepas kat blog.. takde laa abg  rasa tension sangat.,,''. JAdi, saat itu lah aku bermula membuat blog ini dengan catatan pertama, PERMULAAN yang bergambarkan LOGO 1MALAYSIA. 
  Kemudiannya, aku mengambil inisiatif untuk menterjemahkan idea-idea dalam konteks bahasa dalam blog ini. Aku sumbangkan idea mengarang seberapa banyak yang boleh tentang gaya bahasa yang syahdu dalam penulisan aku. Aku garapkan penulisan yang baik dalam sisi kehidupan seharian aku, malahan aku sendiri tenang jika membacanya semula. Dari hari kehari, aku terus dilimpahi dengan idea. Sokongan dari kawan-kawan juga membuatkan aku lebih berasa yakin dan lebih memeranjatkan lagi, aku juga mendapat perhatian daripada bekas guru aku di SMK King Edward VII, di SMK Dr. Burhanudin mahupun lecturer di tempat aku belajar sekarang. Alhamdulillah aku cuba usahakan untuk menyuruh kenalan2 aku membaca dan tenang ketika membacanya. Ade juga sampai mengalirkan airmata. Yerlaa.. yang diluahkan adelah isihati yg tersimpan didalam. Manakan tidak sampai keluar airmata.
   Aku terus mengambil langkah profesional dengan memperkenalkan blog aku di facebook dan twitter. alhamdulillah. Sambutan yang agak menggalakkan. Blog ini juga tidak kurang dengan kehidupan antara dunia dan akhirat. Aku memasukkan seberapa banyak fakta yang tepat untuk disampaikan kepada rakan-rakan yang selalu membaca blog aku ni. tetapi setakat ini, yang baiknya tentang blog aku ni, AKU TAK PERNAH COPY AND PASTE , Inilah keunikan yg ade dan mungkin juga disebabkan inilah ruangan pembaca aku meningkat dari masa ke semasa. Inilah die serba sedikit tentang blog ini. Tiada lagi rasia yang disimpan untuk blog ini. Jadi , terima kasih laa kepada semua yang memberi sokongan dan membaca isi hati yang terkandung. ada juga yang bertanya selepas membaca blog aku ni, ada juga yang datang mahu menolong, ada juga yang bersimpati dan banyak lagi karenah rakan-rakanku selepas membaca blog ini. Apa-apa pun terima kasih kepada anda semua !!!