Ahad, 28 Ogos 2011

SALAM MERDEKA-RAYA 2011 !!

Assalamu'alaikum WBT , Salam Aidil Fitri, Salam 1Malaysia , Salam Merdeka-Raya !! Yaaaa..... !! Merdeka-Raya ! Meriah kan bunyinya ?? hahaha.... Tidak lupa juga kita kepada hari kebangsaan yang bakal tiba juga akhir bulan ini, sekaligus munculnya juga Lebaran yang ditunggu-tunggu.

Dalam pada kita membuat persiapan untuk menyambut Syawal 1432 Hijriah ini, jangan lupa juga negara kita yg tercinta bakal menyambut ''hari lahir'' nya pada sehari selepas Lebaran menjelma. Wahh !! Meriah sungguh !! Macamana laa agaknya yer dengan sambutan Merdeka-raya yer?? Selalunya kita akan dengar, Deepa-raya, tapi ni Merdeka-Raya pulak !! Wah ! Excited sungguh !!

Erm... Sedar tak sedar, kita sudah pun ke penghujung ramadhan al-mubarak, hari kebangsaan juga turut bersama - sama Aidilfitri utk kali ini da tahun ini . Aidilfitri bakal diraikan oleh kesemua umat Islam seluruh dunia yg telah berpuasa di bulan suci kita, Ramadhan Al Mubarak manakala Kemerdekaan Malaysia akan disambut oleh kesemua rakyat Malaysia yang majmuk, harmoni, dan aman damai. Wah !! Inilah dia keunikan Malaysia tercinta. Kesemua perayaan bebas dirayakan oleh kesemua penganut, tak kira bangsa, bahasa, budaya, adat, latar belakang mahupun pilihan parti politiknya, Malaysia yang aman dan sejahtera.

Tema kemerdekaan tahun ini adalah ''1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'' yang diuar-uarkan oleh media arus perdana sejak pelancaran bulan kemerdekaan 16 Ogos 2011 lalu. Waahhh !!! Di hari lahir ku pulak tu !!! Itulah dia tema yang dipilih oleh YAB Perdana Menteri kesayangan kita, Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau masih mahu menggapai cita-cita transformasi yang bakal mengubah corak pentadbiran kewangan, ekonomi , politik dan kadar kemasukan pelabur asing dalam negara kita. Alhamdulillah, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan beliau dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran dgn cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kebetulan pula, tarikh Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari selasa, bersamaan 30 Ogos 2011, sehari sebelum tarikh Malaysia mencapai kemerdekaan dan mendapat hak sebagai penduduk tetap, 31 Ogos 2011. Sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Lihatlah, betapa kukuhnya ekonomi yg dikecapi kini. Mana ada dalam sejarah mana-mana negara, hanya dalam tempoh masa yang amat singkat, boleh membangun dan berdiri di kakinya sendiri. Dalam masa itu, Malaysia telah banyak melahirkan atlet-atlet negara, sasterawan negara, angkasawan Malaysia yang pertama, bangunan pencakar langit, kemudahan LRT, pusat membeli belah yang amat selesa dan bertaraf antarabangsa serta banyak lagi yg tidak dapat saya tuliskan kesemuanya disini.

Alhamdullillah, akhirnya kita dalam 1Malaysia ini berjaya men''transformasi''kan diri kita agar bersatu dan berdiri teguh dalam kibaran 1 bendera. Akhir kata dari saya, selamat menyambut Merdeka-Raya 2011 !!! Assalamualaikum WBT  dan salam 1Malaysia !!