Selasa, 29 Mei 2012

TUGASAN PERTAMA MENJADI GURU PEMBIMBING

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia. Apa khabar kesemua pengikut-2 blog saya ini? Diharap semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik disamping keluarga tersayang, Insya-Allah. 



















Haa... Lama jugak laa tak mengarang disini. Al maklumlaa.. Dah bergelar guru ni, macam-2 cabaran dan dugaan laa yg kena hadapi, bak kata orang dulu-2 laa.. 'tak kenal maka tak cinta'. Dulu rasanya kalau tengok guru-2 kita ni, buat kerja macam tak buat jer. Yerla.. sanang semacam jer kan.. Baik tak payah buat, ye tak ?

Tapi sekarang, barulah nampak bahawa tugasan menjadi seorang guru itu bukannya mudah. Amatlah susah kalau nak dibandingkan dengan apa yg kita lihat dengan mata kasar. Huh ~ Seharian menghadap muka pelajar-2 di sekolah, karenah-2 diorang lagi yang kadang-2 rasa... eeeeiii ~~~ mahu jaa dibagi penyepak sorang-2. Tapi, itulah dia keunikan menjadi guru ni. Tahap kesabaran sebenarnya perlu dipupuk untuk melahirkan generasi yang bakal mencorakkan masa hadapan. Kalau kita pun 2X5 macam diorang jugak, macamana, yer tak ?

Haa.... Buat pertama kalinya laa kan, aku pergi ke perkhemahan dengan bergelar 'GURU'. Wahh ! Rasa bangganya tak terkata laa kan. Selalunya aku pergi kem, hanya bergelar 'Fasilitator Jemputan' , 'Penceramah Jemputan' , 'Mantan Presiden PRS SMKE VII' , 'Mantan Tim. Exco Penerangan Lembaga Pengawas' dan 'Bekas Pelajar SMKE VII' . Tapi kali ini, aku digelar sebagai 'GURU' di kem tersebut. Alangkah bahagianya diri aku ni ! 

Seperti kem-2 yang lain, guru-2 disana nampak aku punya kewibawaan dan kesungguhan aku untuk melaksana pentadbiran dan pengurusan untuk Kem Kepimpinan Imam Pelapis Muda pada 25-27 hb. Mei 2012 lepas untuk sekolah aku ni. Makanya, apa lagi, diorang terus usulkan nama aku menjadi Ketua Program yang mahukan aku merancang kesemua program disana, tak kira sama ada aktiviti luaran , mahupun dalaman. Alangkah terkejutnya aku !!

Masa disana, aku cuba untuk melakukan pelbagai transformasi dari segi nurani, sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan emosi. Aku ditugaskan dengan pelbagai kerja. Antaranya, memastikan pelajar-2 diurus dan ditadbir dengan baik, mengawal-selia para fasilitator jemputan dari ITP, merekod dan menganalisis dokumen-2 untuk hal-2 berkaitan dalam dewan mahupun luar dewan, mengurus tadbir rancangan pemakanan, dan menjaga keselamatan para pelajar, guru-2 dan ibubapa yang hadir. Huhh ~~ betapa beratnya tugas aku kali ini ~~

Alhamdulillah, kem yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam ini berakhir dengan jayanya. Aku rasakan bahawa inilah pengalaman aku PAAAALIIINNGGGG berharga dalam hidup aku kerana disinilah aku mengambil pengalaman sebagai peneraju yang utama disini. Aku rasa, kem ini takkan berjaya jika semangat kami sepasukan tiada dalam erti kata tidak sepakat tiada berkat. Keberkesanan dalam aktiviti ini merupakan motif utama kami melahirkan peserta-2 berdaya saing sama ada di tahap global mahupun seantero dunia. Sehingga kita bertemu lagi di masa dan ketikanya yang lain. Sambut salam dari saya, Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat. ^_^