Isnin, 19 Mac 2012

GURU MEMUPUK KESEJATIAN UMMAH



Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia. Erm... Apa khabar kepada kesemua pengunjung-2 blog aku nie? Harap-2 sihat laa hendaknya ye? Maaf laaa... baru harini terasa nak update blog. Maklumlaa buzy laa sejak akhir-2 nie. Apa dia? Buzy dengan apa? Dengan karenah pelajar-2 laa... Macam-2 hal diorang nie... Ade je yang tak kena.

Nampak tak tajuk diatas? Haa... taw tak sebab apa aku ade terniat nak tulis blog bertajuk seperti diatas? Bukan apa, mesti laa ade kene mengena dengan aku kan. Kalau tak, buang masa je nak tulis kan? Haha.. Erm... Memang betul laa.... Aku walaupun hanya bergelar guru untuk praktikal, rasa pening dah kepala. Rasa cabaran tu terlalu banyak. Great !

Sesungguhnya , menjadi guru memang merupakan orang yang mempunyai kesabaran yang jitu. Buka niat nak memuji tinggi melangit, tapi serius memang kena ada tahap kecekalan dan kesabaran itu. Kalau tak, memang profession perguruan ini tidak boleh dipikul loeh sesorang itu. Guru merupakan pendidik anak bangsa yang bakal mencorakkan dari kain yang serba putih menjadi kain yang bercorak cantik. Terpulanglah kepada sesorang murid itu untuk menerimanya ataupun tidak. Guru hanya mambantu dan membimbing. Bukan memandaikan seseorang itu, bukan?

Entahlaa,.. kadang-2 aku pun pelik, macam mana laa aku ade minat nak berjinak-2 dengan profession ini. Nak kata soal keturunan, tak semestinya. Nak kata soal peribadi, mungkinlaa.. Sebab aku memang suka akan budak-2. Tak tahu laaa pasal apa. Dari dulu lagi sifat aku macam nie. 

Nak jadi guru yang berkualiti, berkaliber dan berdedikasi sememangnya cabaran yang berisiko. Nak tahu kenapa? Haha.. Antaranya, guru kena tahan dengan setiap murid-2 yang diajarnya. Yang kedua, guru juga perlu berstamina tinggi untuk memastikan anak didiknya mantap dan berkemahiran. Yang ketiga, guru juga memerlukan bahan yang lebih untuk jangka masa yang panjang seterusnya guru juga merupakan pembimbing, peluah perasaan, pendengar dan pengikut yang terbaik dalam merealisasikan target pelajarnya. 

Guru yang tidak kira waktu bersama pelajarnya jua akan membantuk sahsiah dan moral sesetengah pelajarnya. Guru juga merupakan orang ke-3 terdekat dengan pelajar selepas ibu dan bapanya. Kesimpulannya, guru ini bukanlah satu kerja sahaja yang dibuat, tetapi guru merupakan bulatan penuh untuk merangkumi kesemua aspek  untuk membentuk jatidiri sesorang pelajarnya itu. Ingat semua wahai pendidik ! Murid akan kenang kita jika kita sentiasa menjaga perilaku dan tuturkata serta menjaga hati dan nurani mereka. Mereka jua ada perasaan, mereka jua ada maruah. Jangan kita hanya mengikut kehendak sendiri sahaja, kerana jika kita tiada, doa merekalah yang akan menolong kita kelak. Insya-Allah. Sekian dahulu disini, Assalamu'alaikum WBT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan