Khamis, 1 Disember 2011

PILU, RESAH, SEDIH, HIBA, KECEWA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada kesemua umat Islam seluruh dunia, khususnya kepada warga 1Malaysia. Bersempena dengan Ma'al Hijrah ini, sama-2 lah kita pertingkatkan lagi iman dan perbanyakkan lagi ibadat serta ketaqwaan kepada Allah SWT agar hidup mati kita diredhai Allah yang Maha Esa.

Salam junjungan besar untuk Nabi Muhammad SAW, utusanNya yang ikhlas dan bersedia memangkin kegemilangan demi pertahankan agama Allah SWT ini, Islam yang suci. Syukur ke hadirat Allah yang Maha Esa dengan limpah dan kurnia-Nya, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, kerana masih dipanjangkan umur, dan mengurniakan tenaga untuk terus melakukan pekerjaan seharian.

Realiti manusia. Terkejut !! Dengan pemergian Allahyarham Encik Ahmad Mustafa , Penolong Kanan Kokurikulum SMK King Edward VII, Taiping pada akhir persekolahan lalu bertarikh 18 November 2001 diikuti dengan Allahyarham Muhammad Khairul Anas, bekas pelajar tingkatan 1-2 di SMK King Edward VII ini pada 1 Desember 2011 (kini berusia 15 tahun) menemui Illahi semuda itu.

Inilah dia hakikatnya. Manusia ditarbiahkan dengan pelbagai ilmu sejak dilahirkan lagi. Bukankah sistem pembelajaran itu juga disuruh Rasulullah SAW dengan mengatakan, ''tuntutlah ilmu hingga ke negeri China''. Apa maksudnya ini? Dalam ayat itu jelas sekali Rasulullah SAW menyuruh umat baginda untuk terus belajar hatta jauh sekalipun berbeza dengan petikan lain iaitu, ''tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad''. Ini juga jelas menampakkan bahawa dari mula kita dilahirkan, inilah dia suatu kualiti dan kuantiti untuk kita terus belajar, belajar dan belajar.

Bukanlah isu ini yang saya nak katakan disini, tetapi kita sepatutnya belajar menjadi seorang insan yang baik dan berhati lembut. Ini akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan sama ada di dunia ataupun diakhirat kelak. Bukan apa, kadang-2 kita sendiri terlepas pandang. Adakah dengan mendengar berita kematian daripada seseorang, kita terus berasa insaf, hanya untuk seketika, bukan kekal. Untuk menunjukkan simpati kepada keluarga si mati. Kita tak sedar kadang-2 kesilapan kita sendiri itu juga kita simpan dek kerana keegoan yang mengawal kesemuanya. 

Adakah dengan mengatakan, ''salam takziah kepada keluarga...'' ataupun dengan lafaz ''Innalillahh.....'' itu membuatkan kita sedar sepenuhnya? Tentu YA jawapannya bukan? Tetapi untuk seketika. Kerana apa? Kerana yang pergi dijemput Illahi itu bukannya kita. Jika kita? Adakah kita bersedia? Adakah cukup amalan soleh yang kita buat selama ini untuk menghadapNya yang Esa? Seharusnya kita sedar, kita hanyalah hambaNya yang kerdil. Di mata Allah SWT, kita semuanya sama. Tiada besar, tiada kecil hatta berpangkat Tan Sri, Datuk, Tun , Yang di-Pertuan Agung sekalipun, Allah hanya akan memilih ''kekayaan'' amalan didunia yang kita ''cucuk tanam'' di ''padang'' dunia itu.

Sesekali pandanglah jua kekhilafan diri, Jangan ego semata-2 mencari kesenangan dunia tetapi tidak di akhirat. Ketenangan jiwa lebih penting daripada kemewahan harta dunia yang takkan kekal abadi. Apalah salahnya jika kita memandang perkara ini dengan serius dengan mengatakan ''AKU MAHU BERUBAH. AKU SEDIA MEMAAFKAN MUSUH-MUSUH AKU. AKU SEDIA KEMBALI KEPADA-NYA YANG ESA''

 Allahyarham Khairul Anas


 Allahyarham Ahmad Mustafa



Allahyarham Abdullah Zubair

Sebelum mengakhiri wadah kali ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Allahyarham Cikgu Zubair yang kembali ke rahmatullah pada bulan April lepas, seterusnya kepada Allahyarham Cikgu Ahmad Mustafa yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 November lalu, dan yang terbaru bekas junior saya, Muhammad Khairul Anas yang tepat jam 12.00 t/malam 1 Desember 2011 kembali kepada penciptaNya. Semoga Roh kesemua Allahyarham ini ditempatkan dalam kalangan orang-2 yang beriman dan dicucuri rahmat daripadaNya. Assalamu'alaikum WBT dan Salam Takziah. =(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan