Rabu, 2 Mac 2011

KEM KAUNSELING KE-13

BARISAN FASILITATOR TERLATIH YANG BERTANGGUNGJAWAB


ANTARA FASILITATOR JEMPUTAN
dari kiri > Muhd Syazmeer, Mohd Fauzee


dengan Aliff Hakim...



MAJLIS PENUTUP
dari kiri : Harith Haiqal (Joe) , Amir Akhmal, Fazrin (Ucop) , Azahari, Azim Shah

ADIK DIBAWAH KELOLAAN AKU

TIME DENGAR CERAMAH

KESEMUANYA SEKALI BARISAN PESERTA KEM DAN PARA FASILITATOR


Kem ini cukup bermakna dan mempunyai 1001 kenangan dan lipatan sejarah yg amat dahsyat. Inilah dia tanggungjawab yg perlu digalas oleh kesemua yang telah dilantik sebagai fasilitator. Banyak cabaran utk menjadikan kem ini 100% berjaya. Tapi apakan daya, hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Kem kali ini dipenuhi krisis yang begitu mendalam. Entahlaa....byk cabaran dan rintangan sejak mula lagi perancangan kem ini. Walaubagaimanapun, kami telah berusaha dengan gigih demi mencapai hasrat dan impian kami melaksanakan kem ini dengan lancar. Saya pasti,kem ini juga sedikit sebanyak memberi 1001 makna pada kesemua peserta dan fasilitator dari segi baik buruknya ataupun pahit manisnya. Dalam keadaan ingin membuat satu perubahan , transformasi dan ilham yang baharu, ramai pihak yang menentang. Keadaan yg kucar kacir ini lah yg sebenarnya mengajar kami erti sebenar perpaduan 1Malaysia sejajar dengan Tema Tahun 2011 nie, ''MEMBANGUN KEARAH DEMOKRASI DAN PEMBAHARUAN GEMILANG'' yg diinspirasikan oleh kesemua barisan urusetia dan para fasilitator kem ini. Sepanjang kem ini berlangsung, kami belajar erti perpaduan, kesefahaman, kesepakatan, kerjasama dan toleransi. Inilah yang kita mahukan. Insya Allah jika diberi kepercayaan lagi, saya akan turut serta dalam apa jua aktiviti yg dianjurkan oleh pihak UBK/PRS SMKE VII. Ingat2lah saya disini sentiasa menanti dan terus menanti jemputan daripada anda. Saya akhiri dengan serangkap pantun,

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
INSYALAH KITA BERTEMU LAGI.

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan