Sabtu, 19 November 2011

SALAM PERSAHABATAN SEMULA, UKHWAH TERJALIN, SILATURRAHIM DIPIMPIN

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Hari ini merupakan hari yang amat memberi makna pada aku. Mana taknya, sahabat lama yang ku nanti-nantikan untuk bertemu semula dihari ini telah muncul semula di benak fikiran aku kini. Alhamdulillah, kesepian yang telah dirasai selama ini dapat dijawab dengan pelbagai isu dalam 1001 pertanyaan.

18 November 2011 merupakan tarikh keramat dimana kata sepakat dipersetujui oleh kedua belah pihak iaitu antara aku dan ________. Soal siapa, tak perlulah aku ceritakan disini. Biarlah ianya menjadi rahsia aku yerr... Pertemuan kami walaupun mengambil masa kurang daripada 3 jam, amat bermakna dan penuh dengan isi pendapat yang menjadi tanda tanya. Soalnya, mengapa aku pula yang jadi mangsa? Adakah kerana aku meninggalkan mereka tanpa rela?

Kemelut mula terjadi apabila kedua-dua pihak menceritakan perihal masing-2 yang masing-2 mempunyai dua cerita yang berbeza. Argghh !!! Adakah ini satu penipuan? Adakah ini adalah satu retorik politik semata-mata? Aku tak sangka si polan tersebut sanggup mempertaruhkan NAMA BAIK SAHABAT demi kepentingan diri sendiri. Adakah ini yang dinamakan SAHABAT? Adakah sikap ini sikap yang sepatutnya dicontohi? 

Aku, Faiz dan Faizati bertemu di suatu tempat sulit, di sekitar bandar diraja Perak, Kuala Kangsar untuk menceritakan desas-desus yang mengaitkan nama aku dan si polan tersebut. Malangnya, aku dimaklumkan bahawa propaganda yang dicipta oleh si polan tersebut hanyalah menjadi permainannya semata-mata. Ini memang menyebabkan api kemarahan yang tak dapat dikawal. Soal apa yang kami bertiaga ceritakan itu, tak dapatlah aku nak panjangkan disini. Biarlah akum Faiz dan Faizati sahaja yang tahu intipati perbualan kami bertiga itu.

Masya-Allah, pertemuan 6 mata itu membuahkan hasil dengan kata sepakat yang ingin menjatuhkan agenda tersebut. Insya-Allah dalam masa yang singkat ini, aku yakin kepadaNya yang Esa dan dengan izinNya yang Maha Satu, serta kekuatan azam daripada Faiz dan Faizati , akan mendatangakan hasil yang cukup baik dan mantap. Bukannya mahu mengaibkan sesiapa dalam soal ini, tetapi haruslah kita berwaspada dgn setiap tingkah laku / perubatan yang kita lakukan terhadap org lain selama ini. Jgn kita hanya menganggap diri kita sahaja yang benar, ini bukanlah yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Maka, secara total, kami berpadu bulat kata sepakat mengatakan antara kami bertiga, tiada apa-2 lagi api dendam dan permusuhan hatta sebesar zarah sekalipun. Insya-Allah kami bertiga akan perbaiki kelemahan diri sendiri untuk memantapkan talian ukhwah antara kami bertiga supaya peristiwa ke-2 takkan berulang lagi. Kali ini, aku nak akhiri artikel aku ni dengan serangkap pantun, 

Apa guna mengata orang,
Diri sendiri belum tentu betul,
Ha ! Sekarang dah terkantoi seorang,
Ingat dia je ke yang betul ??

Terima kasih korang berdua !
Faiz dan Faizati = Feezzati

 
Waasalam, Salam 1Malaysia. =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan