Khamis, 5 Mei 2011

KENAPA DAN MENGAPA?

Kenapa ? Mengapa? Rintihan ini tiba2 memuncak dan menyelubungi diri aku saat ini. Entahla... Sifat kejujuran memang susah untuk semua umat manusia. Aku pun mungkin ade sifat macam tu. Tapi tak laa terlalu jelas dan terlalu nampak dipandang segelintir umat manusia. Perlukah memaksanya untuk berterus terang? Adakah aku mungkin tidak menjadi yang terbaik untuknya? Setiap pergerakan aku diteliti dengan rapi dan pelbagai inisiatif yang cuba aku buat untuk memastikan yang terbaik untuk diri aku. Tapi memang diakui, Allah SWT Maha Segala2nya. Dia tahu apa yang aku buat jujur atau pun sebaliknya. Adakah semua manusia bersifat sebegini? Tiada langsung sifat mahu berubah dan cuba menyembunyikan sesuatu yang amat berharga hanya untuk kepentingan dan keperluan seseorang individu. Apa salahnya jika kita berkongsi ? Bukankah sifat perkongsian ini dapat memupuk talian silaturrahim dengan lebih erat dan rapat?? Memang betul... Tak dinafikan, sesetengah benda sahaja yang dapat di kongsi. Tapi apa salahnya kan kalau dengan seseorang yang rapat dan lebih ambil tahu perihalnya selama ini? Entahlah.. keunikan ciptaan Yang Maha Esa inilah menyebabkan terkadang aku tak boleh menerima hakikat (astaghfirullahal'azim..) yang sebenarnya... Tapi, Dia yang menciptakan segala2nya di fanaa' ini , tentulah ada sesuatu hikmah yang lazimnya kita dengar dan diterokai didalam Al Quran dan Hadith. Bercakap memang pandai, hakikatnya perbuatan tak sama dengan pertuturan. Kredibiliti aku amat mendalam sejurus selepas perkara ini berbangkit. Hanya ALLAH SWT yang tahu semuanya bagaimana hati dan perasaanku ketika itu. Perasaan aku yang sensitif dan amat peka kepada persekitaran ini telah roboh dan musnah hanya kerana sifat kejujuran yang tidak mutlak. Sanubariku sejuk bak ditiup angin monsun apabila mengetahui perkara sebenar. Aku pasti, dia mesti ada jawapannya. Apa yang perlu aku buat sekarang? Aku tak menginginkan apa2 daripadanya, tapi ini lah hakikat. AMIR !!! Belajar menerima hakikat dan realiti ini.... kamu tak boleh mengalah dan sifat kekalahan dan kekecewaan itu bukannya sifat seorang pemimpin. Insya Allah, jika diberi masa dan ruang, dia akan berterus terang pada aku. hurrmm.... entahlaa..... Aku terfikir sejenak, orang takut ke dengan aku? aku hanya manusia biasa.. tiada apa2 kuasa yang ada pada diriku ini. atau adakah aku terlalu serius dalam membuat sesuatu perkara? pada aku... itu normal.. itu memang biasa dan standard yang dilakukan oleh manusia yang mendiami bumi Allah yang terbentang luas ini. Takpe laa... sekarang senang,biarlah aku menyepikan diri untuk seketika. Biarlah dia menguasai dan bergembira disamping orang tersayang. Patutkah aku berundur? atau mungkin patutkah aku berterus terang sejujurnya kepadanya? Entah laa... Aku taknak menjadikan peristiwa lampau berulang kembali bak kata pepatah,  '' bagai pisang berbuah dua kali'' . Aku nak terus menongkah arus ke hadapan. Tidak mahu mematah balik ke belakang. ''Sudah ku meludah sekali , tak mungkin aku akan jilat semula'' . Maaf kepada semua pembaca yang membaca. Lebih2 lagi kepada orang yang saya tujukan ini JIKA terbaca. Mudah2an aku do'akan hatinya terbuka membuat keputusan. Ingat, ''sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'', macamana sorok sekalipun sesuatu perkara itu, jika dapat diketahui, maka bersiap sedialah. Ketika itu, sebarang rintihan, rayuan, pujukan dan penghargaan yang diberikan takkan berguna lagi pada aku. ''Nasi dah jadi bubur'' laa kata orang..=)

GAYA STANDARD LELAKI YANG SELALU DILAKUKAN

Assalamualaikum warah matullahi ta'ala wabarakatuh dan Salam Mesra . Haa...... jom kita try buat kajian tentang gaya yang SELALU / STANDARD / MENJADI KEBIASAAN para arjuna (lelaki) di ruang kali ini. Bukan sahaja di dalam Malaysia, bahkan di serata ceruk rantau. Wahh..!! Makin dahsyat nampaknya ayat aku nie..!! Ok laa... aku teruskan jer dengan topik utama. Tulis banyak2 pun bukannya korang nak baca sangat kan? kan? hahaha...!!!! 

1) Bergambar gaya boyband / beramai - ramai 




Ini adalah gaya bergambar yang standard mengikut piawaian dan boleh didapati di album gambar setiap jejaka arjuna. Tak kiralah jika wajah anda langsung tiada rupa yang macho. Melakukan aksi bergambar boyband / beramai-ramai sebenarnya memang senang. Ia hanya perlu menggunakan tangan untuk menimbulkan efek boyband seperti bercekak pinggang, menunjukkan jari ke arah sesuatu yang tidak pasti, mahupun membuat lambaian ke horizon. Jika boleh, jangan pandang tepat ke arah kamera. Aksi ini perlu dilakukan secara berkumpulan, sekurang-kurangnya 5 orang. Kalau buat secara solo memang tidak sesuai.


2) Bergambar macho dengan cermin mata hitam






Simbolik kepada pemakaian kaca mata hitam adalah ke''macho''an. Gaya ini pernah dipopularkan oleh A. Galak ataupun Sarjan Misai ketika berlakon kisah Roda Roda KL dulu. Kalau nak nampak lain sikit adalah orang yang beli spek mata ada jaring Kanye West. Haa.. sebab gaya ni memang dah menjadi jadi sekarang nie.. ala.. bese laa.. ternd masa kini laa katakan...... hahahahaha


3) Bergambar bersama kenderaan









Istimewanya tentang lelaki adalah mereka memang gila kenderaan (majoriti) Gila kereta, gila motosikal mahupun gila roller blade. Bagi mereka yang ada kereta mahal dan berkuasa kuda yang tinggi, inilah masanya untuk riak dan mengaburi mata si gadis-gadis. Bagi yang jenis kurang upaya dari segi kewangan, mereka memang pantang melihat kereta-kereta yang eksotik dan rare seperti Ferrari dan Hachi Roku. Kalau nampak je sure diorang akan ambil gambar di sebelah kereta /motor untuk dimuatkan di dalam profil walaupun itu bukan kereta mereka, dan mengimpikan suatu yg belum pasti. hahaha...!!



4) Bergambar sendiri






Aksi ini merujuk kepada seorang lelaki yang mengambil gambar sendiri menggunakan sebelah tangan secara close up. Kononnya dengan cara sebegini memudahkan bahawa sesi pengambi gambaran foto dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. haha..! Lagi2 aksi sebegini amat popular jika tiada perkara yang mahu dilakukannya ketika itu (bosan). Hahaha...!!!

Rabu, 4 Mei 2011

SERBA SEDIKIT DI PESTA RIA TREACHER METHODIST GIRL SCHOOL (TMGS) 2011

Assalamualaikum Warah Matullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam Mesra. 

Apa khabar orang di sana,
Buat apa entah tak tahu,
Harap perkhabaran sihatlah hendaknya,
Moga ALLAH sahaja yg tahu.

Hendak ke pasar menaiki kereta,
Kereta dipinjam dari Pak Jailu,
Hasrat dihati ingin bercerita,
kisah pesta ria di TMGS minggu lalu.

Pergi mulanya aku seorang,
sampai disana berbilang orang,
10 minit kemudian 2 yang datang,
siapa lagi , Asyraf dan Aiman cuba mengekang.

Terjumpa Putera dan juga Akram,
Diorang berdua memang kamcing,
Putera ni memang tak duduk diam,
Jumpa awek jer, mesti nak pancing!

Sungguh ramai perempuan di sana,
Melilau mata gatal sesangat,
Hati ini tak terpaut pada mana-mana,
Aku takut nanti disengat ! (awek aku marah laa..)

Tak kusangka budak KE ramai yang hadir,
bersama utk memeriahkan lagi,
Aku juga agak khuatir,
Maklumlah..maksiat sekarang menjadi-jadi.












Comel tak kesemua adik aku? haa...jangan jeles taw !! 

sampai disini post kali ini,
harap maaf jika ade yg kurang,
lain kali berjumpa lagi,
jika dikurniakan umur yg panjang.

Selasa, 3 Mei 2011

KATEGORI SENYUMAN PALING TERMANIS ABAD INI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua... Maaf kerana sudah lama saya tidak meng''update'' blog saya ini kerana banyak masalah yg menimpa sejak akhir2 nie... maklum laa kan... selagi digelar manusia,selagi tu la kita dirundung pelbagai masalah.... biasalaa tu.. standard laa tue sebagai seorang manusia biasa,... Kalau tak, bukan lah manusia namanya jika tiada masalah.... Ye tak?? Haa... Takper2... saya sudah kembali untuk semua peminat2 blog saya nie !! yeaahh !!! Kali ini dengan bertemakan ''kategori senyuman termanis di abad ini''. Haa... jadi pastinya korang tak sabar2 nak tengokkan siapakah antara calon-calonnya?? Berikut merupakan antara yang termanis yang terpilih dalamkategori TOP 10 ;-


CALON PERTAMA



 CALON KEDUA



CALON KETIGA



 CALON KEEMPAT




CALON KELIMA DAN KEENAM



CALON KETUJUH


 CALON KELAPAN
Meor Muhd Dinie Jabir



CALON KESEMBILAN
Muhd Azim Hanifah bin Zulkapli


CALON KESEPULUH


Waaoo!! Banyaknya pilihan !! Manakah pilihan kepada semua pengikut blog saya nie?? Adakah calon pertama? kedua? ketiga? keempat? kelima? keenam? ketujuh? kelapan? kesembilan ? atau kesepuluh?? Erm... semuanya bergantung pada kesemua pandangan anda masing2.. Tapi ketahuilah, hatta seseorang yg takde gigi sekalipun, senyuman itu cukup manis dan menjadi pengubat kepada manusia yang lain. Dalam Islam juga mengatakan sekecil2 sedekah adalah dengan senyuman.. Bukankah senyuman itu suatu yang baik lagi terpuji? Mengapakah senyuman itu sukar mahu dilemparkan oleh masyarakat kini? Adakah dengan melontarkan senyuman itu boleh menjatuhkan martabat seseorang itu? Tepuk dada tanya selera.=D