Khamis, 12 April 2012

ROMEO DAN JULIET, SEIRING DAN SEJALAN





Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar? Sihat ker? Dah makan? Kalau belum, pergi laa makan dulu yaa? Kalau sakit nanti sapa yang susah? Haa.... Kan menyusahkan diri sendiri dan orang lain, ye tak??

Haa.... Saja nak cerita bahawa aku hari ini terasa gembira yang amat sangat ! Hahaha .. Nak tau kenapa? Sebab IRIS BAHDSHAH boleh bertemu hari ini. Haa... Ayu dengan Iwan pun ade jugak taw ! Haa,, maka jadilah kami 2 pasangan berdating ! Hahaha.. pengalaman yang amat best yang pernah aku lalui !

Kami berjumpa di Ipoh, Perak. Terus ke Jaya Jusco menaiki bas. Haa... Dalam bas aku duduk sebelah Iwan. Macam-macam laa cerita yang aku dapat masa beramah mesra dengan Iwan. Tak sangka orang yang dikatakan diam seribu bahasa ni petah jugak bicaranya ! Tak kering gusi aku sembang dengan dia.

Sesampainya di Jaya Jusco , kami gi makan dulu. Huh ! Makan KFC ! Emm.. malas nak fikir-fikir laa.. Lagipun nak kejar masa lagi. Ah ! Makan jela kat situ. Hehehehe... Erm....... dah habis makan, kami pergi jalan-jalan menuju ke panggung wayang. Sampai kat panggung wayang , tiket dibeli. Ah ! Awal lagi. 

Sementara tu, aku pun ajak diorang pergi karaoke, erm.. diorang OK je. Sampai kat atas, tengok tempat karaoke tu penuh, kemudian pelan pun bertukar kepada bermain boling. Wah ! Iwan menang beb ! Aku kedua , Tiha ke-3 dan Ayu ke-4. Hahaha... Memang seronok time tu. 

Dah puas main boling, kami terus pergi ke panggung wayang. Cerita Titans. Agak best laa jugak. Haha... Kami lewat dalm 15 minit masuk sana sebab main boling punya pasal. Hahaha.. kelakar-2. Erm........ Dah habis tu, kami pun jalan-2 sekitar JJ tu. Hampir sejam jugaklaa kami berjalan-2. Tak lupa,gambar mesti diambil! Hehehe..

Setelah itu, jam menunjukkan angka 5.00 petang. Kami semua membuat keputusan untuk pulang ke daerah masing-masing. Untuk lebih pantas ke bus stand, kami naik teksi. Sampai di bus stand, kami pun berpisah. Aku nak bas jam 5.30 petang. Erm.. Tinggallah bandar Ipoh yang mencipta sejarah dan nostalgia kami berempat. Hanya iringan doa sahajalah yang sentiasa terpahat dihati kami. Insya-Allah jika diberi ruang dan masa yg mengizinkan, kami akan berjumpa lagi. 

Okey laa.. setakat ni jer laa cerita aku, lain kali kalau ade apa-apa lagi, aku akan storykan dekat sini untuk perkongsian bersama. Sesungguhnya kami sememangany seiring dan sejalan dalam membuat satu tindakan, tak ubah seperti Romeo dan Juliet, Akhir kata, sambutlah salam 1Malaysia dari aku. ^_^