Rabu, 27 April 2011

1001 GAYA BERGAMBAR TERPILIH

Tuan tuan dan puan puan sekalian, hadirin hadirat, muslimin muslimat, saudara saudari dan seluruh umat manusia sekalian. Assalamu'alaikum Warah Matullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut pengikut setia blog aku nie, lebih - lebih lagi budak SMKE VII yang saya cintai dan saya kagumi. Tujuan saya menulis blog ini kali ini kerana ingin berkongsi pendapat dan pandangan menuruti apa yang telah saya pelajari. Apa dia? Ianya berkenaan dengan kehidupan kita kini yang tidak lepas daripada lensa kamera di zaman moden ini. Secara ringkas,saya akan cuba memasukkan elemen-elemen tertentu dalam gaya ber''posing'' semasa bergambar. Antara gambar terpilih adalah, 


GAYA TRENDY



GAYA STANDARD


GAYA SELEBRITI


GAYA FORMAL



GAYA ISTIREHAT


 GAYA SLUMBER



 GAYA PERSONALIS PERAGAWAN / MODEL



 GAYA TERKEJUT



 GAYA SPONTAN


 GAYA MAFIA


 GAYA PERAWAN



 GAYA BERSTAMINA


 GAYA SKEMA



 GAYA PEMIMPIN



 GAYA BIASA


Sebenarnya  banyak lagi  gaya yang ade. cume tak jumpa gambar yang  mahu dipertotonkan. Insya Allah , jika ade lagi contoh gambar , saya akan masukkan dan edit semula. Tapi, inilah gaya2 yang biase dalam FB / Twitter / Friendster / MySpace dan sebagainya. Yeah...!!! Semua gaya kita bergambar ini ade maksud yang tersendiri.

Selasa, 26 April 2011

MISTERI KEHILANGAN CIKGU ABDULLAH ZUBAIR KINI TERJAWAB

2011/04/26
Taiping: Guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, yang dilaporkan hilang selepas mendaki Bukit Larut kelmarin, ditemui mati pada jam 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusuf Md Diah, mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat guru terbabit.
-  Sumber dari laman web ini ( Berita Harian Online )


Berita Harian melaporkan hari ini ( 26/04/11 ) tepat jam 10.45 pagi tadi mengesahkan bahawa Cikgu Kesayangan Warga SMKE VII, Cikgu Abdullah Zubair yang telah dilaporkan hilang 2 hari lalu di Bukit Larut, Taiping telah ditemui dan ketika ditemui beliau dalam keadaan kritikal. Menurut sumber setelah beliau dijumpai, beliau telahpun meninggal dunia, dan polis mempercayai kematian beliau berlaku sekitar subuh / malam tadi.  Ini kerana , terdapat kesan ''injured'' di kepala arwah beserta tangan di sebelah kanannya patah yang kini masih disiasat polis apakah punca dan sebabnya. Cikgu Abdullah Zubair yang baru melangsungkan perkahwinannya tahun lalu telah meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil 4 bulan. Kehilangan ini dapat dirasai, lebih lebih lagi warga SMK King Edward VII, Taiping yang dalam lingkungan persefahaman antara pemain ragbi dengan arwah. Tidak lupa juga dirasai oleh isterinya yang bakal melahirkan cahaya matanya dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kehilangan besar ini merupakan lipatan sejarah terbesar yg terjadi di dalam memori dan pasca semasa dalam sekolah ini. Walaubagaimanapun, ketentuan Illahi tidak boleh disangkal lagi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala perjalanan hidup kita masing2. Kita hanya mampu merancang, Tapi, Dia Yang Esa menentukan segalanya2. Dengan kata2 terakhir dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdullah Zubair bin Ismail , saya juga menyeru kepada semua kenalan2 arwah, marilah kita menadah tangan memohon agar Allah SWT menempatkan arwah dalam kalangan orang2 yang beriman, Insya Allah.

ALLAHYARHAM ABDULLAH ZUBAIR BIN ISMAIL BERGAMBAR BERSAMA ISTERI



 HANYA KENANGAN SAHAJA



 KEMATIAN CIKGU ABDULLAH ZUBAIR DIRASAI WARGA SMKE VII



ARWAH BERSAMA CIKGU IZHAM RUSYADI DLM SUATU AKTIVITI PKBM


ARWAH BERSAMA TEAM RAGBI..


 GURU BERDEDIKASI...


 beliau mmg suke berada di fauna...



kenangan yg takkan boleh diputar semula....


kenangan semata2 kenangan....



TEKUN MENGAJAR....



AL-FATIHAH.....

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DALAM KALANGAN
ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

CALON CALON ''COUPLE'' YANG PALING SWEET

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh pada seluruh umat islam yang sudi mengunjung laman blog ini. Tak lupa pada kaum cina, india, sikh, iban, melanau, bidayuh, kadazan, bajau dan lain2 lagi. Salam 1 Malaysia!!  Wahh !! Topik kali ini aku nak ceritakan berkenaan dengan tragedi atau fenomena yang melanda anak muda masa kini. Apa dia? Ermm.. Apa yer? Haa.... Jawapannya adalah COUPLE !! Ramai dah anak muda kini majoritinya mempunya pasangan masing2.. Jadi, disini, hendaklah aku calon - calonkan pasangan mana yg paling manis dipandang. Berikut merupakan calon2nya..


CALON PERTAMA
Pezal dan pasangannya



CALON KEDUA
Afiq Faisal dan Umi



CALON KETIGA
Fareed dan Pasangannya


CALON KEEMPAT
Muhd Azri (Ja'e) dan Pasangannya



CALON KELIMA
Azhafifi dan Fatin



CALON KEENAM
Tengku Amir Putra dengan Puteri Iris



CALON KETUJUH
Nazmie dan Pasangannya


CALON KELAPAN
Khairi dan Pasangannya


CALON KESEMBILAN
Akmal Syafiq bersama pasangannya


CALON KESEPULUH
Ahmad Adib dan pasangannya.

Alamak!! Agak sukar nak mencari kawan2 yang berkapel lagi untuk meletakkan gambar diorang bersama! Tapi inilah yang dapat saya temui., Yaa...saya sudah meletakkan sekali dengan nama dan calon2nya. Manakah yang paling sweet? Adakah ia kena dengan pasangannya? Wahh... 9 kesemuanya pasangan  dalam pencalonan nie !! Payah jugak nak tentukan nie!! Kesemuanya sweet belaka!! Apa kata anda??

Isnin, 25 April 2011

KEHILANGAN MISTERI CIKGU ABDULLAH ZUBAIR DI BUKIT LARUT

''Kawan-kawan, sahabat, sedara mara Abdullah Zubair, minta kerjasama proses pencarian Zubair. Dia naik Bukit Larut, Taiping sejak semalam, 24 Apr 2011, jam lbh krg 10:30 pagi, tapi terputus perhubungan dan tiada khabar sehingga skang ni..Beliau naik sorang2..'' 
- Teks ini dikirim oleh kawan2 saya, guru2 saya di FB. Saya juga baru terbacanya tepat jam 5.00 Petang tadi (25/04/11). 
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI..maha mendengar...mari lah bersama2 kita mendoakan keselamatan cikgu abdullah zubair supaya dilindungi ALLAH.......warga smkke mennati kedatangan cikgu
3 jam yang lalu · ·


Ramai yang mendoakan Cikgu Zubair, Balik lah......


 Cikgu Abdullah Zubair (kanan) bersama isteri
 

Secara jujurnya, saya terkejut dengan kenyataan ini. Kehilangan Cikgu Zubair benar2 mengejutkan kami semua terutamanya warga SMKE VII . Dimana agaknya Cikgu Zubair? Adakah beliau tersesat jalan? Atau adakah beliau tertidur dalam perjalanan akibat keletihan?? Pelbagai teka teki yang bermain dlm pemikiran kita kini. Menurut sumber, beliau ke Hutan Simpan Bukit Larut petang semalam untuk beriadah seperti biasa yang dilakukannya sebelum ini. Tetapi, mungkin kerana kesilapan teknikal, beliau (mungkin) telah tersesat dan tidak jumpa jalan utk keluar. Insya Allah, sama2 lah kita mendo'akan agar beliau selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta dalam keadaan selamat sejahtera.