Jumaat, 21 November 2014

TAMATLAH SESI PERSEKOLAHAN 2014

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Alhamdulillah, kepada Allah SWT jualah dapat kita merafakkan sembah takzim dan kepada baginda Rasulullah SAW, para sahabat dan seluruh ahli keluarganya.

Hari ini, bertarikh 21 November 2014, tamatlah sudah sesi persekolahan untuk tahun 2014. Rasanya baru lagi kita menyambut Tahun Baru 2014. Kini, fajar 2015 bakal menyinsing, manakala fajar 2014 bakal melabuhkan tirainya.

Sesungguhnya, dalam sesi persekolahan 2014 ini, TERLALU banyak cabaran, dugaan, rintangan dan risiko yang telah dilalui. Ranjaunya perit ibarat jarum yang menusuk kalbu.

Sesi persekolahan 2015 akan bermula 6 Januari 2015. Tak sabar rasanya ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan