Ahad, 20 November 2011

ALAHAI RM 100 !

 Bantuan RM 100.00 untuk 5.3 juta murid berusia 7-17 tahun di Malaysia

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Satu Malaysia. Yerr... Apa khabar anda semua? Sihat lahh hendaknya... Hehehe..... Amacam tajuk artikel kali ini? Mengancam ke tidak ? Haa.. Post kali ini aku tujukan khas buat seluruh pelajar-2 di seluruh Malaysia yang dapat bantuan awal persekolahan sesi 2012 berupa wang tunai Ringgit Malaysia Seratus Ringgit Sahaja. (RM 100).

Haa... kecoh laaa 1Malaysia sekarang nie tentang duit bantuan RM 100.00 tu. Errmm... RM 100 tu diberi kepada kesemua pelajar dari umur 7 tahun hingga ke 17 tahun atau dari tahun 1 - tingkatan 5 tak kira miskin, anak siapa, keturunan, pangkat, darjat, bangsa , adat, budaya dan agama sekalipun , layak menerima sumbangan RM 100 itu. Inilah yang diusahakan kerajaan dengan memperuntukkan RM 530 juta , kira-kira 5.3 juta orang murid seluruh negara menerimanya, tak kurang dan tak lebih.

Dalam konteks ini, RM 100 ini bukanlah jumlah yang banyak, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mendadak / meningkat tanpa terkawal kini , jumlah ini hanya boleh menampung barangan asas seperti beg sekolah (RM30.00) , pakaian sekolah (RM50.00) , set alatulis (RM15.00) dan ianya hanya dapat berbaki RM 5.00 sahaja. Itupun jumlah diatas dianggarkan harga yang minima meliputi beg, pakaian dan set alatulis. Belum dikira pelbagai perbelanjaan lain lagi seperti buku latihan sekolah, kad kokurikulum dan sebagainya.

Tapi , apa-apa pun bersyukur jualah kita kepada yang Maha Esa, walaupun sedikit, tetapi mencukupi dan amat bermakna buat keluarga miskin, keluarga yang jauh di pinggir bandar, di sudut pedalaman, keluarga berpendapatan rendah, anak yatim, anak luar sah taraf dan selainnya lagi yang sama nasib. Berbeza dengan anak para hartawan, jutawan, taukeh-2 cina yang kaya, saudagar-2 yang berpendapatan tinggi, ibu-bapanya daripada keluarga yang ternama seperti Menteri, ADUN, Ahli Parlimen , anak pegawai-2 kanan kerajaan dan selainnya. Apalah sangat RM 100 itu, ada sesetengah ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka yang menerima wang bantuan itu. Inilah dia corak lagenda dalam masyarakat sekarang. Berbeza, hanya mengenal erti kesenangan tanpa mengenal erti kesengsaraan org lain.

Wahai adik-2 saya di Satu Malaysia yang menerima sudah bantuan RM 100.00 itu ! dengarlah,  yang saya ingin mengutarakan sesuatu, gunakanlah wang itu untuk tujuan yang baik, bukan untuk berfoya-2 dan bukanlah untuk membeli barangan mewah untuk menandingi orang lain. Kepada remaja berumur belasan tahun, gunakanlah wang itu untuk kearah yang baik dan cenderung kepada masa hadapan, bukannya membeli sekotak rokok, bermain snooker, berkaraoke, menonton wayang bersama teman wanita/lelaki ataupun ke rentoran mewah seperti Mc Donald's , KFC , Pizzahut, Domino's Pizza, Big Apple, Coffee Bean, Shushi King, Starbuck's Kafe, Station One dan sebagainya. 

Walaupun tak besar jumlah yang diperuntukkan Kerajaan Malaysia itu, tetapi mencukupi. Janganlah kita hanya ingin mengkritik dengan mengatakan semuanya itu retorik politik la, permainan kotor la, dakwaan yang tidak munasabah la, ataupun sebagainya laaa, Jadikanlah ini suatu pengajaran dan semangat untuk kita terus mengutamakan pelajaran dan pembelajaran. Lihat hasil ini dengan mata hati, bukannya dengan nafsu serakah. Wassalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan