Jumaat, 19 Ogos 2011

FITNAH MENDATANGKAN KEMUDARATAN, PERPECAHAN DAN PERBALAHAN


Kini, penyebaran fitnah sangat mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan e-mel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah kosnya. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi dan meneliti setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah dan propaganda. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan pihak lain tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Suka saya memetik firman Allah yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Ayat Al-Quran ade juga menyatakan bahaw dosa membuat fitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Ianya terbukti pada Firman Allah yang berbunyi , '' Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.'' (Surah Al-Baqarah, Ayat 191)

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah diibarat seperti api yang membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ , 'kata orang', 'tempias-tempias' , 'dengar cerita' , 'gossip terkini' dan sebagainya nama-nama lain yang sama kedudukannya. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Apakah dia (pembawa cerita) pasti sehingga boleh membawa bukti dan saksi yang adil seramai 4 orang?

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Tidak takutkah kita kepada azab Api Neraka yang menyala-nyala di akhirat sana?? Adakah kita lebih besar dan tinggi daripada Yang Maha Pencipta? Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api. Wallahu'alam. Assalamu'alaikum WBT.

10 HARI LAGI MENJELANGNYA AIDILFITRI 1432 HIJRIAH / 2011 MASIHI


 
Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia ! Yayyy yaayy !! nak raya !! nak raya !! Hari Raya bakal menjelang tiba, Ramadhan pula bakal melabuhkan tirainya, tanda-tanda tahun 1432 Hijriah ini bakal sampai ke penamatnya, untuk bermula 1 Muharram 1433 Hijriah di awalnya, Ramadhan Al-Mubarak kini hampir ke noktah persemadiannya, dan Syawwal pula bakal menggantikannya.

Lidah terkelu tidak terkata apa-apa, raut wajah yang seakan-akan menayangkan perasaan hiba, tersepit diantara kedua posisinya, termaktub dalam lunak sanubarinya, malam yang pekat akan sedia memuncak, apatah lagi sang suria tinggi memacak, dikala perasaan yang tragis dan sadis membuak-buak, rentetan itu kini ku didalam gelojak.

Hehehe.... Sebenarnya saje je aku mulakan mukadimah dengan ayat-ayat yang puitis dan menyentuh perasaan. Takde ape-ape niat pun.. Saja kan, dah lama taak menggunakan ayat sebegitu. Al-maklum laa... Macam- macam benda nak disiapkan menjelang Aidilfitri 1432 Hijriah ini. Hehehe...

Punyalah panjang kan entry kat atas, tapi sebenarnya aku nak ceritakan yang kita semua bakal menyambut Syawwal kira-kira 10 hari sahaja lagi (mengikut kalendar Islam). Tertakluk kepada pindaan. Sebab tahun ni kita berpuasa 29 hari sahaja. Maka, hari ini sudah menjangkau ke angka 19 hari kita menjalani ibadah berpuasa, menunaikan Rukun Islam yang ke-3 ini. Waww !! Tak sangka kan? Masa begitu cepat berputar. Tanpa disedari juga, kita juga bakal menyambut kedatangan Aidilfitri ini dengan kemeriahan 31 Ogos 2011, Hari Kebangsaan. 

Huuu,..... Jalan-jalan walau dimana pun di sekitar kota kecil Taiping Bandar Warisan ini, ribuan orang yang berkeramun di sekitar bandar. Al-maklum laa.. Nak beli persiapan menjelangnya Aidilfitri nanti. Nak bergaya sakan laa agaknya. Hahaha... Banyak kedai-kedai baju seperti butik-butik terkemuka di Taiping, kedai-kedai baju biasa, gedung-gedung tersohor dan premis-premis yang termasyhur dibanjiri dengan kesemua golongan tak kira tua, muda, miskin , dan kaya memenuhi ruangan kedai itu untuk membeli persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Lebaran ini. Ada yang beli sarung kusyen, ade yang beli baju Melayu, ade yang beli t-shirt, ade yang beli seluar jeans, ade yang beli kuih raya, ade yg beli kasut, ade yang beli langsir, dan macam - macam lagi laaa yang tak dapat aku nak ceritakan semua. Terlalu banyak ragam manusia yang membanjiri bandar Warisan ini yer?

Tak kurang hebatnya di Mall yang paling popular di Bandar Warisan ini, iaitu Taiping Sentral Mall, diikuti dengan pasaraya-pasaraya The Store Taiping/Kamunting, Tesco, Giant, Econsave, dan pelbagai lagi yang aku tak pandai untuk menyebutnya. Tak kurang dengan jualan di Hypermarket dan Mall, tertubuh jua Gerbang Malam Raya (GMR) dan Down-Town Raya . Masing-masing mengeluarkan idea untuk memikat hati pelanggan agar tertarik untuk membelinya. Setahu aku la, GMR belum lagi beroperasi, tetapi ia sudah pun disediakan tempatnya iaitu di Deretan Hadapan Taiping Jaya, sepanjang laluan tersebut, kira-kira 56 buah gerai akan berpengkalan disitu selama seminggu yang akan datang ini. Berbeza dengan Down-Town pula, ianya sudah pun beroperasi sejak 2 minggu yang lalu bertempat di SK King Edward VII (1), Taiping. Wahh !! Kali ni agak menarik juga, kerana ia mempunyai beberapa bilangan gerai yang telah ditambahkan.

Antara kemeriahan Down-Town yang berada di Taiping Bandar Warisan.










Alhamdulillah, sesungguhnya, walau sekecil-kecil nama tempat itupun. Ade jugak ruangan membeli-belah yang sempurna, murah, berkualiti dan selesa untuk kita semua di Taiping Bandar Warisan. Lafaz kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerana memberi kesempatan untuk kita sama-sama merayakan Lebaran ini dengan gahnya. Dia sahaja lah yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Akhirulkalam, rasanya cukuplah karya aku kali ini, sekian sahaja setakat ini, mohon ampun jika terkasar tadi, segala yang baiknya datang daripada DIA yang Maha Esa, dan yang buruk itu datangnya daripada kecuaian dan kelalaian aku sendiri. Mohon ampun dan maaf yer. Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia !

Selasa, 16 Ogos 2011

SEMEMANGNYA DI HARI LAHIRKU INI MASIH ADA YANG INGAT

Assalamu'alaikum WBT dan salam junjungan kasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua kenalan-kenalan sama ada jauh atau dekat, sahabat-sahabat rapat mahupun yang di perantauan menuntut ilmu , saudara-mara, jiran tetangga, dan seluruh yang mengenali diri ini. Alhamdulillah, di usia ku yang menjangkau hampir 2 dekad ini amat ramai yang mengucapkan '' Happy Birthday'' dan ''Selamat Harijadi'' kepada aku. Syukur nikmat dan aku berharap hanya Allah SWT sahajalah dpt memberi kesejahteraan hidup pada diriku ini. 

Tidak lupa pada kesemua yang memberikan ucapan yang disusuli dengan lafaz kesyukuran, tanda kebesaranNya memanjangkan umurku , sejahterakan hidupku, bahagiakan hidupku, limpahkan rezekiku, terimalah segala amalanku, mendo'akan aku , dan sebagainya. Terima kasih semua !!! Inilah sahaja perkataan yang boleh diberikan sekaligus dengan seyuman yang mekar dalam sanubari yang abadi. Ucapan yang tulus ikhlas itu merupakan ucapan ter''MAHAL'' di dunia kerana ucapan itu sudah cukup membuktikan bahawa kita hidup di dunia ini bukanlah keseorangan, malah kita berteman walau dimana-mana sahaja pun selagi di bawah naungan kibaran bendera Malaysia tercinta ini.

Faktor kesuburan teknologi yang melanda dalam keghairahan manusia berlumba-lumba mencari kesenangan duniawi dan juga faktor kemudahan teknologi berasaskan internet, faksimili, e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS), media arus perdana, media massa dan globalisasi neutral menyerlahkan lagi  kemudahan untuk menyampaikan sesuatu ucapan secara pantas dan lebih rendah nilai mata wangnya. Itu tidak lagi disaratkan dengan medium teknologi  maklumat berasaskan media internet yang membuka ruang dengan ruangan blog, facebook, myspace, friendster, skype, yahoo-mail, yahoo-messenger dan pelbagai lagi ruangan laman web sosial. Tidak cukup dengan itu, kemudahan kini semakin merebak ke ruangan telekomunikasi yg hebat berteraskan kemudahan teknologi moden menerusi i-Pad, telefon bimbit wi-fi, netbook, telefon bimbit dan sebagainya. Mungkin kerana faktor teknologi moden inilah meyebabkan ucapan-ucapan yang dihantar menerusi pelbagai medium ini cepat dihantar, mudah dan murah. Dan keadaan ini mungkin perubah mengikut pasca-semasa era akan datang.

Dalam facebook saya, setakat ini saya menerima 118 ucapan hari lahir daripada seluruh kenalan yang ade dalam FB saya, 19 dar handphone , 12 dari myspace,  3 dari yahoo-messenger, 6 dari yahoo-mail dan 1 dari skype.  Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada juga yang memperingati hari lahir saya. Setakat ini saya menerima 7 hadiah daripada kenalan-kenalan, 1 daripada kekasih abadi, 2 dari adik angkat dan 1 dari famili. Alhamdulillah. Hadiah tu tidaklah bermakna apa-apa jika dibandingkan dengan kasih sayang yang kekal utuh dalam perasaan dan hati masing-masing, kan? Inilah yang aku rasa amat gembira yang teramat sangat. 

Ermm...rasanya, setakat inilah sahaja entry aku kali ini. Maaflaa yer kepada sesiapa yang menghantar mesej melalu handphone ke, FB ke, MS ke, E-Mel ke, selepas ini tidak terbalas. Mungkin dek kerana keadaan yang sentiasa sibuk dengan persiapan menjelangnya Aidilfitri ini. Hehehe..... Ok lah... Sekian sahaja dari saya, terima kasih, Assalamu'alaikum dan Salam Terima Kasih !!!

Isnin, 15 Ogos 2011

TERASA TUANYA MENJELANG ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-19 ESOK




Assalamualaikum WBT dan Salam Ramadhan Al-Mubarak . Waahh !! Kini kita sudah hampir ke kemuncak Aidilfitri 1432 Hijriah. Sudah 15 hari kita melalui bersama menempuh Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan ketuhanan semata-mata utk mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa, Pencipta Alam Semesta, Tuhan Seluruh Alam. Kini, kita telah pun tiba separuh daripada Bulan Ramadhan , Bulan Kesucian dan bulan yang dilimpahi Rahmat daripadaNya Yang Esa. 15 Ramadhan 1432 Hijriah, bersamaan dengan 15 Ogos 2011. Genap 15 hari kita menjalankan ibadah berpuasa di siang hari, menunaikan Rukun Islam Yang Ketiga.

Wah !! Bermakna , esok adalah tarikh dimana saya dilahirkan 19 tahun terdahulu. Ya ! 16 Ogos 2011 adalah hari lahirku yang ke 19 tahun !! Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim ! Aku bersyukur kepadaMu kerana sepanjang Engkau kurniakan kepadaku usia sejauh ini, Engkau kurniakan kesihatanku yang baik, keluarga yang menyayangi, sahabat-sahabat yang menyanjungi, saudara-mara yang memahami, pasangan ''couple'' yang mengerti, rezeki yang melimpah-ruah, dan selainnya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu atas kurniaanMu kepadaku selama aku melalui usiaku selama ini.

Bercerita  mengenai tarikh lahir ni, aku rasa yang paling diingati dan yang paling aku rasa dihargai adalah di tahun 2009, dimana aku berada di Tingkatan Lima pada ketika itu. Acara gilang-gemilang diadakan di dewan besar dimulakan dengan bacaan do'a, ucapan-ucapan guru jemputan yang hadir bersama meraikan aku, ucapan-ucapan kawan-kawan aku iaitu Mohd. Zaid, Mohd. Azim Hanifah, dan ramai lagi la. Kemudian diikuti dengan ucapan aku sendiri, seterusnya acara memotong kek. Itulah hari lahir aku yang paling bahagia yang aku rasa dalam hidup aku sepanjang hidup ini setakat ni. Tetapi, walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur hatta tidak disambut dengan sebegitu rupa lagi kerana aku tahu, aku bukanlah lagi warga SMKE VII yang aku cintai. Majlis itu dihadiri kira-kira 100 orang diwakili oleh seluruh warga Badan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sesi pagi dan petang , Lembaga Pengawas dan Disiplin (LPDD) sesi pagi dan petang, serta Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sesi pagi dan Petang. Itulah hari bahagia yang dikecapi sepanjang hari lahirku. Turut bersama, Tuan Hj Mohd Tamizi bin Mohd Amin, Encik Abdul Mutalib Bin Alias, dan Cik Nur Hidayah bt Abdul Aziz memeriahkan majlis ini.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil sepanjang kemeriahan majlis ini.














Setakat ini sahajalah entry aku kali ini, aku benar-benar berharap agar usiaku dipanjangkan dengan belas ehsan, bahagia dan rezeki yg melimpah ruah. Semoga Allah SWT memperkenankan do'aku ini. Insya Allah. Akhir kata , '' kejadian kita adalah sehina-hina dan sebusuk-busuk kejadian, kerana kita dijadikan dengan air mani dan air mazi. Ibu-bapa kita lah bertanggungjawab membesarkan kita, mengilmukan kita, memberi pendidikan agama pada kita, dan memberi kita kesejahteraan hidup dunia dan akhirat pada kita. Tanpa mereka, siapalah kita.'' Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia !!!

Ahad, 14 Ogos 2011

ALLAH SWT BERKEHENDAKAN YANG TERBAIK UNTUK SEKALIAN HAMBA-HAMBANYA

Assalamu'alaikum WBT , Salam Titian Silaturahim , Salam Mesra, Salam Rindu, Salam Sayang, Salam Kasih,Salam Perak Aman-Jaya, Salam Islam Hadhari dan Salam Satu Malaysia !! Entry kali ini saya dalam lapangan keadaan yang bercampur - baur sama ada gembira, sedih, dan macam - macam lagi. 

Amat pedih dan dukacitanya terasa apabila satu perkara yang tidak difahami oleh sesetengah pihak dimanipulasikan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Astaghfirullahal'azim. Cukuplah sekadar menyakiti, menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu kepada saya. Apakah silap saya sehinggakan anda berasa tidak puas hati? Kalaupun mungkin ada keterlanjuran kata, kesilapan langkah saya yang telah membuatkan anda mengguris hati dan perasaan, apakah kita tidak boleh selesaikan dengan cara bermusyawarah dan bertentangan mata? Takpela, memandangkan ini bulan Ramadhan yang mulia, bulan 1001 rahmat dan bulan kesucian untuk umat Islam seluruh dunia, saya dengan rela hati dan ikhlas memaafkan dan pintu hati ini terbuka untuk dibawa berbincang. Mungkin dibulan Ramadhan ini, Allah SWT membebankan aku dengan fitnah, dugaan, dan cabaran ini kerana ingin menguji aku dan kerana ingin meringankan bebanan dosa-dosa aku yang terdahulu. Masya-Allah. 

Perkara yang amat-amat membuatkan saya berasa hiba dan pilu adalah pihak-pihak yang tertentu menjadi dalang untuk memecahbelahkan talian silaturahim kami yang baik selama ini. Sejujurnya secara peribadi , dahulu bila saya berada dalam kelompok itu, saya tidak pernah pun menyindir, mengata hatta dibelakang sekalipun. Malah, saya tahu, itu bukanlah hak saya untuk berbuat demikian, kerana itu adalah sifat peribadi yang saya tidak campur-adukkan dengan kerja-kerja yang dijalankan. Saya tahu, ini terjadi berkemungkinan kerana salah faham, salah sangka, mulut-mulut pihak yg tak bertanggungjawab menyelaraskan agenda tersendiri. Saya akan cuba siasat perkara ini jika ia benar-benar berlaku. 

Seterusnya, saya juga berdukacita kerana akhir-akhir ini, saya telah dihantui dengan pelbagai insiden yang hebat. Ianya terjadi selepas ''peperangan'' yang ''dicetuskan'' oleh ''dalang'' tersebut. Saya amat berasa sedih dan kecewa kerana perbuatan tersebut. Masya-Allah. Dahsyat, memang dahsyat. Benar firman Allah di dalam Al-Qur'an menyebutkan, ''perbuatan memfitnah sesama manusia tidak dapat Aku maafkan melainkan manusia yang difitnahnya memaafkannya.'' Dan Hadith Rasulullah SAW bermaksud, ''tanda-tanda hampir berlakunya hari Qiamat adalah berlakunya penyebaran fitnah yang berleluasa.''

Dan yang terakhir, harapan saya adalah janganlah kita bermasam muka dek kerana bperkara yang belum dipastikan lagi kebenaran dan kesahihannya. Kita sepatutnya menyiasat dan meneliti dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar talian silaturrahim tidak terputus begitu sahaja. Apakah kita sanggup menanggung bebanan bara-api sejuta tahun lamanya di Neraka Jahannam kelak? Sifatkankanlah dalam diri itu sesuatu yang positif dan keterbukaan. Jangan menggunakan medium ''orang yang rapat dengan musuh'' untuk ''membenci musuh'' kerana kata pepatah orang Melayu ada mengatakan bahawa, '' sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. '' Demikianlah entry kali ini, Assalamu'alaikum WBT.