Selasa, 12 Julai 2011

TEMASYA SUKAN KE 95 SMK KING EDWARD VII 2011

Salam 1Malaysia, salam bahagia, salam kasih, salam perpaduan, salam sejahtera, salam rindu, salam mesra, salam Perak Aman-Jaya, salam sayang dan salam Perak Gemilang... Ye... Sudah hampir seminggu aku tidak meng'update' blog ini. Al-maklum lah.. keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Tu yang tak sempat nak update ape-ape tu. maaf yer.... 
  Haa... kali ini aku nak ceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekitar Temasya Sukan Tahunan SMK King Edward VII kali ke-95. Wah !! Hebat sungguh !! Dah 95 tahun dah sukan SMKE VII menapak di sini. Dan disinilah juga para atlit dilahirkan. Ahhh.. !! Cerita panjang pulak.... hahaha... saya bukan boleh menulis,,, nanti macam2 idea yang masuk. Tu yang tangan tak henti2 menaip tu. Sebabnya banyak sangat idea yang datang.
  Okey lah.... Temasya kali in nampaknya (secara peribadi) agak mendung (agak suram) sedikit berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Entahlah... tak tahulah pulak kenapa dan apa puncanya. Mungkin agaknya semakin lama, semakin kurang atlit yang  berkebolehan. Mana taknya, pelajar sekarang lebih gemar melayari FB, Twitter ataupun Blog (termasuk aku). Tu laa salah satu sebabnya atlit sukar dilahirkan sekarang. Erm.. lagi satu, mungkin dengan cara persiapan yang agak kelam-kabut menyerlahkan lagi betapa tiada warna-warni lagi dalam temasya kali ini. 
   Mana taknya, kalau diikutkan kepada takwim sekolah, jelas menunjukkan bahawa tarikh Sukan Tahunan jatuh pada tarikh 2 Julai 2011. Tetapi disebabkan Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia juga yang  juga diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibawah YBhg. Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin di tarikh berkenaan, maka sukan tahunan sekolah terpaksa dipinda kepada tarikh 9 Julai 2011, seminggu selepas Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia tu. Mungkin ini lah salah satu punca mengapa sukan kali ini agak suram dan tidak begitu mendapat perhatian dari bekas-bekas pelajar terdahulu. 
  Kalau seperti tahun-tahun lepas, sukan sekolah antara acara yang paling gilang-gemilang yang dibanggakan sekolah, sekaligus membanggakan guru-guru dan murid-muridnya. Tetapi sambutan pada kali ini kurang memberangsangkan mungkin kerana sebab2 tertentu yang tidak dapat dielakkan. Berikut saya lampirkan beberapa gambar untuk tatapan semua.






















Ni je laa antara gambar betapa meriahnya (walaupun agak suram) Temasya Sukan Tahunan SMK King Edward VII kali ke-95 ini. Walaupun sesungguhnya sukan kali ini tidak semeriah sukan-sukan terdahulu, tetapi apa yang pasti, sejak tahun 1883 sekolah ini ditubuhkan dan sejak 95 tahun dahulu acara padang menjadi taruhan, sesungguhnya Nama SMK King Edward VII , Taiping tersergam indah lagi gah dimata dunia dengan kehadiran pelbagai seniman-seniman, juara-juara atlit kebangsaan, asia, dunia, serta ahli-ahli politik ataupun sekadar penjawat biasa. Nama SMK King Edward VII sememangnya sudah melekat didalam lubuk hati yang tidak boleh dipisahkan. Bak kata-kata Allahyarham Tam Sri P. Ramlee, '' ibarat irama dan lagu, tak boleh dipisahkan '' . Alhamdulillah , apa yang pasti, SMKE VII berjaya hingga kini. Persoalannya, adakah sampai bila-bila? Sama-samalah kita membantu selagi terdaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan