Khamis, 14 Julai 2011

SEJUJURNYA AKU NAK KEMBALI KE ZAMAN DAHULU

Assalamualaikum , Salam 1Malaysia, Salam Sayang, Salam Mesra, Salam Kasih, Salam Rindu. Emm.... Ungkapan inilah sebenarnya yang aku akan ungkapkan kepada seseorang yang amat2 aku sayangi. Tetapi kini, apakan daya, dia berubah corak, bertukar sifat yang amat ketara. Aduhhh .... ! Tak sangka aku dia dah jadi seperti itu. Ramai yang mempersoalkan, aku yang berubah atau DIA yang berubah ? Kemungkinan sama2 berubah ataupun salah seorangnya ataupun langsung takde ape2 yang berubah , mungkin sikap ego dan tamak menyebabkan kami sama2 tukar haluan dan tukar persepsi.
   Ya, di blog inilah sahaja yang aku nak luahkan seribu satu cerita yang akhir2 ni menyelubungi hati , jiwa dan raga aku.  Bukan niat mahu mempersendakan, tetapi inilah aku yang sebenar, Hakikat dan realitinya , inilah diriku yang tak dapat aku nk tepis sampai bila2. Erm.... kenapa mood menulis ni mcm sedih ya ? YA !!! Memang sedih sebenarnya. Bukan mahu mengaibkan sesiapa, tetapi kesalahan diri sendiri perlu diperbaiki sebelum menuding jari kepada orang lain. Bak kata lagu itulah, ".... niat hatiku taknak berpisah, apakan daya, jodoh tiada.... kenangan... demi kenangan, menjelma di ingatan, sukarnya melupakan... dirimu..... rintihan demi rintihan menyeksakan hidupku, aku gelisah...... selamanya....." inilah hakikat yang sedang bermain di fikiranku sekarang. 
   Hatiku ini bukanlah kerasa sangat, bukanlah aku langsung tiada erti perikemanusiaan untuk tidak memaafkan, bahkan aku sudi memaafkan jika DIA datang secara jujur dan meminta maaf. Aku tak kesah. Aku akur, kerana telah dijanjikanNya, bahawa setiap manusia memang tiada yang sempurna melainkan hanya Dia yang Esa. Itu laa hakikatnya... Datanglah kepadaku, pohonlah kemaafan sebelum terlambat, ingat pepatah kita, " hidup umpama roda, sekejap diatas, sekejap dibawah , kadangkala kita senang dan kadangkala kita susah. " Betul kan apa yang telah diperkatakan dalam pepatah? Tu semua benda yang benar semata2 benar. 
   Mana boleh senang2 untuk aku melupakan DIA ? Uiii... susah... tetapi, bukan sekali atau dua kali pernah die buat kat aku, berkali-kali dah. Aku tak makan hati pun dengan DIA hatta dengan sesiapa pun yang sudi meminta maaf kepada aku jika berbuat salah. Insya Allah, aku akan memaafkan dunia sampai ke akhirat. Tetapi, lihat secara domestik, aku sejujurnya rasa macam nak kembali seperti dahulu. Tiada masalah. Tiada perselisihan faham. Hakikatnya memang aku merindui akan beliau dan aku ternanti-nanti saat beliau datang kepadaku untuk memohon maaf secara ikhlas , tanpa dirundung paksaan oleh sesiapa. 
  Jika aku rasa sudah sampai masanya aku dan dia , maka secara realistiknya aku takkan terima sampai bila2 akan perbuatannya pada aku. Aku takkan memaafkannya sampai ke akhir hayatku. Ini janji aku. Aku pasrah, yakin, dan keputusan aku adalah muktamad, tiada paksaan dari sesiapa dan akan cuba bertindak dengan lebih professional lagi selepas ini. tetapi andaikata beliau datang sendiri untuk meminta maaf, ''kecil tapak tangan, niru saya tadahkan'', insya Allah. Dan aku ingat hadis Nabi Muhammad SAW, '' sesungguhnya memohon keampunan dari Tuhan(yakni) Allah SWT adalah lebih mudah berbanding memohon maaf daripada manusia''. Tapi, andaikata beliau tampil dengan ikhlas, aku akan memaafkan dan cuba untuk bertindak dengan lebih berhati-hati kemudiannya.
   Bukan apa, perasaan marah memang tidak dapat ditahan ketika hawa nafsu menguasai diri. Ditambah pula dengan keasyikan kata-kata yang tiada berasas. Tuduhan2 yang difitnahkan jauh menyimpang kepada aku. Itulah sahaja yang tidak dapat aku tahan. Sebak rasanya. Sayu tak terkata. Sedih tak terucap. Pilu membawa hati duka dan lara. Malahan ada lagi yang cuba pandai-pandai melaga-lagakan antara kami. Maka, bukankah itu sudah menjadi FITNAH !? Adakah fitnah di zaman ini sudah menjadi perkara biasa? Ataupun mungkin jika tiada fitnah ini, kedudukan seseorang mungkin terancam? apa mungkin fitnah juga trend dan menjadi perkara lumrah dizaman ini?? Teringat ayat dalam al-Quran,''.. maka telah Kami janjikan bahawa fitnah - memfitnah, caci maki antara golongan Islam untuk memecahbelahkan kedudukannya sesama Islam dikira munafiq dan itulah tanda-tanda hampir berlakunya Qiamat...'' Renung-renungkan, insya Allah... muhasabah diri yang banyak menghasilkan hati yang tenang.


Inilah si DIA yang aku maksudkan tu.
cube teka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan