Isnin, 1 September 2014

MANUSIA... EHH MANUSIA !


Apalah nak jadi manusia zaman sekarang ini kan? Di depan boleh kata lain, di belakang boleh kata lain. Depan baik nak mampus, kat belakang, heyyy... Hanya Allah jela yang tahu betapa busuk, buruk, hodohnya dia. Risau pulak rasanya bila berdepan dengan orang macam ni.

          Baru-baru ni, aku dapat tau, adelahhh satu ‘mamat’ ni datang jumpa aku. Cerita masalah dia kat aku. Aku macam biasala kan.. Okay je.. Dengar dan beri pendapat aku. 

          Aku ingatkan dia nak cerita masalah awek ke, famili ke, atau pape jela. Rupanya dia nak story pasal kawan dia jugak.. Adoyai... Kesian pulak aku dengar. Aku pendekkan jela ceritanya, ‘mamat’ ni cerita pasal ‘member’ dia ‘ambil’ barang dia tanpa izin. Aku pun cakapla yang kemungkinan ‘mamat’ ni yg salah letak. ‘Mamat’ itu tetap menafikan.

          Dia cakap, tak mungkin dia salah letak, sebab dia rasa dia memang letak di tempat yg sama. At the last, bila tengok-2 dah lesap dah duit tu. Dia duk syak la kan.. sapa yg duk masuk dalam bilik dia tu.. Jadi, dia pun sebut ‘satu’ nama. 

          Aku terkejut. Serius terkejut. Macam tak percaya! Tapi itulah hakikatnya. “Member” yang ‘mamat’ tu sebut memang rapat la... Kira memang kenal laa.... Erm... Cuma aku tak sangka la kalau betul-2 dia yg buat...

          Aku nak pesan, kalau sapa-2 yg terbaca blog aku ni, DAN ADA YG TERASA, lekas-2 la minta maaf dan pulangkanlah balik duit tu. Kalau takda, minta. Setahu aku, member-2 aku ni takdelaa lokek sangat.. Semuanya pemurah... Tapi kalau dah sampai tahap nak ‘curi’  ni, kes melampau la kan..

          Aku harap, sesiapa yg rasa dia yg aku maksudkan, muhasabahlah. Dekatkan diri kepadaNya yang Maha Esa. Tak seronoklah hubungan persahabatan jadi macam ni.
           
          KALAU TAK JUMPA TAKPA.
          KALAU JUMPA, KE LUBANG CACING AKU CARI !

Assalamu’alaikum WBT.