Rabu, 19 Oktober 2011

ADIKKU BUKAN ADIKKU, SAHABATKU SETIA MENUNGGU

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan 1001 kemaafan kepada kesemua pengunjung blog saya ini. Mana taknya? Sudah hampir 1 bulan saya tidak meng'update'nya. Al maklumlaa... busy memanjang... 

Takper, kali ini saya nak cerita sikit pasal orang yang rapat dengan saya. Errm... Sejak akhir-akhir ni merekalah tempat saya bercerita suka dan duka, berkongsi pelbagai masalah dan saling bertukar-tukar pendapat. Mana tak nya. di musim cuti ini lah saya bertemu kembali sahabat handai di Taiping, Perak yang setia menanti kepulangan dan kehadiran saya. Oh ! Terharunya rasa.

Saya kali ini tak nak tulis panjang-panjang sebab kemalasan dan kecetekan idea buat masa ini, kah, kah, kah !! Antara yang menjadi penguat kepada saya tidak lain tidak bukan, bekas junior saya dari umur 13 tahun hingga ke 18 tahun. Inilah realiti kehidupan saya sekarang. Mereka ini saya telah anggap sebagai kawan yang setia memberi komen dan kritikan yang membina kepada saya. Sama seperti junior tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima. Masing-masing masih mengenali saya dan masih menghormati saya. Mungkin inilah kelebihan saya yang dianugerahkan Allah SWT. Syukur,...

Ini antara gambar-gambar mereka yang telah saya cantumkan kesemuanya. Kepada yang takde dalam gambar ini, jgn lah berkecil hati kerana gambar anda tiada. Gambar bukanlah persoalan sebenarnya. Yang ada ini hanyalah sebilangan kecil yang kini menjadi asa kepada diri saya. 



Saya rasa, anda semua dah tengok gambar ni di facebook. Saya telah lampirkan 4 hari yang lalu. Apalah yang saya ada , bukanlah wang berjuta ringgit, bukanlah rupa sekacak Nabi Yusuf, malah bukanlah saya punyai kebendaan mewah. Inilah hakikat dan realiti. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan mereka ini kepada saya untuk menjadi pendamping disaat susah dan senang, jatuh bangun saya, mereka jualah tempat saya mengadu masalah. 

Akhir kata dari saya, TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA. Sambutlah salam saya dengan penuh kasih dan mesra, ikhlas dan telus. Assalamu'alaikum WBT dan Salam Perpaduan.