Sabtu, 28 Januari 2012

TAK KENAL MAKA TAK RAPAT

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Apa khabar? Sihat? Dah makan? Kalau belum pergilaa makan di kedai-2 berdekatan, aku belanja, korang bayar ! Ahahaha-2 !! Errm..... Alhamdulillah sekali lagi dapatlah aku menulis coretan di laman blog ini kerana diberi kesihatan yang baik, idea yang teguh dan pemikiran yang kritis. Syukur ke hadiratNya , Maha Suci Dia, Tuhan Alam Semesta.

Buat julung-2 kalinya, aku nak taip post ini dalam keadaan 'santai' yang tidak menggunakan bahasa 'baik' dalam sastera BM. Ahh ! Bosan laa asyik nak bersastera jerr... Sampai kena perli laa dengan kawan-2 kan... 'Yerlaa kan.. Cikgu BM..' , tak cukup dengan tu, Tiha pon sama perli aku, huh ! Awat ? Salah ke aku nak guna bahasa sastera dalam penulisan aku ? Bukankah kerajaan sendiri telah memansuhkan PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dimansuhkan seterusnya diganti dengan MBMMBI (Merperkukuh Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris) ? Huh ! Tak faham aku diorang nie........

Hahaha... Sebenarnya aku taknak cerita panjang-2. Bukan apa, kalau cerita panjang-2 pon bukannya korang nak baca sangat kan? Ahhaaa ! Errm.... Kali ini saja ja aku nak cerita, pasal aktiviti kami akhir-2 nie laa... Ha.,.. Jadual aku sekarang ni senang je... memang banyak dengan teman-2 seperti Afiq Azahar, Naim Nadzri, Farid Sani, Izaham Skymmar, Muhaimin, Ramzul Kamal, Farhan Hisyam, Mazhaza Mozani, Zaid Shabir, Khayrul Ikmal, dan lain-2 lagi laa..... Kadang-2 lengkap kesemuanya, kadang-2 tak lengkap pon.. Legasi ni bermula sejak kami berjumpa dan terus menjadikan ''Warung Assalamu'alaikum'' di Taman Panglima ini sebagai port rasmi kami. Khelasssss gitu !!

Dari situ lah aku mengenali pelbagai budaya dari A-Z, dari yang terbaik sampailah yang terburuk. Alhamdulillah, setakat ini belum apa-2 laa yg terjadi sepanjang pergaulan kami ini. Malah, mereka jugalah yang seringkali membantu jika aku ada masalah. Errm... Jadual seharian kami semua tak menentu. Izaham adalah sebagai seorang chef  di salah sebuah gerai makan di Tesco Foodcourt, Taiping, begitu juga dengan Mazhaza, manakal Muhaimin bekerja di Kedai Photo Film di Bandar Taiping. Farid belajar di Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar , Zaid, Ikmal dan Pedal di Multimedia College, TM Taiping, Ramzul di Ting. 6 SMKE VII seterusnya Farhan di Ting. 5 di SMK Dr. Burhanudin, tak lupa Naim di City-U College, Kuala Lumpur. Aku dan Afiq sahaja yang masih 'bercuti' untuk meneruskan pengajian.

Dalam seharian biasanya kami akan berjumpa sekitar jam 5 petang di Taman Tasik Taiping untuk beriadah dan 'mencuci mata' . Kami akan bersiar-siar di kawasan itu sehingga jam 7 malam. Jam 8.30 malam keatas, kami semua akan berkumpul di Warung Asalamualaikum di Taman Panglima. Selalunya, mesti 'riuh' dek kerana walaupun hari-2 berjumpa, tetapi masih juga ada cerita yang mahu di ketengahkan. Hebat tak ? Haa... Kehidupan kami semuanya majoriti dilemparkan dengan senyuman ceria tanpa ada mana-2 pihak terasa dan terguris hati, 'hang pangkah aku, aku pangkah hang' . Ni laa dia prinsip mereka yang masih tersemat didada tiap-2 hati kami semua.

Kadang-2, takde laa banyak topik sangat, tapi sedar-2 je dah pukul 4 pagi la, 5.30 pagi la, sampai kadang-2 tu sampai jam 7 pagi ! Huhh ! Orang dah pergi sekolah, kami masih disitu bercerita tentang kehidupan seharian kami masing-2. Keceriaan ini akan bertambah sekiranya Shamsul Kamal muncul dengan mengada-adakan cerita fantasinya. Inilah perkara yang tak kering gusi kami dibuatnya ! 

Akhir kata, Insya-Allah akan kami jaga batasan-2 pergaulan kami dengan lebih majmuk dan lebih beretika. Andaikata diri ini tersalah menafsir antara kesemuanya, maaf sahajalah yang dapat aku pohon disini. Semoga dengan pergaulan kami ini, akan kekal hingga ke akhir hayat dan waktunya. Setakat ini je laa yang aku rasa nak taip, nanti kalau ade masa lagi aku akan update lagi, Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan