Rabu, 26 November 2014

NOSTALGIA UPSR

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana dengan limpah kurniaNya serta inayah daripadaNya memberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah-ruah akhir-akhir ini.

Bercakap mengenai keputusan UPSR. Teringat zaman saya dahulu. Pada tahun 2001 saya menduduki kertas UPSR di SK King Edward VII(2) dan memperoleh keputusan yang menjengkelkan, tidaklah berapa baik. Hanya 3A 2B sahaja.

Kenangan yang paling indah ketika itu ialah semasahari terakhir persekolahan. Perasaan sebak bercampur-baur dengan perasaan gembira. Manakan tidak. 6 Tahun berada di sekolah rendah. Hampir 100% kedudukan sekolah itu kitalah professornya. Hahahaha.. ;D 

Melangkah keluar dari SK King Edward VII(2), berbekalkan keputusan 3A 2B tadi, saya menongkah arus ke SMK King Edward VII, Jalan Muzium Hulu, Taiping. Dari situlah saya mengenali rakan-rakan yang pelbagai latar belakang.

Sesungguhnya dengan UPSR, bukanlah titik noktah untuk kita menilai siapa kita. UPSR bukanlah tidak penting, tetapi dengan UPSR lah kita menilai diri kita sepanjang berada di alam sekolah rendah.

Akhir kata dari saya, sambutlah 'Salam Pendidikan Berterusan' sebagai transformatif dalam diri kita. Insya-Allah, berbekalkan ilmu duniawi dan ukhrawi, kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat.

Sekian. Salam Hormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan