Sabtu, 12 November 2011

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM YANG BAKAL TIBA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan jutaan kemaafan kepada anda semua kerana mmg dah lama saya jenguk ke dalam laman blog saya ini. Maklumlahh, kini saya pun sudah bergelar guru, (guru tuisyen aje)...

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, dengan seikhlas yang mungkin, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan SPM 2011 bagi adik-2 saya yang berada di Tingkatan Lima. Semoga anda semua berjaya dalam SPM ini. 

SPM bukanlah sesuatu yang mudah, ianya menentukan masa hadapan kita kelak. Manakan tidak, SPM juga menentukan dimana hala tuju kita kemudiannya. Contohnya seperti, SPM > bekerja / Pra-U / Kolej Swasta / Kolej Kerajaan / Kolej Universiti / Universiti Tempatan Swasta / Universiti Tempatan Hak Mutlak Kerajaan / Universiti Antarabangsa / Pusat Pengajian Swasta / Pusat Pengajian Kemahiran dan sebagainya. Ini kerana, SPM adalah tunjang untuk kita menetukan sesuatu dalam kehidupan kita dalam jangka masa yang akan datang.

SPM juga merujuk kepada penilaian berstatus pelajar di bangku sekolah. Dalam masa 11 tahun di bangku sekolah,pelbagai ilmiah yang kita dapatkan daripada guru-2 yang berkaliber. Ini bukan sesuatu yang mudah, seawal umur 7 tahun lagi kita sudah diasuh, ditatih, diajar, dididik , diberi pembelajaran sempurna dan lain-2 lagi untuk kita harungi pada peperiksaan SPM ini. Yeah !! Inilah masanya untuk kita berjuang bukan untuk sesiapa, untuk diri kita jua akhirnya. Ibu dan ayah pasti mengukir senyuman apabila keputusan SPM kita dipenuhi dengan huruf  ''A''. 

Hasil kejayaan inilah bakal mengorak langkah untuk kita pandang kehadapan dan menerajui diri kita dengan lebih sempurna dan teratur. Disana nanti, kita akan berasa puas kerana hasil daripada didikan 11 tahun itu menjadi kejayaan kita sekarang. Jasa dan pengorbanan ibu dan bapa kita yang berhabis puluhan ribu ringgit dibalas dengan linangan airmata yang gembira. Persepsi masyarakat terus berubah ketika itu. Kepuasan kita ketika itu tidak terkira tingginya. 

Ingatlah, SPM akan memacu kita kemana hala tuju kita. Ibu dan bapa tidak boleh menolong kita melainkan kita yang tolong diri kita sendiri. Rakan-2 yang terdekat hanya mampu berdo'a dan menyokong segala tindak-tanduk kamu itu. Biarlah kecewa sekarang, jangan kecewa di lain hari. Pasti kamu akan menyesali dengan perbuatan kamu itu. 

Sebelum saya terlupa, ucapan ini saya tujukan kepada irfan, amirul saad , zulfahmi, hamizan, alif asyraf, nizal yusoff, aizudin amarudin, din bidin, amer zahin, aiman chokelart, pizal steady, ayen steady, ariel musher, azahari ab rahim, hafiz tamam, adib amir sharafudin, syafiq muhsin, syafiq syabil, din nakano, ezy rewang, putra asyraf alkhaired, fawwaz, salman nazri, johan johari, syahmi kharudin, ammar , ben, tat, hafizi rahim, epy fadzly, joharis, aswad razali, syahrul syahrudin, ariff amri, ilyo, dan semuanya laahh !! tak dapat nak tuliskan semuanya disini. Segala perbuatan terdahulu itu saya lupakan, saya maafkan kesemuanya. Jawablah SPM denagan tenang yer semua !!



Jazakallah, Wassalamu'alaikum Warah Matullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan