Selasa, 21 Jun 2011

SIFAT LELAKI MENGIKUT PSIKOLOGI A HINGGA Z

Apa khabar semua ??  Baik?? Sihat ke?? Alhamdulillah.....haa.... kalini aku nak catat pasal rahsia yang ada dalam diri individu bergelar LELAKI atau KAUM ADAM dari A ke Z. Kadang-kadang sifat ni pun ada dalam diri pompuan.. Tak dinafikan......

A ~ ALA-ALA 
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ala-ala ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukanny apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini selalunya kita rasa mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah adik-adik . Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki2 gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.

B ~ BOHJAN
Hahaha... Kategori yang paling ditakuti masalah sosial yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingatkan, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata2 demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas! Bahaya !!

C ~ CEMBURU 
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah lebih2 itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing2 mengamalkan sikap mengongkong, sebab adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la...
 
D ~ DUGONG
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar haaa..., macam2 alasan yang dia bagi. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si lelaki tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur!

E ~ EMAS
Emas?? Apa tu emas?? Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki tua takde peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih2 lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain2 dengan kata2! Lagi mudah nak buat perempuan cair! Jaga2 !

F ~ FIDOFILIA
Harapkan pagar, pagar makan padi! Mintak dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang melampau terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya membahayakan org lain yang berada di sekelilingnya! Kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadinya kes-kes rogol terhadap kanak2!

G ~ GIGOLO
Ganas x bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistik dalam diri semata2. Sanggup mengggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.

H ~ HIPOKRIT
Depan lain, belakang lain! Spesies mcm ni memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini senag jer ! Mereka bijak berkata2, pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata2 yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang dikatakan! Depan kita, pijak semut pun tak mati, tapi bila di belakang kita hanya Tuhan yang tahu! Sebaik-baiknya usya dulu latar belakangnya sebelum tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.

I ~ INTELLIGENT
Berpendidikan dan serba-tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam linkungan topik apa pun, dia tentu bijak berbual tapi ada kalanya perlu berhati2 juga kerana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki, tapi hakikat dalam kehidupan macam itulah! Bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, mesti ada dalam diri setiap individu kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan?

J ~ JAMBU
Emmm..... boleh tahan ayu juga mamat ini. Hahaha!! Wekkss !! tapi hakikatnya memang wujud lelaki jenis yang mcm ni. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang2 agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!

K ~ KAKI KENCING 
Harap2 xdelaa ditemukan dengan lelaki yang mcm ni perangainya! Byk janji yang dibuat, tapi bila suruh buat, hmm.... faham-faham sendirilah! HAMPEH !! Kesimpulannya, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kalau terus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti!

L ~ LOYA BURUK
Niat mulanya nak jadi peguam tapi tak boleh sebab taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loya buruklah dia! Org mcm ni memang payah nak serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun! Selalunya mereka kerap menjadi penglipur-lara yang gemar membuat lawak, silap2 masanya, kerana loya buruk itu, boleh buat gaduh tau!!! Berhati-hati !!

M ~ MACHO

Waww!!! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang ''cool dan steady'' pasti menjadi perhatian setiap wanita. Kdg2 lelaki macho selalu  gunakan kelebihan yang ada dalam diri dia untuk tackle perempuan!! Tak kisahlah kalau dia ramai lebih dari seorang GF! Tapi, ramai pakar2 yang mengatakan, tak semestinya lelaki macho itu tampan!!!

N ~ NANGIS
Sakai gila la mamat ni! Sikit2 nangis! Macam perempuan lah. Kerana apa ? Mungkin hatinya selembut sutera. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot! Namun harus berhati2 juga kerana mungkin mamat tu berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih sinpati! Awas, jangan mudah terpedaya dgn lakonan pentas dunia!!

O ~ OPSS
Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul t/jawab dan suka melepaskan diri sendiri! Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P ~ PERASAN
Akulah yang paling hensem kat sini. Hahahahaha !!! Kalau dah namanya perasan, sememangnya telah tertulis di otak bahawa dialah yang terbaik! Kalau duduk kat mana2 pun, lebih lebih lagi di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya. Eii !! Perasannya !!!

Q ~ QUALITY CONTROL
Semuanya nak perfect baik dari segi penampilan mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya! Memang bagus jika bertemu dengan spesies jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri! Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak high taste.

R ~ RILEKS
Cool dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini sebab sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu2 sebaliknya dia akan berfikir panjang sebelum bertindak!

S ~ SYOK SENDIRI
Kes berat ni! Syok sendiri dikhuatiri menimbulkan sifat perasan. Lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasaan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijak mengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati seseorang yang diminatinya itu padahal dia tu syok sendiri ja! Hal ini  menyusahkan orang lain je...

T ~ TULEN

Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang terlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis2 di luar sana.

U ~ UNIVERSAL

Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya, lelaki yang tergolong dalam kategori ini senang dapat kawan sebab pandai  menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak pe'el !!
 
V ~ VOUGE
Wah!!! sentiasa menjaga penampilannya! Namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Memang tak dinafikan bahawa lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas! Ha, jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai! Pastinya yang mahal2 demi menjaga status.

W ~ WAS-WAS 
sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri ,lebih baik kita cuba elak. Perasaan was-was dtg bila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara! Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identiti dalamannya.

X ~ X-FILES
Misteri dan menjadi tanda tanya. Payah kita nak nilai peribadi lelaki misteri ini kerana sikap dia selalunya yang sentiasa berubah2 dan amat susah  untuk dinilaikan! Mungkin pasangannya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang sukar dijangka!

Y ~ YO-YO
-O
Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo-o ini. Disebabkan sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggungjawab.

Z ~ ZIBRA
Memang bahaya! Lelaki zebra atau hidung belang suka melakukan perkara utk  sebab2 tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dalam kategori ini lebih dikenali sebagai kasanova! Bahaya!


*Sekarang saku harap korang semua dapat tahu laa serba sedikit tentang sifat2 lelaki yang aku dah belajar selama ini. Insya Allah di masa lain pula aku akan kongsikan perkara yang lain pula yg dekat dgn diri kita ni. Insya Allah.....

RAHSIA PSIKOLOGI PERGERAKAN OTOT SEMASA BERSOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." 
 
Moga Anda Mendapat Manfaat Atas ketengan yang saya berikan untuk rentetan kali ini.