Rabu, 23 November 2011

PUTERA DAN AKRAM RAKAN SEJIWA



Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.Bertemu lagi kita yer di hari ini.. ahahhaa ~ bukan apa, ramai yang kecoh je akhir-2 ni dek kerana kemenangan Malaysia dalam Peringkat Akhir Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Jakarta / Palembang , Indonesia melalui perlawanan Bolasepak Akhir yang mengungguli Malaysia mendapat Pingat Emas sekaligus mencerminkan bahawa Semangat Malaysia Boleh itu tak lekang dek zaman, tak luput dek tradisi.

Bukan apa, aku ni nak kata pasal minat sangat pasal pemainan Bolasepak ni , errm...... Takde laa sangat ! Erm... Cuma, kalau kawan-2 atau adik-2 ajak keluar untuk menonton bersama, maka hanya jasad sahajalah yang pergi menonton manakala rohnya tidak seia dengan jasad. ahahhaa ~~ Bukan apa, cuma mahu luahkan isi hati sajaaa..

Bolasepak adalah permainan yang mengungguli kaum lelaki hampir 89% keseluruhannya meliputi seluruh dunia. Hal ini terjadi disebabkan lagenda yang sentiasa menaruh semangat kesukanan dalam menempuh pelbagai risiko bertemankan minat yg mendalam. Statistik dalam kelompok peminat setia bolasepak ini juga tak lari dari masyarakat seluruh penduduk di Malaysia. Di Malaysia, sebilangan golongan lelaki hampir 91% meminati permainan bolasepak, lebih-2 lagi pasukan Harimau Malaya yakni pasukan Malaysia sudah mula menunjukkan ''taring'' nya pada musim-2 permainan terdahulu. Tak hairanlah jika sekelompok ini dapat menandingi permainan-2 atau sukan-2 yang lain.

 thankss Akram !!


Thankss Putera !!

Haa... Terlari jauh pulak.. Hehehe ~~ Malam Isnin lalu bersamaan 21 hb November 2011 , aku diajak oleh Putera Syahme Nur Iman (adik aku la) dan seorang lagi Muhd Akram (juga adik aku) untuk menonton perlawanan bolasepak akhir Sukan SEA 2011 ini menerusi televisyen secara langsung di Restoran Mc Donald's. Errm... Dek kerana pujukan dan rayuan, diri ini pergi jualah menonton tanpa kerelaan yang mutlak. 

Setibanya disana, Mereka berdua menyambut aku dengan senyuman yang manis. Tangan dihulur, dicium tangan aku tanda hormat dan mesra. Alhamdulillah, mereka masih macam dulu. Itulah yang aku harapkan. Waahh !! Putera belanja makan Mc D laah !!! Wuhuuu ~~ Syiokk ~~~ !!! Errm... Tanpa berlengah, aku terus makan apa yg terhidang diatas meja. aahhahahaha !!! Pada masa yang sama, Farizal, Irfan, Aiman, Tiha mesej aku sekaligus !! Aiyooo ~ Pening kepala den ! Uhuk-2 .. Tapi, perkara itu dapat diatasi dengan sebaiknya.

Hampir 45 minit berlalu, aku sengaja menelefon Tiha untuk beri peluang kepada Akram dan Putera berkomunikasi dengan Tieha, lantas, aku serahkan h/p aku kepada mereka berdua. Mereka memuji-2 Tieha dengan ikhlas dan tanpa paksaan. 5 minit selepas perbualan mereka, aku terima satu mesej dari farizal, ''Abg Amir, mai laa join kami, kat sini ramai geng kita tengok bola..'' Aku lantas menolak dengan cara baik dengan mengatakan aku sendiri sedang berada di Mc D bersama Akram dan Putera. Dia memahami. Alhamdulillah...

Selang beberapa minit kemudian, zaid pula menelefon, ingin ajak keluar makan katanya. Janjinya tepat pukul 10. Tapi aku minta tangguh ke jam 11 kerana aku perlu menghantar Putera ke rumahnya di Taman Sentosa. Alhamdulillah, zaid juga mengerti. 

Akram sering menegur aku, ''Abang !! Sorak laa sikit ! Bosan laa abang nie , macam takde mood jer harini ?! Ke kami ganggu masa abg ?'' . Sepi. Aku sepi tanpa mengeluarkan kata-2 walaupun sedikit. Akram mula mengesyaki sesuatu. Aku cuba menarik perhatiannya dengan cuba untuk layan dan meminati perlawanan yang sedang berlangsung. Putera seolah-2 mendengar apa yang kami berdua borakkan. Dia cuba nak menindih. malangnya Akram mengusiknya dengan manja~~ Ahaakksss !!! memang diorang berdua ade persefahaman antara satu sama lain. Dan yang baiknya sama-2 memahami aku. Alhamdulillah..

Walaupun tak lama disitu, tapi aku tetap puas bersama mereka berdua. Aku terus meminta diri terlebih awal sebelum malam gelap pekat tiba. Aku kemudiannya terus menghantar Putera pulang ke rumahnya. Pulangnya aku dari Taman Sentosa, aku terus bertemu Zaid di ''tempat biasa'' yang kami selalu berjumpa. Sesungguhnya Akram dan Putera takkan dapat dipisahkan ibarat ''IRAMA DAN LAGU, JIKA TERPISAH, ROSAKLAH IRAMA, BINASALAH LAGU'' . Akhirulkalam, Assalamu'alaikum WBT dan Salam Terima kasih Akram dan Putera !!!

1 ulasan:

  1. ᐈ Casinos with High Limits Slot Machines 2021
    Best High Limits Slot Machines · Winfest 암호 화폐 종류 Casino: $5,000 | 장원도메인 NetEnt Casino, $70000 | PlayN Go, $30000. · Jackpot 슬롯머신 무료 City Casino: $100,000 | NetEnt 카카오스포츠 Casino, $400,000 · Jackpot winwin 토토 City Casino: $1,000 | Play

    BalasPadam