Rabu, 2 November 2011

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar pengikut blog saya ini ?? Sihat ke  tak sihat ? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, cepat-cepat laa pergi ke hospital ataupun klinik yang berdekatan, al maklum laa.....sekarang ni macam-macam jenis penyakit berbahaya yang datang. Huhu~~ risau laa kan..... 

Haaa.... Okey, Okey... sekarang ni aku nak cerita pasal hari khamis lepas, bertarikh 27 Oktober 2011 aku keluar bersama-sama dengan Ramzul, Iman dan Faizal ke Kuala Kangsar. Saja-saja je nak keluar jauh - jauh sikit naik kereta. Hahaha.... Tapi, pemandunya aku laa !! Sapa lagi !! hahaha.....~~. 

Tepat jam 11.00 pagi kami bergerak dari Taiping menuju ke Kuala Kangsar. Mulanya kami dari Bukit Lake View (rumah Ramzul) terus ke Taman Mewah untuk mengambil Faizal sekali. Dari rumah Faizal, terus menuju ke Kuala Kangsar mengikuti jalan lama (tanpa lebuhraya). Kamunting ke Ayer Putih , terus ke Simpang, seterusnya ke Changkat Jering - Bukit Gantang - Padang Rengas dan setelah 35 minit perjalanan, kami pun tiba di pekan Kuala Kangsar Bandar Diraja.

Kami semua mengambil keputusan untuk berhenti rehat di Pekan Kuala Kangsar dan berhenti makan di Lembah atau lebih dikenali dengan nama popular, ''Tepi Sungai'' ataupun ''Arena Square". Faizal dan Ramzul hanya minum sirap bandung sahaja, manakala aku dan Iman masing-masing makan Mi Rebus dan Pasembor disusuli dengan air sirap bandung dan air suam. Waahh !! Membuka selera betul ! Memang tak syak lagi. Kelazatan yang sebegitu, sudah lama tidak dinikmati.

Jam menunjukkan angka 12.35 tengah hari. Aku mengajak mereka semua untuk ke kampung aku di Sungai Siput, Perak. Alaa... Aku boleh jugak pergi ambil baju aku kat rumah moyang aku. Ahaahaaaa !! Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? Hehehe,,, Alhamdulillah... Mereka semuanya seronok ke kampung halaman mak aku. 

Errm... Biaselaa.... Orang kampung, prihatin terhadap tetamu tu memang ade. Opah suruh aku dan semuanya tunggu untuk turut serta makan tengah hari disitu. Maka, kami semua tunggu laa sehingga makanan tengah hari dihidangkan. Azan Solat Zohor telah pun berkumandang. Kami berempat terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Alhamdulillah, selesai solat, kami terus diajak makan tengah hari.

Adat la... Lauk kampung kan........... Macam-macam ade... Hehehe... Ramzul, Iman dan Faizal begitu selera sekali menjamah makanan ! Hahaha !! Kelakar aku tengok, kelaparan yang melanda diri mereka terus terpancar. Sesudah makan, kami berehat selama 15 minit dan meminta diri untuk pulang ke Taiping. Tangan dihulur, ucapan kiriman salam disusuli bersama. Maka, kami bertolak dari Sungai Siput lebih kurang jam 3.00 petang.

Kami sampai di Taiping lebih kurang jam 4.00 Petang. Mereka mengambil keputusan untuk mengambil ibu Ramzul di bengkel kerana kereta Ramzul yang satu lagi perlu ditinggalkan di bengkel berkenaan untuk  diperbaiki dengan lebih terperinci. Dari bengkel berkenaan, terus menuju ke rumah aku, dan sememangnya itulah perjalanan kami yang amat menyeronokkan dan amat memberikan 1 kenangan yang terindah. Insya-Allah, jika ada kesempatan masa, kita akan keluar berjalan-jalan bersama lagi. 

Sekian sahaja untuk post kali ini. Segala kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT dan segala yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kecuaian aku sendiri. Insya- Allah, jika dipanjangkan usia, aku akan terus menulis post yang lebih menarik lagi untuk tatapan pembaca setia blog aku. Sekian, Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan