Khamis, 14 April 2011

POLITIK BERADA DI MANA MANA

Apakah yang dimaksudkan dengan politik?? Menurut kaedah dasar2 akhli psikologikal, politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa,  contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain. Genesis Biologi Politik Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia manakala istilah institusi berasal daripada perkataan Latin, instituere yang membawa maksud sesuatu yang diwujudkan atau ditubuhkan. Ini bermaksud bahawa institusi adalah satu corak kegiatan atau aktiviti manusia yang wujud dan berterusan. Istilah ini begitu popular di kalangan sarjana sains politik, kerana institusi menjadi pusat kepada segala tindak tanduk manusia. Fahaman mengenai institusi dipelopori oleh ahli sosiologi. Walau bagaimanapun istilah ini diubahsuai dan digunakan oleh ahli sains politik untuk menjelaskan kegiatan politik. Institusi politik wujud daripada proses-proses sosial terutamanya yang cuba mengatur susunan masyarakat. Sekaligus ini menggambarkan bahawa kepentingan kumpulan-kumpulan manusia tertentu sentiasa dijaga dan dipertahankan oleh mereka melalui proses penyertaan dan penglibatan politik. Institusi politik bukan sahaja mencorakkan tingkahlaku pemegang kuasa tetapi ia juga mempengaruhi bagaimana organisasi sosial dapat berinteraksi serta dapat bertindak mempertahankan kepentingan mereka. Dalam sesuatu sistem pemerintahan terdapat tiga institusi politik yang utama iaitu Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kewujudan institusi politik lain yang juga memainkan peranan dalam perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Antaranya ialah parti politik, birokrasi, tentera, kumpulan pendesak, kumpulan bersekepentingan dan lain-lainnnya. Tapi yang aku nak ceritakan disini bukannya berkenaan politik yang sedang bergelojak di media arus perdana kini, tetapi tentang sikap dan sifat kita sebenarnya yang mempolitikkan keadaan. Contohnya sikap kita yang buruk disenyapkan , tetapi cerita orang lain mahu dijaja kepada semua warga . Apakah ini permainan politik? Apakah ini juga yang menyebabkan isu  isu basi seperti ini dicanang seluruhnya?? Astaghfirullah'azim........ Kadang2, politik juga menaikkan dan menurunkan seseorang itu. Contohnya jika di sekolah, politik berlaku dalam pentadbiran sesebuah badan yang meliputi Badan Disiplin, Pengawas, Asrama, PRS, Sepak Takraw, dan sebagainya. Pemilihan Ketua/Presiden/Pengerusi berdasarkan hasil undian majoriti. Bukannya hasil daripada ampuan daripada guru, bodekkan daripada senior2 terdahulu untuk mengusulkan nama2 yang mungkin tidak tersenarai.. Kenapa?? Mungkin dengan cara ini juga menyebabkan sokongan daripada ahli menjadi kurang. Apa tidaknya?? Jika ada bodekkan, ampuan daripada senior2 terdahulu atau daripada pemilihan daripada guru2 , inilah yang dikatakan KRONI. Fikir2 kan lah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan