Jumaat, 23 Mac 2012

MASIHKAH ADA HARAPAN?




Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar kepada anda semua pengikut-2 blog saya ? Semoga sihat wal'afiat disamping keluarga tercinta. Bersyukurlah kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya serta inayah daripadaNya kerana memberikan kita kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Sesungguhnya hanya Dia yang mampu menyihatkan dan menyakitkan seseorang daripada jutaan hambaNya.

Ya Allah ! Dugaan apa lagi yang Engkau berikan kepada hambaMu ini ? Apakah aku sebagai hambaMu ini menyeleweng dan menjauhi diri daripadaMu Ya Rabbi ? Ya Allah, jika itu yang Engkau berikan ujian kepada hambaMu ini, aku redha Ya Allah ! Ak pasrah dengan ujian dan dugaan daripadaMu Ya Muttakabir ! Perbaikilah diri aku ini dengan segala sifat kebaikan dan kemuliaan, peliharalah aku daripada kemungkaran dan maksiat yang ada di sekelilingku Ya Allah !

Baru-2 ini aku dengan tidak semena-mena diserang sakit jantung. Alhamdulillah, berkat daripada sahabat terdekat yang mengambil masa yang singkat menghantar aku ke hospital terdekat, aku dapat diselamatkan dengan baik. Alhamdulillah, dunia masih lagi menerima aku seadanya. Masih terlihat lagi aku keunikan dan keindahan fauna yang tercipta ini. Syukur ke hadratNya kerana memberikan aku peluang untuk aku terus hidup dan diberi pernafasan yang baik.

Apabila di hospital, aku diberikan pelbagai rawatan terapi yang sangat-sangat ketat. Oh, jiwa aku berasa amat terseksa. Disana cucuk, disini pun cucuk. Errm.... Jantungku semakin berdebar-debar memikirkan apa yang mahu dibuat oleh doktor-doktor pakar kepada diriku. Inilah dia hakikat yang perlu aku terima demi kesihatan yang baik. Hampir 1 jam aku didalam wad, aku pun dibenarkan pulang dengan badanku dipenuhi dengan wayar-wayar yang mengganggu aku. Arh ! Terasa macam dikongkong. Tak bebas mahu bergerak kesana kemari kerana jarum yang tertusuk di tiap-tiap pelekat itu amat-amat menyakitkan.

Oh, apakah ini dugaan yang Allah SWT berikan kepada aku? Dugaan ini sememangnya membuatkan aku lebih bertawadhuk kepadaNya Yang Maha Esa, Ujian yang Dia berikan ini sememangnya mahu memberikan aku lebih tabah dan kuat menempuh cabaran dan risiko. Aku faham, tiap-2 yang Allah SWT ujikan, adalah satu hikmah disebalik daripada kejadian itu. Aku terima, aku redha, aku pasrah. Sekian dahulu. Assalamu'alaikum WBT.

1 ulasan: