Jumaat, 8 Julai 2011

PANTANG LARANG DALAM ISLAM BESERTA DALIL

Yaaa !! Assalamu'alaikum WBT ! Salam 1 Malaysia ! Salam Perak Aman-Jaya ! Salam Sejahtera ! Salam Perpaduan ! Salam Transformasi ! Salam Rindu dan Salam Sayang ! Huhu... Banyak tak ?? Demand sikit kali ini.... Hahaha...... Okey, okey.. Malas nak taip panjang-panjang, cuma nak kongsi sikit laa pasal pantang-larang ataupun perkara yang dicegah untuk dilakukan sepanjang hidup kita. Semalam aku kemas-kemas katil, tetibe jumpa pulak buku tentang khaifiat melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.  Bukan apa, entry kali ini aku khas nak tujukan kepada sapa-sapa kat luar tu yang nak sangat tahu kenapa perkara (petua) orang-orang tua tu kena ikut. Bukannya berkait dengan khurafat ataupun bercanggah dgn Islam, tetapi inilah jawapannya. Nak tahu perkara apa yang perlu dielakkan ? Jom...................... !

Berikut saya senaraikan 23 fakta beserta dalil.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah SWT.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan kering selepas makan. Makruh dan mewarisi kepapaan.  
5. Jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki tak masuk .
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan takut nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah dan kencing syaitan. 
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan mengumpat sesama rakan - taulan. Nanti rosak silaturrahim.
13. Jangan lupa bergantug harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekahitu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah cirri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana dosa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT 
18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
20. Jangan suka-suka memasang kemenyan kerana itu adalah makanan jin
21. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan SALAM ketika masuk ke rumah dikuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
22. Jangan memakai tangkal, kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata “ JANGAN” sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. 


Ade yg tanye, ''Amir, hang buat tu boleh percaya ke? Ni semua bukan boleh pakai laa Amir... Yerlaa..... Mana ade dalam Al-Quran cakap macam tu? Takde kan? Hadith pun tak sebut pun...  Jgn laa percaya sgt dgn ADAT MELAYU nie.... Tak baik... Boleh jatuh khurafat nanti.....'' . Adakah ini adat melayu seperti yg dicakapkan OLEH KAWAN SAYA NI?? Blog inilah jawapannya wahai kawan-kawanku !!!! Sekian, renung-renungkanlah.............

DIMANA PERANGAI DAN SIKAP ANDA MENGIKUT TEORI PSIKOLOGI DR. HARMS MICHAEL (1988)

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia ! yeaa..... entry inilah yang ramai sangat member2 aku nak tahu tentang istilah tahi lalat pada diri mereka. Ya, mengikut masyarakat pada zaman dahulu, mereka mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya. Aku kali ini menurunkan disini firasat tentang tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya tu, Wallahua'lam... tidaklah diketahui dgn teliti. Tapi, selalunya laa bende ni diajarkan dalam kalangan masyarakat melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan. Tentang sahih ataupun mutlak, tu terpulang padaNYA Yang Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana.

Jika tahi lalat anda di........
* bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
* bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
* bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
* bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
* leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
* leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
* leher di tengah - tercapai cita-cita
* biji mata kanan - suka serong dan suka berbohong
* biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
* hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
* hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
* betis sebelah kanan - suka berhibur/berfoya2, boros
* betis sebelah kiri - rajin,tidak suka menganggur
* lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
* lutut kiri - kurang kuat berusaha
* kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
* kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
* kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
* kening kanan - cerdas dan cekap
* kening kiri - cerdas, sopan santun
* tengah kening - keras hati, berani segala hal
* hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
* hujung mulut kiri - suka berfoya foya
* ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
* ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
* pergelangan kaki kanan - suka keluar rumah
* pergelangan kaki kiri - kehendaknya/cita2nya kuat
* batang hidung - dicintai ramai orang dan dapat menjadi kaya
* pada kawasan hidung - banyak rezeki
* dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
* dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur/ikhlas
* kemaluan kanan atau kiri - baik, suka ber''______'' (paham2 la)
* di kepala kemaluan lelaki - bakal beristeri 2 atau lebih
* tumit kanan - jujur dan mempunyai ramai kawan
* tumit kiri - baik budinya
* alis kanan - suka menolong & baik hati
* alis kiri - ramai yang suka
* pangkal peha kanan - kemahuannya kuat
* pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
* telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
* jari kaki kanan - suka menolong
* jari kaki kiri - berbudi & suka berbuat baik
* bahu kanan - cermat m'buat keputusan & ada banyak tanggungan
* bahu kiri - suka kerja keras, banyak t/jawab
* lengan kanan - setia dan taat pada atasan (bos)
* lengan kiri - menepati janji dan rajin
* pipi kanan - ramai teman
* tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
* tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
* ubun-ubun - kurang jujur / sukar dipercayai
* pusat - cerdas, tangkas dan tekun
* pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
* pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
* pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
* pinggang kiri - disayangi pasangan hidup
* dada kanan - dapat mengatasi masalah
* dada kiri - berani, jujur dan sabar
* telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
* telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
* siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
* siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
* jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
* jari tangan kiri - serba baik bekerja
* jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
* jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
* perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
* perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
* sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
* sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
* sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
* pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
* pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
* kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
* kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yg suka
* kelopak mata kanan bawah - agak malas
* kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana


Puas hati kesemua member aku ?? Ha.... tengok laaa sendiri....! Dimana kedudukan tahi lalat anda ! Betul ke tak kenyataan diatas ? Kalau betul, Pakar Psikologi Dr. Harm Michael ni memang banyak tahi lalat laa agaknya yer? Sebab dia tahu semua.... Hahahaha..... Tapi kalau tak betul, ini mungkin hanya sekadar teori rekaan manusia sahaja. Manalah boleh teori manusia melawan penciptaNYA sendiri kan?? Renung-renungkan dan selamat beramal.....Assalamualaikum ........

Selasa, 5 Julai 2011

BERBANGGALAH DENGAN LOGHAT BAHASA KITA





Assalamualaikum Warahmatullahita'ala Wabarakatuh. Haaa.... post kali ini aku nak memaparkan tentang percakapan orang Perak yang sememangnya aku sendiri tak faham. Tapi, aku cuba tanya mak aku, haa... ini lah die yang mak aku cakapkan.. Ate, idok le banyok teman nak khabo, tapi boleh lerr,,,,

Kata Ganti Nama

teman = saya
mike = awak
kamu = awak
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil perempuan yg kita tak tau namanya.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk

Kebanyakan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kucing = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin


kebanyakkan akhiran IR diganti dengan IO, AR 
diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir = pikio
pasir = pashio
kikir = kikio
cicir = cicio
kafir = kapio
lendir = lendio
hanyir = hanyio
biar = bio
bakar = bako
belukar = beluko
tikar = tiko
seluar = seluo
ular = ulo
sambar = sambo
selimbar = selimbo
takar = tako
besar = beso.
zikir = jikio


PERKATAAN LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
tumpo = mati (bahasa kasar)
labun = cakap
pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh /sangat / amat
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas
petia = perhati
bedek (membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduh
 kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek /buat bodo/ buat don't know
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh
ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti (pada hujan)
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
ngenden = duduk dekat sehingga kena tubuh
geghotak = jambatan
nyadin = duduk senyap / buat tak tau je
nyey dan = rehat
amra = kedondong
meghenin = berkilat
melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak

R yang diawal atau tengah perkataaan di ganti drngan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan oghang puteh oleh orang tetue di Perakkan



bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit

1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2 kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
seterusnya hingga
90 sen = sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = singgit
RM1.25 = singgit suku


haaa... macamana ? okey ke? tah laaa.... mak aku ajar nie... tu yg aku diam je pon... sebab aku tak tahu ape - ape tentang loghat bahase Perak ni. Huhu... ape - ape pun enjoy laa,,,,, hahahaha..... !

Isnin, 4 Julai 2011

APO KHABAR JANG ?

Salam bahagia, salam 1Malaysia, salam perpaduan, salam sejahtera, salam 1Ummah, salam 1Integrasi, salam Perak Aman-Jaya, salam sayang dan salam Perak Gemilang... macamana keadaan hari ini? Sihat ke? Alhamdulillah... Kalau tak sihat tu, rajin-rajin laa makan ubat yer..... kalau sihat pulak,rajin-rajin lah pergi bersenam supaya kekalkan kesihatan anda..... yerlaa....kalau nak nampak awet-muda laa kan... kalau taknak takper la..... hahaha...gurau jer..... 
Em... nak cerita apa ye hari ini ?? haa..... aku dapat adik angkat baru... tapi die tinggal jauh... dekat Negeri Sembilan. Fuuhhh !! Nama die Mohd Adli. Erm... dgr nya dia ni anak bongsu daripada tiga beradik. Semuanya hero belaka. Jadi nak kata manja tu, die sendiri jawab, mana ade manja bang.. haha.. berbalik kpd budak td, umurnya 13 tahun. sekolah kat SMK Seremban Jaya II, Seremban, Negeri Sembilan. Sepanjang perbualan kami yang kira-kira 30minit itu, pelbagai kisah dan cerita yang timbul.. Antaranya, latar belakang kami berdua, tentang keluarga masing-masing, tentang hal-hal peribadi lelaki (paham2 jela) dan macam2 lagi laa,.... huhu.... penat layan karenah die nie... nampaknya takde laa aku sunyi lagi lepas nie.... yerlaaa.... akhir-akhir ni adik2 aku busy semacam jer... entahla..... rasa mcm dipinggirkan pulak.... aku tak rasa yang aku ni abg diorang.... tp takper laa.... biarlah.... asalkan diorang bahagia, aku pun turut bahagia.... Sekarang ni, aku dah ade pengganti.... Namanya Adli... Sorang lagi syafiq.... Syafiq ni umur die 18 tahun.... belajar di KPTM Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. asalnya org kampung jugak... kenal nye didalam FB jgk... sesungguhnya FB mempertemukan aku dengan si Syafiq dan Adli nie.... yerlaa...ALLAH Maha Adil dan Maha Bijaksana, hilang disana, disini memanggilku, Itulah Dia Yang Esa. KerjaNya amat adil tiada seadil yang lain. Sesungguhnya Engkau Ya Allah memberi aku kebahagiaan yang hakiki. 

Ni gambar Adli


Gambar si Syafiq takde yang elok2..takper, insya Allah nanti kalau berkesempatan , saya masukkan... Saya sudahi karya kali ini dengan alhamdulillah.....terima kasih.... semoga kami kekal bersama....Insya Allah..

HATI YANG KERAS BOLEH DILEMBUTKAN DENGAN SATU DO'A

Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kerana limpah dan kurniaNya dapat memanjangkan lagi usia kita pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam yang mendiami muka bumi Allah SWT yang Fanaa' ini. Alhamdulillah dengan izinNya Yang Maha Esa , hari ini, tepat pada jam 10.00 Malam bertarikh 3 Julai 2011, daku telah menerima satu panggilan. Wah? Panggilan yang lama tidak aku dengari suaranya sejak 4-5 bulan terdahulu.Dari siapa? Dari lelaki berwajah manis, bermuka spontan, beraksi slumber dan berkulit sawo matang. Siapa? Tidak perlu lah daku bercakap dgn lebih detail lg tentang si Dia yang menelefon. Apa yang pasti, sudah tentunya rakan karibku suatu ketika dahulu. 1Bangunan kami bersama, 1Semester kami berdua, 1KISDAR kami menimba ilmu, 1Jantina itu yg pasti, 1Kos (Kaunseling Islam) kami berkuliah, pernah duduk 1Rumah, pernah juga bercakap dgn 1Perasaan. Malangnya, segala perbuatan tamak dan haloba menyelubungi diri kami yg membuatkan kami berpecah belah sehinggakan aku  membuat keputusan untuk keluar mencari ketenangan yang luhur diluar sana. Diam tak diam, sedar tak sedar, hampir 2 semester lamanya aku meninggalkan mereka. Mereka pula seolah-olah menganggap bahawa aku tidak pernah wujud dalam kalangan mereka setelah aku keluar mengundur diri dan meletakkan semua jawatan dalam kos itu. 
   Tetapi, Alhamdulillah..... hari ini dalam sejarah. Melakarkan sejarah dan fenomena yang telah lama aku idamkan. Mereka seolah-olah mahukan aku kembali bersama mereka untuk bersama memperjuangkan dasar yang mereka belajar tentang psikologi dan teori kaunseling. Sekali lagi aku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurniaNya, dengan kebesaranNya, dengan kekuasaanNya, dengan belas kasihanNya, dengan rahmatNya, dengan Taufiq dan HidayahNya, kami berpakat untuk semula menjayakan segala program yang telah diatur. Insya Allah... Jika diberi mandat ini, diberi sepenuh kepercayaan dan iringan doa yg ikhlas, aku akan cuba mendapatkan seberapa banyak yg mungkin tajaan dan keperluan untuk menampung segala pengurusan yang mereka sasarkan ini. Insya Allah..... Mereka mahukan khidmat dan sokongan dari aku kini, alhamdulillah.... mereka kembali sedar bahawa betapa pentingnya nilai persahabatan itu ..Jika tiada salah seorang drpd sahabat kita yg pernah bersengkokol dgn kita, ibarat cacatlah dinding rumah jika tidak disapukan cat dengan rata. Mereka kini mahu menyelesaikan kesemua masalah antara kami. Alhamdulillah..... terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan..Daku akan menjalankan t/jawab dan melaksanakan dgn sebaik mungkin..... Insya Allah.... sama-sama lah kita berusaha......

Ahad, 3 Julai 2011

LARIAN 1 MURID, 1 SUKAN ,1 MALAYSIA CIPTA SEJARAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA ! Wahh... !! Meriahnya Larian Serentak 1Sukan, 1Murid , 1Malaysia yang berlangsung pagi tadi. Dengar cerita seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.

Larian ni sempena dgn majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran di Taiping pagi ini.

Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara.

Pada majlis pelancaran, timbalan perdana menteri juga selain melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping yang menyertai larian itu. Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping.

Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak.

Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta.

Turut menyertai Tan Sri Muhyiddin dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Hj. Zambry bin Abdul Kadir.. Pada ucapan semasa merasmikan program tersebut, Tan sri Muhyiddin turut menekankan bahawa ''sukan adalah satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional.''

"Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya.

Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah yang berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Kalau korang tak percaya cakap aku, ni video nya...



Antara gambar kemeriahan Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia.















Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Dalam pada tu, saya takkan lupa bahawa SMK King Edward VII menjadi kebanggaan apabila mengiringi Timbalan Perdana Menteri tersebut dalam merasmikan Larian 1Murid, 1Sukan 1Malaysia ini. Tahniah SMK King Edward VII yg tercinta !!! Selain membanggakan bekas sekolah saya, nk jugak cerita bahawa terdapat pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing. Program habis dekitar jam 12.30 Tengahari. Sememangnya ia seronok dan amat memberikan 1 lonjakan budaya yang lain dari yang lain berbanding sebeluim2 ini.  Terima kasih kerajaan Malaysia !!!