Khamis, 28 Julai 2011

CABARAN , DUGAAN DAN RISIKO YANG TIDAK DIUNDANG

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Kali ini saya nak ceritakan tentang cabaran, dugaan dan risiko yang tidak diundang. Apa bendenya ni? Adakah ia berkaitan kehidupan seharian kita sehari-hari?
   Ye.... mutakhir ini, terlalu banyak cabaran, dugaan dan risiko yang melanda diri ini. Apa dia? Akan aku ceritakan satu per satu. Astaghfirullahal'azim..... Hanya luahan istighfar sahaja lah yang dapat menyabarkan diri. Erm.... Sebenarnya apa? Perhubungan. persahabatan, mahupun pergaulan antara kami masih lagi di dalam 1 bentuk dilemma. Apakah ini sudah dirancang? Ataupun ini semua memang telah ditakdirkan Illahi? Ada sesiapa boleh bagi jawapan?
  Apa yang aku runsingkan sangat ye? Pertama, tentang perkhemahan yang sudah pun melabuhkan tirainya 3 hari lepas. Apa dia masalahnya? Ya, walaupun itu di luar bidang kuasa saya, tetapi adalah tanggungjawab rasanya saya utk mengambil tahu kerana mereka itu bukannya orang lain pada saya, kerana saya sudah menganggap kesemua junior saya itu dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 mcm adik beradik terdekat dan saudara-mara saya. Mana tak nya, mereka ni walaupun berperibadi yang diluar jangkaan kita, tetapi sifat perikemanusiaan dan sifat hati perut mereka yang sememangnya sukar dijangka dan amat memberikan 1001 makna yang baik dan kerinduan jika terpisah. Adat ber"camping" tu biasa la..... Ada meninggalkan kenangan pahit, dan ade jugak meninggalkan kenangan manis. Itulah yang mengajar kita sebenarnya meniti arus kehidupan yang semakin mencabar.
  Kedua, yang dirunsingkan adalah perkara yang melibatkan pecahan menjadi "2 Kem", faham ke? Macam ni laa.... Dalam satu perkhemahan, ade dua undang-undang. Undang-Undang 1 dipimpin oleh Kem 1 dan Undang-Undang 2 dipimpin oleh Kem 2. Jadi, ia tak sama. Ia lebih menunjukkan kepada fasilitator yang mempunyai 2 Idealogi berbeza. Bila tidak sependapat, maka wujudlah Kem Kedua ini. Faham-faham laa sendiri.... Saya pasti anda yang membacanya ini faham, lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang telahpun menyertai kem ini.
  Seterusnya yang ketiga, isu permainan politik. Ya, jgn kata walaupun sekecil-kecil program tiada isu politik diwartakan ! Ada... Amat kuat.. Nak tahu? Contohnya, kes perebutan kuasa, penjagaan kroni, aspek kekecohan aktiviti dalaman dan luaran, perselisihan faham sehingga menyebabkan terjadinya 2 Kem yang berbeza pendapat. Yang jadi mangsanya siapa? Peserta - peserta, Pra-Fasilitator dan mungkin Fasilitator dari Kem 1 ataupun Kem 2. Cubalah kita berganding bahu memegang prinsip yang satu, jgnlah menyebabkan cetusan bara api yang kian membuak-buak. Lebih lanjut? Maaf ye. Nanti saya ceritakan jika ada yang sudi mendengarnya.
  Dan yang keempat isu berkaitan tuduhan-tuduhan serta dakwaan-dakwaan yang tidak berasas melibatkan para fasilitator dan pra-fasilitator . Apakah ini semua boleh diselesaikan? Kerana kesemua tuduhan yang diberikan melibatkan orang kedua dan ketiga. Tolong siasat dulu laa sebelum membuat tuduhan yang pelik dan langsung tak munasabah. Jangan pandai memanipulasi sesuatu perkara yang jelas dan mutlak terjadi dihadapan kita. 
  Inilah dia sedikit sebanyak perkara yang bermain di dalam pemikiran sekarang. Masya-Allah... Moga dapat diselesaikan ye... Jangan berharap sahaja kepada Tuhan yang Esa kerana Dia juga menyuruh hambaNya berikhtiar mencari jawapan dan penyelesaian yang hakiki. Insya Allah, selesailah hendaknya... Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan