Khamis, 3 November 2011

ULANGTAHUN KE-3 MENGIKUT TARIKH, ULANGTAHUN KE-4 MENGIKUT TAHUN



Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar kawan-kawan? Harap sihatlah hendaknya disamping keluarga tersayang. Haa... Apa cerita hari ini? Dah makan? Dah minum? Dah mandi? Dah solat? Haa... kalau belum tu... pergi laa dulu sempurnakan apa yg patot... OK ??

Kali ini aku nak luahkan laa rasa kesyukuran kepadaNya Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya, berkat dan suci daripadaNya, segala puji bagiNya Tuhan sekalian alam, syukur nikmat padaNya kerana hari ini merupakan tanggal 2 November 2011 , tarikh keramat aku dengan Tiha berpasangan sebagai Special GF-BF.

Alhamdulillah, keberkatan yang kami lahirkan ini semuanya berpunca daripada iringin do'a dan kesabaran yang kami berdua tunjukkan selama ini. Sesungguhnya tanpa Dia, siapalah kami, hanya makhluk yang kecil dan kerdil sahaja dimataNya. Kami sedar, kami akui dan kami akur bahawa Dia lah pemangkin semangat untuk kami berdua terus berpacaran dengan mengutamakan prinsip AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.

Tiha, seorang yang optimis, berpelajaran tinggi jauh daripada aku. Amat membanggakan apabila selepas tamat tingkatan lima, beliau terus menyambung pelajarannya di Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang Perakaunan. 1 Tahun disana, Universiti Teknologi Malaysia pula memanggilnya untuk beliau menyambungnya di sana dalam jurusan yang sama pada peringkat Ijazah Sarjana Muda yang memerlukannya study selama 4 tahun.

Perkenalan kami bermula di satu acara pada Mei, 2008 iaitu di acara Perhimpunan PRS Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Kami sama-sama dalam Kontinjen Negeri Perak , mewakili daerah masing-masing. Tiha mewakili daerah HULU PERAK dan aku mewakili daerah LARUT MATANG DAN SELAMA. Disitulah kami berjumpa, berkenalan, berpandangan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Saat perkenalan yang pertama, mata bertentang mata, lidah terkelu tidak terkata, hanya senyuman yang menggoda, rupa segak penyeri rupa, penampilan kemas nampak bergaya. Inilah dia corak perkenalan kami di situ. Pada mulanya, perasaan untuk berpacaran masih tiada, hanya menganggapnya sebagai teman yang akrab dan memahami.

2008 merupakan saat indah yang manis. Huhh !! Susah mahu mendekati si Tieha nie. Jual mahal. Susah payah aku memujuknya untuk menerima aku sebagai Special BF nya. Tapi... Jawapan yang diberikan bukanlah dalam jangka masa yang dekat. Hampir 5 bulan aku ternanti-2 untuk mendengar jawapannya. akhirnya, usaha aku berbaloi. Beliau menerima aku seadanya. Alhamdulillah....

Sejak 2008, kami disajikan dengan pelbagai kenangan sama ada pahit dan manis. Tieha amat memahami aku dan aku juga turut memahami beliau. Lebih-2 lagi kami berdua dikatakan pasangan ''Dua Benua'' kerana seorang daripada kami dari Utara (Taiping, PERAK) dan seorang lagi dari Barat Daya (Gerik,PERAK). Itulah dia hakikatnya. Baru je 6 kali berjumpa semenjak 4 tahun berlalu. Corak dan gaya kehidupan ini kami berdua semadikan dalam diri kami bahawa kepercayaan menaruh 100% azam dan kehendak. 

Keistimewaan yang ada pada si Tieha ini sama sahaja dimiliki oleh gadis lain seperti gelak-tawanya yang comel, rupanya yang seakan-2 siam campuran cina, gelagatnya yang seakan-2 anak kecil yang baru lahir, dan kemampuannya meriangkan hati aku sepanjang masa dan ketika. Inilah dia keadaan yang mencuit hati aku yang turut merasakan kebahagiaan apabila bersama beliau. Keikhlasan, ketelusan, ketulusan, kewibawaan, kepimpinan, kasih sayang, kemesraan. pemurah, pengasih dan selainnya ini juga membuatkan aku turut hormat beliau sebagai seorang gadis yang dilabelkan sebagai ''GADIS BERMARUAH''.

Beliau adalah beliau. Aku adalah aku. Tidak boleh disamakan. Tidak boleh dibezakan. Tidak boleh di label serasi. Kerana ada perkara antara kami berdua bercanggah seperti faktor pemakanan, warna kesukaan, latar belakang keluarga, kedudukan tempat tinggal, cara berkomunikasi, dan sebagainya. Inilah yang kami cuba pertahankan. Walaupun berbeza pendapat, kami tetap boleh bersama hingga ke usia ''matang'', yakni 4 tahun mengikut tahun (2008-2011) dan 1095 hari mengikut tarikh (2 Nov. 2008 - 2 Nov. 2011). 

Fenomena ini akan kami pertahankan hingga kami berdua membuat keputusan untuk menjadi pasangan suami-isteri. Insya-Allah jika Tieha adalah jodoh saya seumpamanya, maka saya akan terima 100% dengan redha dan lafaz kesyukuran. Maka, aku juga pasti bahawa Tieha akan setia menunggu aku sehingga rombongan meminang dari aku tiba ke rumahnya. Inilah sahaj ayang dapat aku ceritakan. apa-2 pun terima kasih kepada sesiapa yang sudi membacanya. Wassalamu'alaikum WBT dan Salam Anniversary TIEHA !!

Rabu, 2 November 2011

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar pengikut blog saya ini ?? Sihat ke  tak sihat ? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, cepat-cepat laa pergi ke hospital ataupun klinik yang berdekatan, al maklum laa.....sekarang ni macam-macam jenis penyakit berbahaya yang datang. Huhu~~ risau laa kan..... 

Haaa.... Okey, Okey... sekarang ni aku nak cerita pasal hari khamis lepas, bertarikh 27 Oktober 2011 aku keluar bersama-sama dengan Ramzul, Iman dan Faizal ke Kuala Kangsar. Saja-saja je nak keluar jauh - jauh sikit naik kereta. Hahaha.... Tapi, pemandunya aku laa !! Sapa lagi !! hahaha.....~~. 

Tepat jam 11.00 pagi kami bergerak dari Taiping menuju ke Kuala Kangsar. Mulanya kami dari Bukit Lake View (rumah Ramzul) terus ke Taman Mewah untuk mengambil Faizal sekali. Dari rumah Faizal, terus menuju ke Kuala Kangsar mengikuti jalan lama (tanpa lebuhraya). Kamunting ke Ayer Putih , terus ke Simpang, seterusnya ke Changkat Jering - Bukit Gantang - Padang Rengas dan setelah 35 minit perjalanan, kami pun tiba di pekan Kuala Kangsar Bandar Diraja.

Kami semua mengambil keputusan untuk berhenti rehat di Pekan Kuala Kangsar dan berhenti makan di Lembah atau lebih dikenali dengan nama popular, ''Tepi Sungai'' ataupun ''Arena Square". Faizal dan Ramzul hanya minum sirap bandung sahaja, manakala aku dan Iman masing-masing makan Mi Rebus dan Pasembor disusuli dengan air sirap bandung dan air suam. Waahh !! Membuka selera betul ! Memang tak syak lagi. Kelazatan yang sebegitu, sudah lama tidak dinikmati.

Jam menunjukkan angka 12.35 tengah hari. Aku mengajak mereka semua untuk ke kampung aku di Sungai Siput, Perak. Alaa... Aku boleh jugak pergi ambil baju aku kat rumah moyang aku. Ahaahaaaa !! Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? Hehehe,,, Alhamdulillah... Mereka semuanya seronok ke kampung halaman mak aku. 

Errm... Biaselaa.... Orang kampung, prihatin terhadap tetamu tu memang ade. Opah suruh aku dan semuanya tunggu untuk turut serta makan tengah hari disitu. Maka, kami semua tunggu laa sehingga makanan tengah hari dihidangkan. Azan Solat Zohor telah pun berkumandang. Kami berempat terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Alhamdulillah, selesai solat, kami terus diajak makan tengah hari.

Adat la... Lauk kampung kan........... Macam-macam ade... Hehehe... Ramzul, Iman dan Faizal begitu selera sekali menjamah makanan ! Hahaha !! Kelakar aku tengok, kelaparan yang melanda diri mereka terus terpancar. Sesudah makan, kami berehat selama 15 minit dan meminta diri untuk pulang ke Taiping. Tangan dihulur, ucapan kiriman salam disusuli bersama. Maka, kami bertolak dari Sungai Siput lebih kurang jam 3.00 petang.

Kami sampai di Taiping lebih kurang jam 4.00 Petang. Mereka mengambil keputusan untuk mengambil ibu Ramzul di bengkel kerana kereta Ramzul yang satu lagi perlu ditinggalkan di bengkel berkenaan untuk  diperbaiki dengan lebih terperinci. Dari bengkel berkenaan, terus menuju ke rumah aku, dan sememangnya itulah perjalanan kami yang amat menyeronokkan dan amat memberikan 1 kenangan yang terindah. Insya-Allah, jika ada kesempatan masa, kita akan keluar berjalan-jalan bersama lagi. 

Sekian sahaja untuk post kali ini. Segala kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT dan segala yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kecuaian aku sendiri. Insya- Allah, jika dipanjangkan usia, aku akan terus menulis post yang lebih menarik lagi untuk tatapan pembaca setia blog aku. Sekian, Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.