Rabu, 7 Disember 2011

DIMANA KAN KU CARI GANTI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Apa khabar semua ? Sihat lah agaknya yer... Hehehe.. Apa cerita semua? Ada khabar baik? Sedih? Gembira?? Duka?? Lara? Owwhh... Harap-2 nya takde laa yer.. Kalau ade pon pendam laa sorang-2 . Hehehe....

Inilah, tajuk artikel yang aku nak luahkan pada semua yang baca dan follow blog aku nie. Tentang sesuatu yang belum pernah aku luahkan, tetapi buat pertama kalinya aku nak dedahkannya bertujuan untuk memelihara dan untuk memberi reaksi yang dinamik kepada semua pembaca untuk memandang aku selama ini. Ia juga bertujuan untuk memartabatkan orang yang berstatus ''ANAK YATIM'' pada usia yang amat muda. Aku tulis nie bukan apa, bukannya nak minta simpati ker, ataupun nak minta diberi perhatian, tetapi cuma nak minta korang ni SENSITIF sikit tentang orang yang berstatus ANAK YATIM ini.

Entah laa... Akhir-2 nie bila aku keluar je dengan kawan-2 diorang asyik bercerita tentang AYAH mereka. Tak tahu laa sama ada diorang tu perli ker, diorang tu tak sensitif ke, ataupun apa-2 jela, tapi taktau laa kenapa aku jadi sensitif bila orang sekeliling aku sebut perkataan ayah YANG MELAMPAU-2 SEHINGGA MENAMPAKKAN IBARAT BERMEGAH-2. Maaf laa ye kepada sesiapa yang terasa.

Aku tak minta ayah aku mati cepat. Aku tak minta jadi anak yatim di usia muda, 16 tahun. Dan aku tak minta nak berstatus ''tak berbapa'' . Tapi, kenapa laa kan kalau bersembang tu, MESTI ade sebut perkataan AYAH tu berulang-2 kali. Contohnya, ''AYAH AKU KAN... NAK AJAK PI MELANCONG LAA....'' , atau pun, '' BARU-2 NI AYAH AKU ADE BELI..... '' , ade lagi... iaitu, ''BAPAK AKU SELALU BAGI DUIT KAT AKU....'' , ''PAK AKU MANJAKAN ADIK AKU...'' dan sebagainya laa ayat-2 yang menggunakan perkataan AYAH itu sendiri. 

Sedangkan, teman-2 rapat aku tahu yang aku nie adalah anak yatim, anak yang kehilangan ayah, tapi kenapa diorang cerita pasal ayah?? Apakah kerana mereka masih mempunyai ayah, mereka megah dan ingin menunjuk-2 pada aku yang kasih - sayang ayah itu ada lagi , tak luntur pada mereka?? Atau adakah mungkin mereka sengaja menggunakan perkataan AYAH itu untuk mendiamkan aku? Aku tahu.. diorang tak rasa macamana peritnya takde ayah.. diorang tak tahu mecamana susahnya takde ayah.... dan diorang jugak tak tahu macamana sakitnya ayah tiada mendampingi kita...

Sebelum-2 ni aku tak kesah laa kalau nak cerita pasal ayah nie.. Tapi jgn berlebih-2... Takkan tak tahu aku nie takde ayah? Takkan takde rasa sikit pun sensitif dengan org yang takde ayah?? Dan takkan takde rasa bersalah langsung sebut perkataan ayah pada orang yang takde ayah?? Errm... Pedihnya bila korang cakap macam tu, sakit dan tiba-2 hiba pulak rasa diri aku nie.. Tak tahu laa kenapa... Mungkin dah lama arwah ayah aku ''pergi'' mengadap Illahi, aku rindu sangat pada dia.. Errm..... Ada ketikanya suatu hari tu, aku menangis bila kawan-2 aku sembang pasal ayah diorang.. Tah laa pasal apa... Mungkin perasaan aku tak boleh nak tahan masa tu.


Takper laa... yang berlalu, biarkanlah berlalu. TAPI KALI INI AKU NAK CAKAP SIKIT KPD ORANG BUKAN BERSTATUS YATIM, ''KALAU NAK SEMBANG PASAL AYAH ATAU IBU TU, JANGANLAH DEPAN ANAK-ANAK YATIM YANG KEHILANGAN AYAHNYA ATAU IBUNYA, KERANA KEPERITAN TIADA AYAH ATAU IBU ITU SESUATU YANG MENYAKITKAN JIKA DIA DIYATIMKAN DI WAKTU KECIL.'' Masa korang belum tiba, jika tiba di saat kamu kecil, maka tunggulah dugaannya, tetapi jika tiba waktunya di saat kamu sudah dewasa, kamu memang bertuah dan tidak dapat merasakan seperti mana yang kami rasa. Wassalam..


Mood : Sedih gilerr masa taip artikel ni.... =(