Jumaat, 27 Januari 2012

LUMRAH DAN LAKONAN KEHIDUPAN

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar ? Sihat ? Alhamdulillah... Mungkin dalam kesihatan yang baik ini, haruslah kita memanjatkan do'a tanda kesyukuran kepada Illahi kerana kerana Dia kita masih dikurniakan kesihatan yang baik, minda yang cergas, pemikiran yang rasional dan jiwa yang tenang. Tak lupa juga kesihatan kita kini mungkin didoakan oleh orang sekeliling sama ada jiran tetangga, sahabat-handai, sanak-saudara, rakan dan taulan serta muslimin muslimat yang lain.

Sesungguhnya dalam marcapada ini,  seringkali kita terdengar pelbagai insiden yang berlaku tanpa diduga, termasuklah pengaruh politik yang melampaui batas, kestabilan ekonomi semasa, kritikan dar pembagai sumber dan lain-2 lagi. Maka jelaslah , hatta dimana kita, siapa pun kita, dimana kita berpijak, dari mana pun keturunan kita, kita tetap terperuk dengan kalimah-kalimah yang bertentangan. Inilah dia realiti.

Transformasi. Inilah dia dalam realiti. Dalam usaha membentuk keperibadian yang baik, jelas dan secara tak langsung dapat dibuktikan bahawa perlakuan yang berteraskan konsep Islamik sejati merupakan gerakan yang memberi kesinambungan terhadap ikon terbaik, iaitu Rasulullah SAW. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan dan transformasi , maka bangsa kita akan ketinggalan. Sebab itulah kita perlu berhijrah dengan melaksanakan pelbagai perubahan menerusi beberapa tindakan yang kukuh meletakkan diri kita di landasan tepat dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT yang Esa.

Sesungguhnya roh dan perjalanan hijrah Rasulullah SAW begitu strategik hingga tercapainya al-falah dan tertegaknya Daulah Islamiah kerana ianya didokongi oleh kesepaduan iman dan taqwa. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu sehingga ke hari ini. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Perancangan yang konsisten juga perlu diketengahkan serta diperbaiki untuk memudahkan dalam jangka masa yang panjang. Arena ini akan berlaku warisan anak cucu kita hingga ke akhir zaman kelak. Cuba kita lihat lorong-lorong  yang menguatkan iltizam kita seperti sandiwara dunia , lakonan di pentas fana' . Terlalu banyak yang harus dilabelkan . Tak perlulah nak diungkit disini kesemuanya. Apalah sangat kita sebagai manusia yang melakukan kesilapan yang tiada berpenghujung. Corak ini boleh dilihat walau dimana jua, apa juga keadaan dan tak kira siapa. Inilah dia lumrah. Kehidupan realiti. Lakonan dan sandiwara semata-mata.

Mengakhiri coretan kali ini, sambutlah Salam Transformasi dengan baik dan hati yang ikhlas serta sifat keterbukaan. Lantang perbezaan bukanlah suatu yang menjengkelkan, tetapi ia adalah sikap berdaya-saing dalam usaha murni untuk mengubah sandiwara dunia ini. Dunia hanyalah seketika. Tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya nanti kita akan bawa ke akhirat kelak. Assalamu'alaikum dan Salam Transformasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan